omniture

Infinix Sertai $100 Million Milestone Brand Partners Shopee

Infinix Mobility
2024-02-26 09:04 230

SINGAPURA, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Infinix, jenama teknologi bergaya yang dicipta untuk pengguna muda, dengan bangganya mengumumkan kemasukannya ke dalam $100 Million Milestone Brand Partners Club Shopee pada tahun 2024. Anugerah yang dihormati ini mengiktiraf pencapaian cemerlang Infinix dalam mengatasi jumlah hasil jualan sebanyak lebih $100 juta pada platform Shopee, bersempena dengan Sidang Kemuncak Jenama-jenama Shopee 2024.

Infinix Joins Shopee's $100 Million Milestone Brand Partners
Infinix Joins Shopee's $100 Million Milestone Brand Partners

 

Infinix Joins Shopee's $100 Million Milestone Brand Partners
Infinix Joins Shopee's $100 Million Milestone Brand Partners

Mengulas mengenai pencapaian yang luar biasa ini, Lake Hu, Ketua Pegawai Pemasaran Infinix berkata, "Kami sangat berbangga dimasukkan ke dalam $100 Million Milestone Brand Partners Club Shopee. Penghormatan ini ialah hasil daripada kolaborasi erat kami bersama Shopee dan mencerminkan komitmen kami kepada dedikasi Infinix yang tidak berbelah bahagi kepada pengguna muda. Jenama kami didorong oleh pemahaman yang mendalam terhadap keperluan dan aspirasi mereka. Kami percaya dalam menyediakan teknologi canggih yang selari dengan gaya hidup mereka, kesemuanya sambil mengekalkan harga mampu milik."

Shopee $100 Million Milestone Club, ditubuhkan pada tahun 2021, bertujuan untuk memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi jualan yang luar biasa di rantau seperti Asia Tenggara. Infinix, sebagai satu-satunya jenama teknologi yang dimasukkan ke dalam $100 Million Milestone Club Shopee pada tahun ini, memperkukuh kedudukannya sebagai penggerak utama dalam industri teknologi, bersama-sama jenama-jenama yang disegani dalam kemasukan terdahulu seperti Samsung dan Xiaomi, menunjukkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada inovasi, ketercapaian dan pencapaian yang cemerlang.

Kejayaan luar biasa Infinix boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan produk yang berkualiti tinggi dengan nisbah harga-kepada-prestasi terunggul, penglibatan pengguna, inovasi, kolaborasi strategik dan pendekatan pemasaran berbilang aspek.

Tahun lalu, Infinix mencetuskan gelombang dengan pelancaran GT 10 Pro, telefon pintar yang direka bentuk khusus untuk peminat permainan mudah alih. Peranti ini, menampilkan siberpunk dan estetika meka, mempunyai cip set MediaTek Dimensity 8050 yang berkuasa, pemproses okta-teras dan membawakan kolaborasi yang mendalam bersama permainan popular seperti FreeFire dan MLBB, lantas mengangkat penggunanya ke tahap tinggi yang baharu dalam bidang e-sukan profesional.

Di samping itu, Infinix memberi impak yang signifikan ke atas industri memvlog melalui pelancaran Zero 30 Series. Telefon pintar perintis ini, dilancarkan melalui kolaborasi dengan Festival Filem Antarabangsa Venice 2023, telah mentakrifkan semula penciptaan kandungan menerusi kanta kamera swafoto 50MP yang pertama dalam industri dan keupayaan merakam 4K 60FPS.

Infinix ranked as the best-selling brand in the mobile phones category during Shopee's 2023 11.11 event.
Infinix ranked as the best-selling brand in the mobile phones category during Shopee's 2023 11.11 event.

Pencapaian ketara Infinix pada platform Shopee termasuk kedudukan sebagai jenama telefon pintar paling laris terjual dalam kategori telefon bimbit semasa kempen Jualan Besar-besaran 11.11 2023 Shopee baik di Indonesia mahupun Filipina.

Memandang ke hadapan, Infinix berjanji untuk memperdalam selanjutnya kolaborasinya bersama Shopee, bersedia untuk menyampaikan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang lancar kepada kumpulan pengguna yang semakin berkembang.

Latar Belakang Infinix 

Infinix Mobility ialah jenama teknologi yang muncul dengan pesat yang mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan portfolio peranti pintar yang semakin berkembang di seluruh dunia di bawah jenama Infinix, yang ditubuhkan pada tahun 2013. Menyasarkan belia pada hari ini dengan teknologi yang pertama dalam kelas, Infinix mencipta peranti pintar yang bergaya, berkuasa dan berharga mampu milik yang membawakan teknologi terkini dalam pasaran kepada pengguna di seluruh dunia tatkala mereka memerlukannya pada harga yang mereka mahukan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.infinixmobility.com 

Source: Infinix Mobility
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts