omniture

XCMG Machinery Hantar Lebih 1,000 Mesin Pengorek ke Pasaran Penting di Eropah, Amerika Utara dan Australia

XCMG Excavator
2024-02-26 10:01 92

Rangkaian luas daripada model kompak hingga besar memenuhi pelbagai keperluan pembinaan merentas benua 

XUZHOU, China, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 18 Februari, konsainan dengan lebih 1,000 mesin pengorek daripada XCMG Machinery (SHE: 000425, "XCMG"), menampilkan pelbagai jenis model paling laris terjual bermula daripada unit kompak hingga sederhana dan bersaiz besar, berlepas dari Xuzhou, China, menuju ke pasaran kelas atasan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Oceania. Destinasi-destinasi melibatkan Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, United Kingdom, Perancis, Itali, Turkiye dan Australia.

XCMG Machinery Ships Over 1,000 Excavators to Key Markets in Europe, North America and Australia.
XCMG Machinery Ships Over 1,000 Excavators to Key Markets in Europe, North America and Australia.

Mesin pengorek yang dihantar kali ini telahpun disesuaikan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam pelbagai aspek seperti pengalaman memandu, sentuhan pengendalian dan prestasi operasi. Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mesin pengorek XCMG menjalankan penyelidikan barisan hadapan yang mendalam, berdasarkan kepada keperluan pasaran dibezakan, bagi memacu lelaran dan penaiktarafan produk.

Mesin pengorek sederhana XE225U yang dilancarkan baru-baru ini, disesuaikan untuk pasaran A.S., menampilkan sistem operasi hidraulik aliran-positif dikawal secara elektronik yang sofistikated. Sistem ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan peralatan berbilang fungsi. Model ini turut didatangkan dengan ruang pandu yang lebih besar dan tempat duduk ampaian udara, yang dapat mengurangkan keletihan pengendali dengan ketara semasa operasi pembinaan yang dilanjutkan. Penaiktarafan ini meningkatkan fungsian dan keselesaan produk dengan ketara, lalu menetapkan standard yang baharu dalam pasaran.

"Mesin Pengorek XCMG sentiasa memfokuskan pasaran, memberi keutamaan untuk meningkatkan metrik prestasi pelanggan yang sangat penting seperti keandalan dan pengendalian produk," kata Song Zhike, Naib Presiden XCMG dan Pengarah Urusan Unit Perniagaan XCMG Excavator. "Kami telahpun menjalankan penyelidikan teknologi khusus untuk senario aplikasi serantau yang berbeza dan keadaan kerja tipikal bagi memenuhi keperluan seluruh dunia yang lebih baik untuk jentera pengorekan."

Menawarkan perkhidmatan kepada pengguna industri di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Australia, XCMG Excavator membangunkan tiga aspek berkuasa iaitu teknologi, pemasaran dan perkhidmatan. XCMG Excavator memberi sokongan teknologi yang tiada tandingan, program latihan pengendali yang luas serta servis alat ganti yang andal. Respons syarikat ini yang tepat pada masanya dan pemenuhan keperluan pelanggan membolehkannya meraih pengiktirafan daripada sejumlah pelanggan luar negara yang semakin bertambah, lantas mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran global.

Seorang pelanggan yang menawarkan perkhidmatan kepada pasaran Amerika Utara berkongsi, "Mesin pengorek XCMG menonjol kerana kuasa menggali yang kukuh dan keboleholahgerakan tangkas yang memperkemas operasi tolak tanah kami dan meningkatkan kecekapan pembinaan keseluruhan. Pasukan servis mereka sangat bagus—profesional dan responsif. Kami mendapati mesin pengorek XCMG merupakan rakan kongsi yang andal dalam projek-projek kami."

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, XCMG menumpukan usahanya kepada pasaran antarabangsa yang telahpun mantap. Dalam tempoh ini, ia membangunkan dan melaksanakan teknologi canggih yang pintar, mesra alam dan bersepadu secara digital, bagi memenuhi aspek-aspek kritikal peralatan kejuruteraan moden. Syarikat ini melancarkan lebih seratus jenis mesin pengorek, kren, platform kerja udara, peralatan perlombongan dan mesin jalan raya, yang menyasarkan pasaran-pasaran di Eropah, Amerika Utara dan Australia. Menawarkan penyelesaian berkualiti terbaik dan tersuai, XCMG memenuhi kehendak unik pelanggan globalnya, yang memperlihatkan dedikasinya kepada kemajuan teknologi dan juga tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Source: XCMG Excavator
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports