omniture

Diameter Terbesar Turbin Angin Laut Vietnam Setakat Ini Akan Dipasang dalam Projek Ladang Angin Hai Anh

Shanghai Electric
2024-02-26 15:34 52

DONG HA, Vietnam, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Electric Wind Power ("Syarikat", SHA:688660), subsidiari Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727), juga merupakan pengeluar peralatan kuasa angin laut terkemuka China dan salah satu pembuat peralatan kuasa angin luar pesisir terbesar China, baru-baru ini menandatangani perjanjian untuk menyediakan turbin angin canggihnya kepada rakan-rakan kongsi usaha sama Hai Anh Wind Power Company, IPC Construction Joint Stock Company (IPC E&C) dan Asia Industrial Technology Joint Stock Company (ACIT) untuk Projek Ladang Angin Hai Anh di Wilayah Quang Tri, Vietnam. Ladang angin ini akan meliputi kawasan seluas 855.25 hektar dengan kapasiti terpasang 40MW dan akan menggunakan lapan unit turbin angin WH5.25-172 Syarikat ini, bagi memperkukuh transformasi tenaga hijau di Asia Tenggara.

Vietnam's Largest Diameter of Onshore Wind Turbine to Date Will Be Installed at Hai Anh Wind Farm Project.
Vietnam's Largest Diameter of Onshore Wind Turbine to Date Will Be Installed at Hai Anh Wind Farm Project.

Electric Wind Power mempunyai banyak pengalaman dalam kerjasama antarabangsa, membawa teknologi dan produk kuasa angin yang paling canggih, berserta pasukannya yang paling berpengalaman, kepada Projek Ladang Angin Hai Anh. Strategi pembangunan tenaga hijau global Syarikat ini memudahkan aliran transnasional tenaga bersih dan cekap sekali gus meningkatkan bekalan tenaga negara-negara yang bekerjasama. Hal ini mengoptimumkan struktur pengoptimuman tenaga tempatan dan memacu pembangunan hijau dan rendah karbon di serata dunia.

Projek Ladang Angin Hai Anh merupakan projek kuasa angin pertama Syarikat ini di Vietnam dan menggunakan unit turbin angin WH5.25-172 daripada Electric Wind Power yang mempunyai diameter turbin angin laut terbesar dalam pasaran Vietnam setakat ini. Dengan ketinggian pusat hab 125 meter, projek ini memiliki kapasiti mesin tunggal terbesar dan ketinggian pusat hab tertinggi antara kesemua projek dalam pesisir antarabangsa Syarikat ini. Menerusi penandatanganan kontrak ini, Electric Wind Power meneruskan sokongannya untuk Inisiatif Jalur dan Jalan China sekali gus menggalakkan pembangunan hijau dengan aktif. Satu lagi projek model yang memaparkan tenaga transnasional Syarikat ini ialah pembinaan Projek Kuasa Aning Senj di Croatia, projek kuasa angin laut terbesar di Balkan.

Vietnam mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan memiliki potensi yang sangat besar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi pada masa depan, yang akan memacu pertumbuhan tinggi dalam permintaan terhadap elektrik. Menurut rancangan kuasa negara terkini Vietnam, Vietnam akan berusaha untuk membangunkan tenaga boleh baharu dengan pesat bagi memenuhi permintaan terhadap elektrik yang semakin meningkat sambil mengurangkan bahagian penjanaan kuasa terma secara beransur-ansur.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pencemaran kuasa arang batu telah menjadi masalah yang serius di beberapa kawasan Vietnam, maka bagi merangsang pemulihan ekonomi hijau pasca-pandemik, kerajaan Vietnam menyatakan bahawa ia akan memberi keutamaan kepada pembangunan tenaga boleh baharu. Ini bererti tenaga boleh baharu seperti tenaga angin, yang rizabnya banyak terdapat di Vietnam, akan mendapat perhatian dan bahagian yang selanjutnya pada masa depan dan akan berkembang dengan signifikan, lalu mencipta potensi yang sangat besar dalam pasaran tenaga hijau.

Komponen pengukuh asas bagi Projek Ladang Angin Hai Anh akan dihantar pada penghujung Mac 2024 dan kelompok pertama daripada empat kelompok turbin angin Syarikat ini akan dihantar pada awal Jun 2024, dengan kelompok kedua daripada empat kelompok akan dihantar dalam pertengahan Jun 2024. Pengangkatan turbin angin akan diselesaikan menjelang akhir Ogos 2024 dan dijangka disiap dan disambungkan ke grid sebelum November 2024.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, menumpukan perhatian kepada tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan rendah karbon dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem industri yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Electric Wind Power dan Shanghai Electric, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

 

 
Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts General Manufacturing