omniture

SIDANG KEMUNCAK FII PRIORITY DI MIAMI DIAKHIRI DENGAN SERUAN SEGERA UNTUK TINDAKAN DAN KEMAJUAN DALAM PENJAJARAN AI

Future Investment Initiative Institute
2024-02-25 20:39 87

MIAMI, 25 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Sidang kemuncak pelabur FII PRIORITY Institut Inisiatif Pelaburan Masa Hadapan (FII) berakhir pada hari Jumaat, setelah meneroka pelbagai isu berkepentingan global. Sidang kemuncak yang bertajuk 'Di Pinggir Sempadan Baharu,' mencerminkan perubahan besar yang dialami dunia ketika teknologi mengubah masyarakat dan ekonomi.

 

FII Institute Announces Featured Speakers for Global PRIORITY Summit in Miami
FII Institute Announces Featured Speakers for Global PRIORITY Summit in Miami

 

Pelabur daripada A.S. dan seluruh dunia berhimpun dengan CEO syarikat global utama dan pakar dasar untuk mencari penyelesaian praktikal yang memberi kesan kepada isu-isu seperti pengawalseliaan AI.

Dalam ucapan penutupnya, Richard Attias, CEO Institut FII, berkata: "Masa untuk bertindak ialah sekarang. Lebih daripada 1000 pemimpin daripada sektor kewangan, perniagaan dan kerajaan menghadiri sidang kemuncak minggu ini di Miami, dan semua bersetuju bahawa dunia menghadapi cabaran yang mendesak. Antara cabaran yang paling utama ialah keperluan untuk tindakan bersepadu dan terselaras, yang melibatkan bukan sahaja kerajaan negara tetapi organisasi antarabangsa. Itulah sebabnya sidang kemuncak seperti ini sangat penting kerana umat manusia bergelut dengan isu-isu besar yang merentasi sempadan, budaya, dan akan memberi kesan kepada generasi akan datang."

Hari kedua menampilkan sesi sarapan khas tentang bagaimana pilihan raya AS 2024 akan memberi kesan kepada ekonomi global. Menyertai Matteo Renzi, Senator Republik Itali dan Bekas Perdana Menteri, ialah Mike Pompeo, Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70 dan Pengerusi Eksekutif, lImpact Investments; Patrick Zhong, M31 Capital; Magda Wierzycka, Sygnia Ltd; Henadi Al Saleh, Agility; Macelo Claure, Claure Group; dan Don Peebles, The Peebles Corporation. Sesi yang dikendalikan oleh Shannon K. O'Neil, Majlis Hubungan Luar Negeri, juga meliputi persimpangan geopolitik dan pelaburan, menyatakan kesalinghubungan kedua-duanya dan keupayaan mereka untuk memberi kesan kepada prospek global mengenai ekonomi dan kerjasama antarabangsa.

Dalam perbincangan yang jujur dan silang generasi mengenai masa hadapan perniagaan, David M. Rubenstein, Pengasas Bersama & Pengerusi Bersama Carlyle, dan anak perempuan Gabrielle Rubenstein, Pengasas Bersama & Rakan Pengurusan Manna Tree, berkongsi pandangan mereka mengenai beberapa isu. Perbualan ini menekankan landskap pelaburan yang berevolusi, menonjolkan sifat ekuiti swasta yang mantap, dan kepentingan penjenamaan pengalaman.

Dengan teknologi baharu yang membentuk semula perhubungan antara perniagaan dan keselamatan, Cecilia Attias, Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Awam di RA&A, dan Pengasas & Presiden Yayasan Cecilia Attias untuk Wanita, membincangkan cara memanfaatkan teknologi untuk keselamatan dan kestabilan dengan Pengasas Bersama Palantir, Dr. Alex Karp. Perbualan ini meliputi hubungan antara teknologi dan etika, menonjolkan peranan penting perisian dalam membentuk masyarakat, dan menyeru pendekatan yang seimbang terhadap privasi dan keselamatan.

Selaras dengan DNA Miami, sidang kemuncak itu juga menampilkan beberapa panel khusus untuk hiburan dan sukan, dengan pelakon Gwyneth Paltrow dan Rob Lowe mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu. Lowe, yang merupakan Presiden Lowe Profile Productions, dan Pengasas Bersama, Pengerusi & CEO Eldridge Industries Todd Boehly, terlibat dalam perbualan mengenai teknologi dan masa hadapan filem dan TV. Lowe menyatakan bahawa "penggabungan akan berlaku, dan mungkin juga pemberkasan, tetapi golongan kreatif akan sentiasa memainkan peranan penting. Kami telah bercerita sejak kita duduk dekat unggun api dan kami akan memberitahu mereka apabila kami mengorbit Bumi.

FII PRIORITY Miami juga menganjurkan sidang kemuncak yang berfokuskan sukan, yang menampilkan sesi mengenai kesan kemasukan dalam aliran pembiayaan baharu dan bagaimana mereka mentakrifkan semula keseluruhan ekosistem sukan. Penceramah dalam sesi itu termasuk Gerry Cardinale, Pengasas, Rakan Kongsi Urusan & CIO di RedBird Capital Partners, mantan bintang bola sepak Larry Fitzgerald, Jr., Pengasas Bersama Trenches Capital, Sam Kennedy Presiden & CEO Fenway Sports Group, pemilik Miami Dolphins dan Pengerusi & Pengasas The Related Companies Stephen Ross.

Sidang Kemuncak Miami FII PRIORITY meneruskan perbincangan yang diadakan di Hong Kong dan Riyadh pada musim luruh (autumn) 2023.  Ia adalah sebahagian daripada program sidang kemuncak global yang berterusan yang diadakan sepanjang tahun, dengan sidang kemuncak akan diadakan di Rio de Janeiro pada bulan Jun dan Riyadh pada bulan Oktober.

Catatan kepada Editor

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Telefon: +966 53 978 2030

E-mel: Media@fii-institute.org

Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) Ialah sebuah yayasan bukan keuntungan global yang dipacu oleh data dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang kritikal: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kemampanan.

Sidang kemuncak FII PRIORITY Miami meneruskan perbincangan yang diadakan di Hong Kong dan Riyadh pada Musim Luruh 2023. Perbincangan ini adalah sebahagian daripada program global sidang kemuncak yang berterusan sepanjang tahun, dengan persidangan yang akan datang di Rio de Janeiro pada bulan Jun dan Asia pada penghujung tahun kelak.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2346712/FII_Summit.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4559335/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news