omniture

Memperkenalkan Blink500 B2+ Saramonic: Sistem Mikrofon 4-dalam-1 Terunggul untuk Setiap Pencipta

Saramonic
2024-02-26 19:30 14

SHENZHEN, China, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Saramonic dengan bangganya mengumumkan keluaran hasil ciptaan agung terkininya – Blink500B2+. Dilengkapi dengan USB-C, Lightning, TRS 3.5mm dan penyesuai TRRS 3.5mm, Blink500B2+ 4-dalam-1 ini memiliki keserasian luas dengan kebanyakan peranti penggambaran. Blink500B2+ ialah versi dinaik taraf bagi Blink500B2, meningkatkan ciri-ciri yang digemari daripada pendahulunya untuk menyampaikan pengalaman audio yang tiada tandingan kepada pencipta kandungan pada setiap peringkat.

Blink500B2+: Four-in-one wireless microphone system
Blink500B2+: Four-in-one wireless microphone system

Keserasian 4-dalam-1 Terunggul untuk Kreativiti Lancar

Blink500B2+ mengguna pakai reka bentuk 4-dalam-1, yang menyampaikan keserasian luas dengan kamera, komputer dan peranti mudah alih. Penyelesaian 4-dalam-1 ini memperkasa pencipta kandungan untuk membawa penyesuaian yang lancar dengan sebarang senario rakaman, bermula daripada audio siar solo hingga wawancara dinamik dan penciptaan kandungan kolaboratif.

Sambungan Dwi-Peranti - Pengubah Keadaan untuk Penstrim Langsung

Menyedari keperluan lazim untuk penstriman serentak merentas pelbagai platform, Blink500B2+ membolehkan sambungan dwi peranti dengan 1 penerima secara serentak. Sangat sesuai untuk penstrim langsung, pencipta kandungan dan penyiar. Ia membolehkan pengguna berhubung dan merakam audio dengan lancar pada dua peranti secara serentak. Sama ada penstriman pada dua platform atau merekod rakaman sandaran, Blink500B2+ menjamin kefleksibelan dan kemudahan yang maksimum.

Hayat Bateri Ultra-Panjang 40 Jam 

Salah satu penaiktarafan menonjol pada Blink500B2+ ialah hayat bateri yang lebih baik dengan ketara. Sistem itu sendiri dapat merakam secara berterusan sehingga 20 jam dan bekas pengecas menyediakan satu kitaran penuh pengecasan semula, melanjutkan masa penggunaan hingga 40 jam maksimum. Jangka hayat panjang yang mengagumkan ini memastikan pencipta boleh bergantung kepada sistem mikrofon untuk sesi rakaman lanjutan, penggambaran luar atau perjalanan tanpa gangguan penukaran bateri yang kerap.

Penaiktarafan Tiada Tandingan dalam Kualiti Audio

Sistem mikrofon Blink500B2+ revolusioner ini didatangkan dengan fungsi pengurangan hingar 2-tahap dan tapis jalur rendah, memastikan pengalaman audio yang jelas dan imersif, bebas daripada gangguan yang tidak diingini. Ciri ketara ialah mod output Mono, Stereo dan Trak Keselamatannya yang boleh dipilih, lalu memberi kefleksibelan untuk kreativiti anda. Di samping itu, ciri-ciri pemantauan main balik masa sebenar dan luaran meningkatkan proses kreatif anda, membolehkan pelarasan pantas dan memastikan setiap nuansa direkodkan.

Latar Belakang Saramonic 

Saramonic ialah sebuah syarikat teknologi audio profesional dengan misi untuk menghasilkan kualiti bunyi yang lebih baik untuk pencipta di seluruh dunia. Sama ada anda seorang pemuzik, pengaudio siar, pensyarah, penyiar, kontraktor bunyi, penggiat YouTube, atau seseorang yang hanya ingin merakam kehidupan harian, Saramonic dapat menawarkan produk yang jauh melangkaui jangkaan anda.

Kunjungi http://www.saramonic.com untuk maklumat lanjut mengenai Saramonic.

Maklumat Perhubungan 
Diana Wu
Pengarah Jualan
info@saramonic.com

 

Source: Saramonic
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture New products/services