omniture

TXOne Networks Perluas Kehadiran di 12 Negara Rantau APAC Melalui Perkongsian Pengedaran Serantau dengan Netpoleon Group

TXOne Networks
2024-02-22 10:00 14

Peneraju bagi keselamatan Sistem Fizikal-Siber bekerjasama dengan pengedar bernilai tambah yang berpangkalan di Singapura untuk rangkaian APAC dan industri keselamatan siber

TAIPEI, 22 Februari 2024 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan Sistem Fizikal-Siber (CPS), hari ini mengumumkan perkongsian pengedaran serantau bersama Netpoleon Group, pengedar bernilai tambah berpangkalan di Singapura bagi rangkaian dan produk keselamatan siber di APAC. Perjanjian ini meluaskan kehadiran TXOne Networks dalam 12 negara di seluruh Asia Pasifik (APAC): Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Nepal, New Zealand, FIlipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

"Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan Netpoleon menerusi misi kami untuk mengekalkan kestabilan dan ketersediaan persekitaran OT (teknologi operasi) pelanggan kami," kata Kevin Wan, ketua TXOne AMEA (Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika). "Menerusi sokongan bertaraf dunia, perkhidmatan prajualan dan keupayaan pemenuhan serantau, Netpoleon merupakan salah satu pengedar yang paling berkeupayaan di rantau APAC, menjadikannya sasaran ideal untuk perkongsian pengedaran serantau pertama syarikat kami. Perjanjian ini memberi lebih kebebasan kepada pelanggan kami untuk memilih rakan kongsi TXOne Networks yang sesuai untuk mereka dan ia penting untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tawaran terbaik-dalam-kelas kami di seluruh Asia-Pasifik."

Netpoleon Group ditubuhkan pada tahun 2000. Melalui perkongsian kukuh bersama rakan kongsi saluran, Netpoleon mewujudkan tempat bertapak yang kukuh dalam perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, sektor awam dan industri-industri lain yang mana perlindungan data adalah paling penting.

"Netpoleon mengukuhkan kedudukannya sebagai penggiat serantau dan peneraju dalam rangkaian APAC dan industri keselamatan siber. Kami berbuat demikian dengan tekal mencipta semula syarikat kami agar sentiasa mengikuti keperluan dinamik pelanggan kami dan menjalin kerjasama dengan TXOne Networks merupakan satu lagi contoh untuk kekal berada di hadapan keperluan baru muncul mereka," kata Max Foo, Ketua Pegawai Operasi dengan Netpoleon Group. "Dengan IoT dan transformasi digital mempercepatkan penumpuan merentas domain-domain OT dan IT, serangan siber mengakibatkan lebih banyak gangguan pengeluaran dan operasi, kerugian ekonomi dan risiko kepada keselamatan manusia untuk syarikat-syarikat dalam seluruh industri dan wilayah. TXOne Networks memberi akses kepada pelanggan kami terhadap penyelesaian baharu dan kepakaran yang tiada tandingan untuk melindungi operasi dan juga hasil."

Ikuti TXOne Networks melalui Blog, Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang TXOne Networks

TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri dan persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks bekerjasama dengan kedua-dua pengeluar terkemuka dan pengendali infrastruktur kritikal untuk membangunkan pendekatan praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan kedua-dua produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir untuk menjamin rangkaian OT dan peranti misi kritikal menggunakan pendekatan masa nyata, pertahanan mendalam. www.txone.com 

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Corporate Expansion Licensing/marketing agreements