BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 20 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Appier berganding bahu dengan Be Group, pengusaha yang terkemuka dalam sektor aplikasi berbilang-perkhidmatan Vietnam untuk membantu memacu pertumbuhan perniagaan dan penglibatan pengguna jenama Vietnam ini. Be Group, terkenal dengan aplikasi Be yang menawarkan perkhidmatan seperti e-panggilan dan penghantaran makanan serta barangan runcit, menunjukkan pencapaian penting dalam meningkatkan bahagian pasaran dan kesetiaan pengguna melalui perkongsian yang inovatif ini.
Ditubuhkan pada tahun 2018, Be Group muncul dengan pantas sebagai penggiat yang kritikal dalam industri aplikasi berbilang-perkhidmatan Vietnam, memegang 25% bahagian pasaran yang besar. Syarikat ini bertujuan untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat pengguna iPhone di Vietnam, merebut peluang untuk memaksimumkan hasil aplikasi dengan berkesan. Dua cabaran dan peluang penting muncul:
Appier, dengan kepakarannya dalam AI, menggunakan pendekatan serampang dua mata untuk menangani cabaran Be Group:
Be Group mencapai hasil yang luar biasa melalui perkongsian ini. Khususnya, penyelesaian berpacukan AI daripada Appier membantu Be Group mengaktifkan semula berjuta-juta pengguna tidak aktf dengan jayanya, melibatkan semula mereka untuk membuat tempahan berulang kali.
"Kami berasa teruja dengan hasil daripada perkongsian kami bersama Appier. Penyelesaian berkuasa AI mereka yang luar biasa memacu pertumbuhan, melibatkan pengguna kami dan memperkukuh kedudukan pasaran kami. Pendekatan inovatif Appier kepada pemerolehan pengguna dan penglibatan semula terbukti tidak ternilai dalam mencapai hasil yang mengagumkan ini, seterusnya menonjolkan kekuatan kolaborasi kami tatkala kami bekerjasama untuk membentuk masa depan industri kami," kata jurucakap daripada Be Group.
Kolaborasi ini tertumpu untuk memanfaatkan data pihak pertama, pembelajaran mendalam dan pandangan luas terhadap tingkah laku pengguna untuk mencapai matlamat utama kempen ini: memperoleh pengguna baharu dengan tingkah laku tempahan dan mengembalikan pengguna tidak aktif. Pendekatan yang holistik ini menyaksikan peningkatan enam kali ganda dalam volum saluran Apple Search.
Kedua-dua syarikat teruja dengan kemungkinan perkongsian ini dibuka. Hasilnya dapat dilihat dalam bilangan, tabiat pengguna dan kesetiaan yang berjaya diterapkan oleh Be Group dalam kalangan pelanggannya.
Dengan industri ini dijangka akan terus berkembang, perkongsian antara Appier dan Be Group menjadi bukti kepada kuasa AI dan pandangan berpandukan data dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan mewujudkan kumpulan pelanggan yang setia. Kedua-dua syarikat menantikan usaha masa depan tatkala mereka menyasarkan untuk kekal berada di barisan hadapan dalam industri aplikasi berbilang perkhidmatan Vietnam yang berkembang maju.
Latar Belakang Appier
Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat merentas APAC, Eropah dan A.S. serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut mengenai Appier dan aplikasinya melibatkan AI generatif aplikasinya.