omniture

Memperkasakan Hubungan Komuniti: IPC Shopping Centre Menyediakan Lebih Banyak Kedai Menarik

IPC Shopping Centre
2024-02-22 18:25 14

Terokai suasana dan kedai baharu yang menyeronokkan apabila IKEA Damansara melebarkan sayapnya sebagai tempat pertemuan utama dengan jalinan kerjasama dengan pelbagai rakan niaga

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Selama lebih dua dekad, IPC Shopping Centre telah mendedikasikan ruang mereka dengan berbagai transformasi dan menjadikannya satu destinasi yang ceria dan meriangkan. Kini, sebagai satu langkah strategik bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pusat beli-belah pilihan ramai, IPC Shopping Centre amat teruja untuk memperkenalkan lebih ramai lagi rakan niaga termasuklah daripada sektor F&B, gaya hidup, penjagaan diri serta banyak lagi tawaran perkhidmatan lain.

Memperkasakan Hubungan Komuniti: IPC Shopping Centre Menyediakan Lebih Banyak Kedai Menarik
Memperkasakan Hubungan Komuniti: IPC Shopping Centre Menyediakan Lebih Banyak Kedai Menarik

Mempelawa lebih ramai rakan niaga baharu untuk menambahkan lagi keseronokan membeli-belah
Sejak 20 tahun yang lalu, IPC Shopping Centre telah menjadi tuan rumah kepada banyak rakan niaga terkemuka, antaranya, Ben's Independent Grocer, Harvey Norman dan Spotlight. IPC Shopping Centre juga merupakan hab untuk beberapa perintis perniagaan seperti Skechers, yang merupakan kedai pertamanya di rantau ini memaparkan koleksi pakaian terkininya, serta King Living yang buat pertama dibina dalam pusat beli-belah, dengan rangkaian koleksi sofa dan perabotnya yang telah memenangi banyak anugerah.

Selain memenuhi keperluan pengunjung dengan banyak barangan yang menarik dan unik, nama-nama kedai yang terkenal ini telah memainkan peranan melakar kejayaan IPC Shopping Centre dalam mengajak lebih ramai pengunjung datang berkunjung serta rakan niaga untuk menjalinkan kerjasama.

Bagi meneruskan komitmen untuk kekal relevan dalam memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubah dan mengikut trend terkini, pada tahun ini pusat IPC Shopping Centre akan membuka laluannya untuk rakan niaga baharu, iaitu Mr.DIY Plus yang pertama, buat julung kalinya. Sejajar dengan kepantasan evolusi dalam dunia peruncitan, Mr. DIY Plus akan memperkenalkan konsep empat kedai dalam satu yang menggabungkan kesemua jenama seperti EMTOP, Mr. DIY, Mr. Dollar dan Mr. Toy di bawah satu bumbung.

Bukan sekadar kedai biasa, Mr. DIY Plus turut membantu IPC Shopping Centre untuk terus komited menyediakan suatu tempat untuk pengunjung mencipta momen-momen indah bersama yang tersayang. Dengan keluasan 23,779 kaki persegi, ia akan menjadi sebuah pusat interaktif serta bengkel kanak-kanak untuk pengunjung terokai sepanjang menyusuri lorong-lorong di dalamnya.    

Reka dalamannya melambangkan konsep 'Jalan-jalan Eropah', manakala hiasan ruang depan Mr. DIY Plus menggunakan palet terpakai dan gambaran suasana di dalamnya seolah-olah menggunakan cahaya siang semula jadi. Pengalaman inilah yang mahu diwujudkan untuk dinikmati oleh para pengunjung pusat beli-belah sehenti tersebut menjelang suku pertama 2024.   

Memberikan Kepelbagaian Pengalaman Menjamu Selera
Pada masa terdekat, IPC Shopping Centre turut akan mengubah ruang alfresco menjadi rumah kaca sebagai meraikan pembukaan Canton Boy, sebuah restoran Masakan Halal Cina yang popular dan telah pun menempa kejayaan di MyTOWN Shopping Centre. Konsep yang berwawasan ini adalah bukti semangat kolaboratif, fikiran terbuka dan sikap inovatif yang dikongsi antara pusat beli-belah dan rakan niaganya bagi merealisasikan rumah kaca yang unik dan pertama seumpamanya. Selain itu, sebuah restoran barat baharu yang berkonsepkan bar bersebelahan dengan Canton Boy juga bakal dibuka pada tahun 2024.   

Dengan tekad untuk komited memberikan variasi pengalaman menjamu selera dan mewujudkan suasana lanskap yang indah di dalam pusat beli-belah, IPC Shopping Centre akan terus memperkenalkan pelbagai pilihan F&B secara berperingkat. Tahun ini, rakan niaga seperti Mr. Vegan, Pezzo Pizza, BabaBoy, BananaBro, Bread History & Sandwich Box, KPOP Madang, Taste of Medan dan Noodle King House (tidak Halal) bakal bertemu peminat-peminat mereka. Rangkaian ini akan menyertai jenama lain seperti Jom Chá oleh Farm Fresh, Squid Boy, Dunkin' Donuts serta Mee Tarik Warisan yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2023.    

Mengambil Berat Kesejahteraan Pengunjung
Sebagai usaha menjaga keperluan pengunjungnya, pusat beli-belah turut memperkenalkan perkhidmatan dengan kualiti terunggul untuk golongan lelaki iaitu Jadioc Barbershop yang terletak di Tingkat LG2 serta rangkaian servis penjagaan gigi yang komprehensif iaitu Ivory Dental bertempat di Tingkat 1.

Para ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka di Open Playhouse iaitu pusat edutainment yang menyediakan kafe, serta perkhidmatan untuk merancang jamuan dan majlis yang terletak di Tingkat 2. Tambahan pula, Galaxy Kidz di tingkat yang sama yang pasti akan memberikan kanak-kanak lebih keseronokan, di mana mereka juga boleh belajar berkawan sambil cuba berdikari melalui aktiviti seperti menaiki keretapi, bersama kawan ataupun secara bersendirian dan banyak lagi.

IPC Shopping Centre buat pertama kali turut membuka dua buah kedai layan diri tanpa seliaan, salah satu inovasi dalam teknologi industri peruncitan yang signifikan terutamanya dalam menekankan piawaian kebersihan yang tinggi. Bukan hanya meningkatkan kecekapan dalam perniagaan, Natural Signature yang diperkenalkan, merupakan jenama perabot terkemuka di dunia, di mana kebanyakan rekaannya diperbuat daripada kayu jati asli, serta Books for A Better World, kedai buku terpakai yang terletak di Tingkat 2, telah memberikan definisi baru untuk para pengunjung. Dengan kewujudan kedua-dua kedai ini, pembeli kini boleh mengawal selia sepenuhnya aktiviti membeli-belah mereka, di samping menerokai pengalaman unik yang tersendiri dan secara autonomi.   

Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, berkata "Mewujudkan campuran rakan niaga yang sesuai amat penting untuk kejayaan sesebuah pusat beli-belah. Di IPC Shopping Centre, komitmen kami bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, malah kami mahu lebih menceriakan hari-hari para pengunjung kami. Atas sebab inilah kami berusaha menghasilkan suasana membeli-belah yang menakjubkan, dengan mengimbangi gaya hidup pengunjung yang pelbagai, di samping menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan dan kedai-kedai yang boleh mengubah pusat beli-belah menjadi lebih istimewa berbanding yang biasa.

Membina Semula Ruang bagi Memenuhi Keperluan yang Berkembang
Akur dengan perubahan gaya hidup dan budaya kerja hibrid, IPC Shopping Centre secara terancang telah mengubah Link Bridge di Tingkat 1 untuk menerajui Träffas Work Pods, ruang kerja peribadi dengan kelengkapan perabot yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kadar sewaan mengikut jam atau hari. Perkhidmatan tambahan ini bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mencari ruang kerja yang selesa dan peribadi malah ia turut menawarkan ruang untuk lebih produktif dan mengembangkan daya kreativiti. Pengunjung juga boleh mengubah ruang kerja mereka menjadi studio fotografi, studio rakaman untuk video atau podcast, bilik temuduga atau sudut belajar. Tahun ini, IPC Shopping Centre turut menggalakkan para pengunjung membayangkan transformasi ruang di Link Bridge dan mengubahnya menjadi kiosk kecil seperti bazar untuk komuniti atau menggunakannya bagi mempamerkan hasil kerja mereka. 

Di samping itu, empat ruang parkir kereta yang terletak di Tingkat P2 juga telah diubah menjadi stesen pengecasan EV yang disepadukan dengan Aplikasi IPC dan program loyalti (Tack Club) untuk memberi servis pengecasan yang cekap sebagai memenuhi keperluan infrastruktur pengecasan yang boleh dipercayai.

Tambah kata Karyn Lim, "Transformasi ruang-ruang ini membuka peluang kepada pusat beli-belah seperti IPC untuk meningkatkan lagi keterujaan membeli-belah secara menyeluruh, bermula dari saat ketibaan pengunjung hinggalah saat mereka ingin pulang, serta dalam setiap aspek di antaranya. Dengan mengenal pasti jurang dalam industri runcit tempatan, kami berupaya menyusun secara strategik, kepelbagaian dalam memilih rakan niaga kami dan memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada, bagi membezakan kami dengan pesaing kami, seterusnya menjadikan pusat beli-belah kami sebagai destinasi pilihan dan tersendiri. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kepuasan pelanggan sedia ada kami malah turut membuka ruang untuk rangkaian rakan niaga dan pelanggan baharu, di mana ia akan menyumbang kepada kenaikan bilangan orang yang datang berkunjung dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ipc.com.my.

Tentang IPC Shopping Centre:
Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Commercial Real Estate Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Restaurants Retail New products/services