CHANGSHA, China, 21 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 18 Februari, hari kesembilan dalam bulan lunar pertama Tahun Naga, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) mengadakan aktiviti pembukaan besar-besaran bagi tahun 2024 di pelbagai taman seluruh negara ini dan menghantar pelbagai produk yang bernilai lebih RMB 1.2 bilion ke destinasi global dari bandar dan taman industri pintarnya yang terletak di Lugu, Quantang, Wangcheng, Changde, Weinan, Kaifeng dan lokasi-lokasi lain. In imenandakan permulaan kepada usaha global syarikat ini dalam Tahun Naga, melambangkan perjalanan naga ini merentas lautan.
Sebelum ini, syarikat-syarikat kren kejuruteraan, kren pembinaan, jentera konkrit dan jentera tolak tanah Zoomlion memperoleh lebih RMB 5.4 bilion daripada pesanan luar negara semasa mesyuarat tahunan dan penilaian produk, memberi ruang untuk mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dalam tahun 2024.
Pada hari itu, lebih 200 kren, termasuk kren rangkak dan kren mudah alih bernilai sejumlah RMB 280 juta, dihantar dari Taman Industri Quantang, Taman Lugu dan Taman Hanshou Changde bagi menyokong projek-projek pembinaan di seluruh dunia.
Pagi itu, hampir 200 treler yang dimuatkan dengan lebih daripadaa 100 unit peralatan berlepas dari kilang pintar kren menara Zoomlion di Changde serta Pangkalan China Timur, Pangkalan Hengshui dan juga Pangkalan Weinan. Ini termasuk kren menara siri-R yang terkini dan lif tanpa manusia pintar, serta produk direkayasa tersuai yang direka bentuk untuk pasaran luar negara yang berkualiti tinggi. Bernilai RMB 170 juta, pesanan ini menyumbang lebih 50% daripada jualan luar negara.
Kelompok pertama jentera konkrit Zoomlion, termasuk trak pam, penyembur basah, pam dipasang pada trak, pencampur dan stesen pencampur yang bernilai lebih RMB 200 juta, dihantar ke destinasi global sehari sebelumnya.
Aktiviti yang bersungguh-sungguh ini diperlihatkan melalui taman pembuatan Zoomlion untuk jentera kerja udara pintar, jentera tolak tanah, jentera kerja cerucuk, jentera perlombongan, peralatan kecemasan dan kenderaan industri.
Memandangkan penghantaran jentera kejuruteraan meningkat bilangannya dengan pantas, aktiviti pembukaan jentera pertanian Zoomlion turut sama sibuk. Lebih 500 unit jentera pertanian dihantar dari pelbagai taman pengeluaran ke kawasan penghasilan bijirin utama dalam pasaran China dan luar negara termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah, CIS dan Amerika Selatan, bagi melindungi pengeluaran pertanian di seluruh dunia.
Memandang menuju tahun 2024, syarikat ini maju ke hadapan dengan kesungguhan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Dengan fokus pada inovasi dan kecemerlangan, Zoomlion terus menerobos sempadan pembangunan yang berkualiti tinggi, tekal mencapai kejayaan baharu.