omniture

SIBIONICS Umum Pamer di Persidangan Antarabangsa ke-17 mengenai Teknologi & Rawatan Termaju untuk Diabetes (ATTD)

SIBIONICS
2024-02-20 13:45 15

Syarikat ini akan menganjurkan mesyuarat pempengaruh semasa persidangan

LOS ANGELES, 20 Februari 2024 /PRNewswire/ -- SIBIONICS, jenama Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM) ketiga terbesar di dunia, mengumumkan bahawa syarikat ini akan mengadakan pameran di Pameran Antarabangsa Teknologi Baharu Diabetes di Persidangan Antarabangsa ke-17 mengenai Teknologi & Rawatan Termaju untuk Diabetes (ATTD) di Florence, Itali pada 6-9 Mac 2024. Syarikat ini akan mempamerkan penyelesaian CGMnya yang terkini untuk pengurusan diabetes di Reruai No.15 di persidangan ini. Menurut SIBIONICS, ia berkolaborasi dengan lebih 1,800 hospital bagi mengintegrasikan CGM mereka untuk rawatan pesakit di hospital, bagi memberi manfaat kepada lebih 850,000 individu di seluruh dunia dalam mengurus diabetes. SIBIONICS membangunkan barisan pengeluaran automatik dengan kapasiti tahunan 18 juta set CGM, dijangka siap dalam tahun 2024.

SIBIONICS Influencer Talk
SIBIONICS Influencer Talk

Telahpun menerima pensijilan CE MDR dalam Oktober 2023, SIBIONICS CGM memasuki pasaran Eropah dalam bulan November. Dengan keupayaan produk yang kukuh dan maklum balas pengguna yang positif, SIBIONICS meluaskan perkongsian global dengan pantas. Pada tahun 2024, didorong oleh komitmen syarikat ini terhadap inovasi bertumpukan pelanggan, SIBIONICS menumpukan perhatian untuk berinteraksi dengan pengguna untuk penyelesaian CGM dibangunkan bersama yang benar-benar selaras dengan keperluan mereka. Komitmen ini melangkaui diabetes Jenis 1, memfokuskan kepada diabetes Jenis 2, pradiabetes dan gangguan metabolik. Menekankan kepentingan pengurusan glukosa darah, SIBIONICS bermatlamat untuk menyampaikan penyelesaian diabetes yang komprehensif dan berkualiti tinggi demi peningkatan kesihatan keseluruhan.

Semasa persidangan ATTD, syarikat ini akan menganjurkan sebuah acara jenama yang mengujakan - Ceramah Pempengaruh SIBIONICS: Merealisasikan yang Tak Terbayangkan pada 9 Mac 2024, yang melaluinya golongan profesional penjagaan kesihatan, pakar diet dan pemimpin pendapat dalam bidang pengurusan diabetes akan berhimpun untuk mendalami dan membincangkan potensi teknologi CGM yang luas serta peranan pentingnya dalam mencipta penyelesaian pengurusan diabetes masa depan.

Acara "Ceramah Pempengaruh SIBIONICS: Merealisasikan yang Tak Terbayangkan" akan membawakan perbincangan yang menarik mengenai rancangan pelancaran syarikat yang akan datang untuk versi baharu GS1 CGM — GS2, pemancar boleh guna semula — GS ECO dan monitor glukosa dan keton tergabung, pembentangan yang merangsang fikiran dan sesi Soal Jawab interaktif, seterusnya mewujudkan suasana bertenaga yang kondusif untuk penyelesaian pengurusan diabetes yang dibangunkan bersama pengguna.

Acara yang mengujakan dan bermakna ini akan berlangsung di Hilton Garden Inn Florence Novoli di Florence, Itali pada 9 Mac 2024. Syarikat ini mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada semua penceramah dan rakan kongsi jenama yang akan menghadiri acara ini. SIBIONICS berharap dapat meneruskan perbualan dan menerobos sempadan inovasi CGM dalam acara-acaranya yang akan datang.

Sekiranya acara ini menimbulkan rasa ingin tahu anda, sila hubungi Pasukan PR SIBIONICS di: zy.zhang@sibionics.com

 

Source: SIBIONICS
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news