omniture

Pelawaan Pencalonan: Anugerah Inovasi Perusahaan 2024: Meraikan Lapan Tahun Kecemerlangan Digital di ASEAN

ASEAN Innovation Business Platform (AIBP)
2024-02-22 10:30 12

SINGAPURA, 22 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ASEAN Innovation Business Platform (AIBP) dengan bangganya mengumumkan pelawaan pencalonan bagi tahun kelapan berturut-turut Anugerah Inovasi Perusahaan AIBP. Diwujudkan pada tahun 2017, anugerah ini meraikan pencapaian luar biasa perusahaan Asia Tenggara dalam perjalanan transformasi digital mereka. Tahun lalu, IOI Corporation Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) muncul sebagai pemenang dari Malaysia, dan menerima anugerah mereka di Persidangan dan Pameran AIBP 2023 yang diadakan di InterContinental Hotel Kuala Lumpur. Acara berkenaan disokong oleh institusi-institusi Malaysia yang utama termasuk Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ketika itu serta CyberSecurity Malaysia (CSM).

From left to right: Irza Suprapto (CEO, AIBP), Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab (CEO, CyberSecurity Malaysia), Datin Ts. Habsah Nordin (Chief Data Officer, PETRONAS), Mr Mohd Haris Shukri Jahabar (Head, Data Architecture Management, PETRONAS), Mr. Alvin Lee (Head of Business Systems and Information Technology, IOI Corporation Berhad), Mr. Kong Kian Beng (Group CFO, IOI Corporation Berhad), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (Former President and CEO, MIGHT)
From left to right: Irza Suprapto (CEO, AIBP), Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab (CEO, CyberSecurity Malaysia), Datin Ts. Habsah Nordin (Chief Data Officer, PETRONAS), Mr Mohd Haris Shukri Jahabar (Head, Data Architecture Management, PETRONAS), Mr. Alvin Lee (Head of Business Systems and Information Technology, IOI Corporation Berhad), Mr. Kong Kian Beng (Group CFO, IOI Corporation Berhad), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (Former President and CEO, MIGHT)

Tradisi kecemerlangan ini bakal diteruskan di majlis penyampaian anugerah 2024, ciri persidangan tahunan AIBP yang dijadualkan berlangsung pada 3 - 4 September 2024.

Penyokong Transformasi Digital: Platform Pertumbuhan

Anugerah ini berperanan sebagai jemputan terbuka untuk organisasi-organisasi ASEAN berkongsi kisah kejayaan mereka di arena transformasi digital. Pemenang-pemenang terkemuka seperti IOI, menerusi "ONE IOI Integrated Platform" dan PETRONAS, dengan Enterprise Data Hub, memperlihatkan penggunaan teknologi digital yang memberi impak dalam pengoptimuman perniagaan.

Dalam tahun ke-8, Anugerah Inovasi Perusahaan ini terus menawarkan platform unik untuk perniagaan ASEAN mendapat pengiktirafan atas projek-projek transformasi digital mereka. IOI dan PETRONAS turut serta bersama pemenang-pemenang lain dari rantau ini termasuk Metro Pacific Investment Corporation, Megaworld Corporation, VPBank, Vietnam Posts and Telecommunications Group, Sampoerna, Bank Mandiri, Kasikorn Business Technology Group dan PTT Global Chemical Public Company.

Calonkan Perusahaan Anda 

Kami mengundang semua perusahaan yang berpangkalan di Malaysia yang telah memulakan projek-projek transformasi digital untuk mendaftarkan diri mereka untuk pencalonan anugerah tahun 2024 

Tarikh akhir pencalonan: 11 Mac 2024

Pencalonan untuk Anugerah Inovasi Perusahaan ASEAN AIBP 2024 adalah percuma dan boleh diserahkan melalui laman web anugerah ini https://www.aibp.sg/aibp-awards-nominations-2024

Latar Belakang ASEAN Innovation Business Platform (AIBP) 

AIBP berperanan sebagai laluan untuk organisasi-organisasi awam dan swasta di Asia Tenggara mengakses maklumat mengenai pertumbuhan dan inovasi perusahaan. Dengan rangkaian semasa melibatkan lebih 30,000 pihak berkepentingan di Asia Tenggara, AIBP terus membangunkan ekosistem dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mencipta maklumat bernilai tambah untuk pihak berkepentingan kami yang ingin memberi impak transformatif dalam organisasi mereka. Untuk maklumat tambahan mengenai AIBP, sila kunjungi www.aibp.sg

Source: ASEAN Innovation Business Platform (AIBP)
Keywords: Banking/Financial Service Awards