omniture

iKala Revolusikan Pemasaran Pempengaruh dengan Kemas Kini KOL Radar, Tingkatkan Kecekapan Pemasaran Rentas-Sempadan

iKala
2024-02-21 11:00 16

KOL Radar memperkenalkan "Pengesanan Ketulenan Audiens", "Analisis Pesaing" dan menyepadukan "Profil Pempengaruh Korea" bagi meningkatkan produktiviti dan keselamatan jenama.

TAIPEI, 21 Februari 2024 /PRNewswire/ -- iKala, penyedia penyelesaian transformasi AI yang terkemuka, mengumumkan tiga kemas kini yang penting kepada perkhidmatan pemasaran pempengaruh AInya, KOL Radar. Kemas kini ini, termasuk "Pengesanan Ketulenan Audiens", "Analisis Pesaing" dan penyepaduan "Data Pempengaruh Korea Baharu", dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti dan keselamatan jenama dalam dunia pemasaran pempengaruh yang dinamik dan memperkasa pemilik jenama untuk memperoleh data berpacukan-AI yang berharga daripada pangkalan data yang luas dengan hampir 3 juta pempengaruh merentas lapan negara Asia.

iKala KOL Radar introduced "Competitor Analysis", enabling brands to track selected competitors' social performance and review recent collaborations with influencers
iKala KOL Radar introduced "Competitor Analysis", enabling brands to track selected competitors' social performance and review recent collaborations with influencers

KOL Radar mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan menambah secara rasmi hampir 700,000 profil pempengaruh Korea pada 31 Mac. Menerusi penambahan ini, KOL Radar akan memiliki pangkalan data dengan hampir 3 juta pempengaruh daripada pasaran-pasaran termasuk Taiwan, Jepun, Korea, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Ini dapat memperkasa pemilik jenama untuk memperoleh pemahaman tentang data pempengaruh khusus kepada pasaran sasaran mereka, berkembang selanjutnya ke dalam pasaran luar negara yang asing, memahami trend pemasaran dan masalah utama pempengaruh serta mengurangkan halangan kepada perniagaan rentas sempadan melalui data pempengaruh AI.

KOL Radar turut memperkenalkan dua kemas kini ciri yang penting untuk memperkemas proses "prapenilaian" pemasaran pempengaruh, memperkukuh produktiviti dan kredibiliti jenama:

  • Pengesanan Ketulenan Audiens: Menilai dengan pantas bilangan peminat tulen pempengaruh, menjamin keberkesanan dan keselamatan kolaborasi dengan menapis peminat yang mencurigakan, akaun bot atau nilai yang tidak dapat dibezakan oleh sistem.
  • Analisis Pesaing: Akses beta terbuka bermula pada 31 Mac, membolehkan jenama-jenama menjejak prestasi sosial pesaing terpilih dan menyemak kolaborasi terkini dengan pempengaruh. Ciri ini dapat membantu menilai keberkesanan kolaborasi, memilih pempengaruh yang sesuai dan memperhalusi strategi sosial melalui analitis AI.

Berusaha menjadi pangkalan data pempengaruh terbesar Asia, KOL Radar menawarkan penyelesaian data pempengaruh rentas sempadan yang komprehensif, seterusnya mempercepatkan transformasi digital berpacukan-AI untuk perusahaan. Sega, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iKala berkongsi tentang pengumuman yang mengujakan ini: "iKala tetap komited untuk membangunkan platform carian dan analitis pempengaruh AI terbesar. Dengan meningkatkan ciri-ciri produk, kami menyasarkan untuk membantu jenama-jenama meningkatkan produktiviti dan menjamin keselamatan dalam kolaborasi pempengaruh. Kami tidak sabar-sabar untuk menyediakan perkhidmatan pemasaran pempengaruh AI yang lebih jitu, mengatasi cabaran lalu dan memudahkan jangkauan global untuk jenama-jenama menyampaikan produk yang berkualiti."

 

Source: iKala
Keywords: Computer/Electronics Social Media New products/services