omniture

Good Bricks Peroleh Pelaburan Baharu daripada ADB Ventures, Garden Impact Fund dan Clarion Newlife Capital untuk Memajukan Pembuatan Produk Hijau Bata Tanpa Bakar di Asia Selatan


InnoCSR
Good Bricks
2024-02-26 10:00 18

KATHMANDU, Nepal, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- InnoCSR, berada di barisan hadapan inovasi pembinaan mampan, telah memperoleh pelaburan yang besar untuk teknologinya, Good Bricks, melalui pusingan pendanaan Siri A yang berjaya. Pelaburan baharu ini diperoleh daripada ADB Ventures, berserta sokongan daripada Garden Impact Fund dan Clarion Newlife Capital yang berpangkalan di Singapura. Dana ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan operasi dan memacu penerimaan Good Bricks System yang meluas ke seluruh Nepal dan Asia Selatan.

Good Bricks System ialah teknologi pembuatan bata mesra alam yang menggunakan Penstabil Tanah Baik yang inovatif untuk menghasilkan bata tanpa bakar yang bersih di Asia Selatan.
Good Bricks System ialah teknologi pembuatan bata mesra alam yang menggunakan Penstabil Tanah Baik yang inovatif untuk menghasilkan bata tanpa bakar yang bersih di Asia Selatan.

Pelaburan yang strategik ini menandakan detik bersejarah  dalam usaha Good Bricks untuk merevolusikan industri pembuatan bata tradisional dengan teknologi pembuatan bata  tanpa bakar dan Lestari alam, seterusnya mengurangkan impak terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan dengan ketara  berbanding bata bakar tradisional.

Asia Selatan merupakan pusat kepada hampir seperempat daripada pengeluaran bata bakar global keseluruhan. Sebagai salah satu industri utama Nepal, pengeluaran bata membakar hampir 1 juta tan arang batu setiap tahun, menyumbang sebanyak 37% daripada emisi CO2 keseluruhan negara ini, lalu memberi kesan yang ketara ke atas Himalaya.

Sebagai teknologi utama InnoCSR, Good Bricks menawarkan penyelesaian holistik untuk membangunkan bata tidak dibakar yang berkualiti tinggi dan tahan lama tanpa menjejaskan alam sekitar. Dengan berkolaborasi secara langsung dengan pemilik tanur bata sedia ada, Good Bricks bukan sahaja mengekalkan daya saing kos, tetapi turut meningkatkan produktivitinya dengan ketara. Pendekatan ini dapat menangani cabaran industri secara langsung, seterusnya menunjukkan impak berbilang aspek daripada Good Bricks, sesuatu yang amat dihargai oleh pelabur baharunya.

"Good Bricks System bersedia untuk mengubah industri pembuatan bata intensif-karbon Asia Selatan, yang amat bergantung kepada proses dan teknologi yang berusia berdekad-dekad lamanya," kata Arsalan Farooquee daripada ADB Ventures.

"Dengan operasi infrastruktur ADB yang luas di wilayah ini, terdapat sinergi kukuh yang boleh dimanfaatkan untuk menyokong penggunaan penyelesaian teknologi yang memberi impak seperti Good Bricks System secara meluas."

Pelaburan baharu daripada Garden Impact Fund, Clarion Newlife Capital dan ADB Ventures ini akan memainkan peranan penting dalam meluaskan jangkauan Good Bricks ke seluruh Nepal dan pelosok Asia Selatan yang lain, seterusnya mendorong peralihan ke arah amalan yang lebih  lestari alam dalam sektor pembinaan.

"Kami teruja menerima pelaburan ini. Ia bukan sahaja mengesahkan lagi impak positif Good Bricks, bahkan turut mendorong kami untuk semakin hampir dengan visi kami bagi mentransformasikan industri pembuatan bata yang kurang inovasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif InnoCSR, Sam Yoonsuk Lee.

Sudahpun mengorak langkah yang berjaya di Nepal, Good Bricks dijadualkan untuk dilancarkan di India dan Pakistan pada awal tahun 2024.

Latar Belakang InnoCSR

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, InnoCSR telahpun bekerjasama dengan syarikat multinasional, kerajaan dan NGO global di seluruh Asia untuk mencari dan memindahkan teknologi yang mencipta impak sosial, alam sekitar dan kewangan yang positif. InnoCSR telah merealisasikan usahanya menjadi teknologi proprietari yang dikenali sebagai Good Bricks System yang menawarkan kaedah revolusioner untuk industri pembinaan meningkatkan produktiviti sekali gus mengurangkan kesan terhadap alam sekitar yang berbahaya. Good Bricks System menggunakan teknologi bahan penstabil tanah khas untuk menghasilkan bata berkualiti standard global yang kukuh. Teknologi ini dapat mengurangkan masa pengeluaran sehingga 80% dan dalam masa yang sama mengurangkan emisi gas rumah hijau memandangkan ia tidak memerlukan pembakaran.

Kelebihan yang ditawarkan oleh InnoCSR dari segi kos, intensiti tenaga buruh dan alam sekitar, mendapat pengiktirafan yang semakin meningkat daripada organisasi dan pelabur antarabangsa. Good Bricks System daripada InnoCSR sudahpun digunakan di Nepal dan menyasarkan untuk berkembang ke Pakistan dan India pada awal tahun 2024.

Source:
InnoCSR
Good Bricks
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Venture Capital