omniture

"Coupe Ulang Tahun ke-290" Remy Martin Dilelong dengan nilai 39,000EUR yangMemecah Rekod untuk Badan Amal "Kanak-kanak dengan Krisis"

Maison Remy Martin
2014-09-22 02:20 102

COGNAC, Perancis, 22 September, 2014 /PRNewswire/ --

Pada 18 September 2014, para tetamu kehormat berhimpun di Abbaye de Bassac, Cognac (Perancis) bagi menyaksikan majlis Makan Malam Gala Amal edisi ke-9 "La Part des Anges", dan satu halaman baharu telah dicatatkan dalam sejarah House of Remy Martin. Para hadirin menyaksikan saat yang menakjubkan apabila botol arak magnum tunggal, daripada Simpanan Kekal Tuan Simpanan Wain Remy Martin telah diperkenalkan semasa jualan lelongan yang menarik.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140919/706634)

Bagi meraikan warisan hampir tiga abad, "Coupe Ulang Tahun ke-290" daripada House of Remy Martin adalah suatu perjalanan sebenar melalui masa.

Kisah coupe ini adalah istimewa: ia adalah simpanan kekal eaux-de-vie yang tidak pernah kehabisan, disimpan selama beberapa tahun oleh empat generasi tuan simpanan wain.

Setiap satu daripadanya mengekalkan eaux-de-vie Remy Martin paling luar biasa dengan berhati-hati di suatu lokasi rahsia, diwariskan kepada pengganti mereka. "Ulang Tahun Coupe ke-290" adalah Grande Champagne Cognac yang eksklusif. Selari dengan tradisi ini, Pierrette Trichet yang amat berbakat telah melengkapkan koleksi tersebut dengan eaux-de-vie pilihannya sendiri, sebelum menawarkannya kepada Baptiste Loiseau, tuan simpanan wain baharu, yang akan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya dan memperkayakannya. Bagi meraikan ulang tahun ke-290, House of Remy Martin memilih untuk mengekstrak sedikit kuantiti simpanan kekal ini, sebagai saksi bagi peralihan yang tidak berkesudahan ini.

Dikeluarkan dalam satu botol rak magnum tunggal, botol ikonik House of Remy Martin ini diletakkan di dalam cepu kayu yang bervarnis.

Latar Belakang Remy Martin 

Diasaskan pada 1724, Remy Martin adalah pengeluar terkemuka dunia bagi Fine Champagne Cognac. Ini kerana Remy Martin dihasilkan secara eksklusif melalui eaux-de-vie daripada Grande Champagne dan Petite Champagne crus, dengan potensi peningkatan yang besar, bersumberkan daripada ladang anggur yang paling jarang ditemui, menghasilkan cognac dengan intensiti aromatik yang unik. Berkurun lamanya untuk menyempurnakan seni pembuatan cognac yang telah menghasilkan spirit dengan kemewahan, rasa dan kompleksiti yang tiada tandingan.

SUMBER  Maison Remy Martin

Source: Maison Remy Martin
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Children-related news Corporate Social Responsibility