omniture

Globe Teleservices dan TIGO Tanzania Menjalinkan Pakatan Eksklusif untuk Penyelesaian Tembok Api A2P SMS yang Canggih

Globe Teleservices Pte Ltd
2024-02-21 03:31 18

SINGAPURA, 20 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Globe Teleservices Pte. Ltd., penyedia penyelesaian telekomunikasi global yang terkemuka, telah menjalin pakatan strategik dengan Honora Tanzania PLC (TIGO), sebuah pengendali rangkaian mudah alih terkemuka di Tanzania, organisasi tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan AXIAN Telecom. TIGO Tanzania yang terkenal dengan penyelesaian komunikasi inovatifnya, telah memilih untuk bekerjasama secara eksklusif dengan Globe Teleservices kerana penyelesaian tembok api A2P SMS yang canggih dan pintar.

 

 

Keselamatan dan kebolehpercayaan yang ditawarkan oleh penyelesaian tembok api Globe Teleservices sejajar sepenuhnya dengan misi TIGO untuk menyediakan penghantaran trafik Aplikasi-kepada-Individu (A2P) antarabangsa yang lancar, selamat dan berkualiti tinggi.

Dalam era kemajuan teknologi yang pesat seperti hari ini, pakatan eksklusif ini akan mempersiapkan TIGO untuk menangani kerugian pendapatan yang disebabkan oleh penipuan SMS, pengumpulan SIM(SIM farming), penghalaan kelabu (grey route), pengepaman SMS dan lain-lain.

Penyelesaian tembok api Globe Teleservices melindungi trafik mesej daripada penghalaan kelabu (grey routing) dan spam, memastikan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai. Dengan pelbagai faktor yang memberi impak kepada perniagaan setiap pengendali rangkaian mudah alih, perlindungan rangkaian memerlukan pendekatan yang direka khas dengan gabungan yang tepat antara teknologi dan keserasian perniagaan. Pendekatan ini bukan hanya memudahkan pengembangan global TIGO tetapi juga mengekalkan keselamatan maksimum, sesuatu yang sangat penting dalam dunia yang saling terhubung pada hari ini.

Mr. Ashutosh Agrawal, Pengerusi dan Pengarah Urusan di Globe Teleservices, menyatakan beliau sangat teruja tentang kerjasama ini, berkata, "Penyelesaian tembok api pintar kami melengkapi visi TIGO Tanzania untuk penghantaran trafik A2P antarabangsa yang selamat dan efisien. Kami turut berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan kami menantikan inovasi dan pertumbuhan yang akan dibawa oleh perkongsian eksklusif ini kepada kedua-dua syarikat."

Kerjasama ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memberikan penyelesaian komunikasi yang berkualiti tinggi, selamat dan cekap kepada pelanggan di Tanzania dan sekitar negara ini.

Tentang Globe Teleservices:

Globe Teleservices adal ialah peneraju dalam telekomunikasi dengan penyelesaian transformatifnya yang membolehkan perniagaan mewujudkan ketersambungan global yang lancar. Kami menyediakan pengendali dengan penyelesaian generasi seterusnya yang khusus dalam kualiti premium, mesej omnichannel, antipenipuan, perkhidmatan awan dan penjanaan pendapatan A2P. Globe Teleservices turut diiktiraf sebagai Vendor SMS A2P Peringkat 1 untuk MNO dalam Laporan Impak Pasaran SMS A2P ROCCO - EDISI MNO. Kami menyediakan akses kepada laluan berkualiti tinggi, selamat dan  boleh dipercayai melalui pelbagai tawaran dalam portofolio produk kami. Globe Teleservices beribu pejabat di Singapura dan menyediakan hubungan langsung di lebih daripada 65 buah negara di Asia, Timur Tengah, LATAM dan Afrika.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2155167/Globe_Teleservices_Logo.jpg?p=medium600

Source: Globe Teleservices Pte Ltd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements