omniture

PhonePe Memperkenalkan Indus Appstore: Pengubah Keadaan dalam Perjalanan Digital India

PhonePe Pvt. Ltd.
2024-02-23 02:16 76
  • Indus Appstore ialah sebuah gedung aplikasi Android yang menawarkan penemuan aplikasi dalam 12 bahasa India
  • Tiada yuran senarai aplikasi untuk setahun, sehingga 1 April 2025, bagi para pembangun.
  • Pembangun akan bebas untuk menggunakan mana-mana gerbang pembayaran pihak ketiga pilihan mereka.

NEW DELHI, 22 Februari 2024 /PRNewswire/ -- PhonePe, hari ini mengumumkan pelancaran pengguna bagi Indus Appstore, di Bharat Mandapam, New Delhi. Indus Appstore merupakan usaha PhonePe untuk mencipta ekonomi gedung aplikasi mudah alih yang lebih kompetitif dan tempatan bagi India, yang sudah menjadi pasaran muat turun aplikasi mudah alih terbesar di peringkat global. Acara tersebut telah dihadiri oleh sejumlah besar pengasas syarikat permulaan dan peneraju industri teknologi, mencerminkan kepentingan pelancaran ini bagi ekosistem digital yang berkembang pesat di India.

PhonePe Unveils Indus Appstore: A Game-Changer in India's Digital Journey
PhonePe Unveils Indus Appstore: A Game-Changer in India's Digital Journey

 

Indus Appstore membolehkan pengguna India memuat turun lebih daripada 2 lakh aplikasi mudah alih dan permainan, dalam 45 kategori. Pengguna akan dapat menemui aplikasi-aplikasi ini dengan mudah dalam 12 bahasa India, dengan demikian memenuhi 95% pilihan bahasa warga India. Gedung aplikasi ini juga menawarkan ciri penemuan aplikasi baharu yang berdasarkan video pendek, untuk menjadikan penemuan aplikasi lebih menarik bagi pengguna.

Dalam langkah pertama di peringkat global, Indus Appstore membenarkan pembangun aplikasi dan permainan memilih mana-mana gerbang pembayaran pihak ketiga untuk bil pembelian dalam aplikasi, dan mereka tidak akan dikenakan sebarang komisen jika menggunakan gerbang pembayaran luar. Pada masa akan datang, Indus juga akan menyediakan penyelesaian pengebilan dalam aplikasi dan katalognya sendiri, tetapi ini akan kekal sebagai pilihan untuk pembangun aplikasi.sepenuhnya  Selain itu, untuk mempercepatkan pendaftaran pembangun, Indus menawarkan yuran senarai sifar kepada pembangun selama satu tahun.

Momentum pelancaran Indus Appstore menjadi lebih relevan memandangkan desakan baru-baru ini daripada ekosistem permulaan India untuk lebih banyak persaingan pasaran bebas dalam ruang gedung aplikasi mudah alih.

Sameer Nigam, Ketua pegawai Eksekutif dan Pengasas PhonePe menambah, "Indus Appstore mencabar status quo, membawa masuk era persaingan yang lebih sihat dalam pasaran aplikasi mudah alih, sebagai balasan seharusnya membantu mencipta ekosistem digital India yang lebih demokratik dan berkembang pesat. Indus Appstore menerap komitmen kami untuk membina ekosistem digital yang benar-benar inklusif, bahawa setiap pengguna India berasa seperti di rumah sendiri."

Indus Appstore boleh dimuat turun di  https://www.indusappstore.com.

Tentang Indus Appstore:

Indus Appstore ialah gedung aplikasi mudah alih berdasarkan Android yang tempatan, direka khas untuk memenuhi keperluan tempatan dan budaya pengguna India. Dengan pelbagai kategori yang luas, gedung aplikasi ini berusaha untuk menyediakan pengalaman tempatan, kontekstual dan peribadi kepada pengguna. Indus Appstore tersedia dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa India yang lain, ciri ini membolehkan pengguna meneroka gedung aplikasi dalam bahasa pilihan mereka.

Bagi pembangun aplikasi, Indus Appstore menyediakan medan permainan yang adil dan rata untuk menyenaraikan, mengedar & mempromosikan produk mereka dalam ekosistem aplikasi India. Gedung aplikasi ini menyediakan platform penerbitan sendiri, perkhidmatan tempatan, pelbagai alat untuk memantau dan memperluaskan aplikasi mereka bersama sokongan pelanggan 24x7 yang dedikasi.

Tentang PhonePe:

PhonePe Group merupakan syarikat fintech terkemuka di India. Produk utamanya ialah aplikasi pembayaran digital PhonePe yang dilancarkan pada Ogos 2016. Dalam tempoh hanya 7 tahun, syarikat ini telah berkembang pesat untuk menjadi aplikasi pembayaran pengguna utama di India dengan lebih daripada 510 juta pengguna berdaftar dan rangkaian penerimaan pembayaran digital seramai 38 juta peniaga. PhonePe juga memproses lebih daripada 220 juta transaksi harian dengan Nilai Pembayaran Total (TPV) tahunan sebanyak USD 1.4 Trilion.

Di sebalik penguasaannya dalam pembayaran digital, PhonePe Group telah meluaskan perniagaannya ke dalam perkhidmatan kewangan (Insurans, Pembiayaan, Kekayaan) serta perniagaan teknologi pengguna baharu (Pincode - e-dagang hyperlokal dan Indus Appstore - gedung aplikasi tempatan pertama di India). PhonePe Group merupakan sebuah syarikat teknologi yang berpusat di India dengan portfoli perniagaan yang sejajar dengan visi syarikat untuk memberikan setiap individu di India peluang yang sama untuk mempercepat kemajuan mereka dengan membuka aliran wang dan akses kepada perkhidmatan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2344507/PhonePe_Unveils_Indus_Appstore.jpg?p=medium600

Source: PhonePe Pvt. Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology