omniture

Li Peng Huawei: Serlahkan pertumbuhan baharu dalam 5G dan pengkomersialan 5.5G baharu

Huawei
2024-02-27 00:29 26

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Melangkaui 5G (5G Beyond Growth Summit) di MWC Barcelona 2024 hari ini. Di sidang kemuncak ini, Li Peng, Naib Presiden Kanan Korporat Huawei dan Presiden Jualan & Perkhidmatan ICT membincangkan bagaimana pengangkut dapat mencapai kejayaan perniagaan dalam 5G dan bagaimana 5.5G akan menyerlahkan selanjutnya potensi rangkaian serta mencipta peluang pertumbuhan yang baharu.

"5G berada di landasan yang betul menuju kejayaan perniagaan," kata Li. 5G memulakan pengkomersialan dalam tahun 2019 dan sepanjang lima tahun yang lalu, ia telahpun memperoleh 1.5 bilion pengguna 5G di serata dunia. 4G mengambil masa selama sembilan tahun untuk merealisasikan hal ini. Pada masa ini, 20% daripada pelanggan mudah alih global menggunakan 5G. Pengguna ini menjana 30% daripada semua trafik mudah alih dan menyumbang sebanyak 40% daripada hasil perkhidmatan mudah alih.

Li menjelaskan, "5.5G digunakan secara komersial dalam tahun 2024 dan tatkala 5.5G, AI dan awan bergabung, pengangkut dapat menyerlahkan potensi aplikasi dan keupayaan baharu."

Beliau menyambung dengan berkata bahawa pengangkut di seluruh dunia harus memfokuskan kepada rangkaian berkualiti tinggi, pengewangan berbilang dimensi, perkhidmatan memuncul dan AI generatif bagi merebut peluang ini.

Li Peng, Corporate Senior Vice President; President of ICT Sales & Service, Huawei
Li Peng, Corporate Senior Vice President; President of ICT Sales & Service, Huawei

Rangkaian berkualiti tinggi masih menjadi asas kejayaan perniagaan

Pengguna mudah alih telah terbukti bersedia untuk membeli penaiktarafan pengalaman untuk pakej mudah alih mereka sekiranya rangkaian mereka cukup berkualiti tinggi. Justeru itu, trafik yang dihasilkan oleh pengguna ini dijangka meningkat dengan ketara, membolehkan pengangkut untuk memaksimumkan nilai trafik. Ini membawa kepada semakin banyak pengangkut mencadangkan matlamat strategik termasuk pembinaan rangkaian 5G yang berkualiti tinggi.

Beberapa pengangkut di Timur Tengah umpamanya, telahpun menggunakan rangkaian MIMO Besar-besaran dan pengalaman optimum yang disampaikan oleh rangkaiani ini menjadikan pelancaran 5G FWA suatu kejayaan. Ketika ini, 5G FWA menghubungkan hampir 3 juta isi rumah, lalu menjadikannya enjin pertumbuhan hasil yang hebat untuk pengangkut.

Pengewangan berbilang dimensi memaksimumkan nilai setiap bit

Lebih daripada 20% pengangkut 5G mudah alih telahpun menerima pakai model penentuan harga peringkat kelajuan. Pengangkut di Thailand, umpamanya melancarkan penambahan 5G Boost Mode baru-baru ini yang membolehkan pelanggan memilih peringkat kelajuan yang berbeza untuk memenuhi keperluan pengguna mereka yang terbaik. Model ini membantu pengangkut meningkatkan ARPU kira-kira sebanyak 23%. Satu lagi pengangkut Cina melancarkan pakej paut naik terjamin bagi menyediakan kepada penstrim langsung dengan pengalaman penstriman langsung yang lancar dan berdefinisi tinggi. Pakej ini telahpun menjadi agak popular dan membantu pengangkut meningkatkan ARPUnya sebanyak lebih daripada 70%.

Li Peng delivers opening remarks at the summit
Li Peng delivers opening remarks at the summit

Perkhidmatan memuncul baharu mengupayakan pertumbuhan mampan jangka panjang

Perkhidmatan baharu seperti Panggilan Baharu, telefon awan dan 3D tanpa cermin mata semakin mendapat perhatian daripada pengguna. Sebagai contoh, fungsi bernilai tambahan daripada Panggilan Baharu seperti avatar maya semakin menjadi agak popular. Pengguna juga bersedia untuk membayar lebih untuk perkhidmatan yang menyampaikan pengalaman masa sebenar, seperti tuntutan insurans kereta sehenti.

5G juga telah diterima pakai dalam banyak industri. Di China lebih daripada 50,000 kes penggunaan rangkaian 5G persendirian telahpun digunakan secara komersial dalam lebih 50 industri. Keupayaan baharu 5.5G, termasuk kependaman berketentuan, penentududukan tepat dan IoT pasif dijangka mencipta lebih banyak peluang untuk pengangkut dalam pasaran B2B.

AI generatif akan memacu industri mudah alih menuju era kecerdasan sepenuhnya

Menurut IDC, penghantaran telefon mudah alih AI global akan mencapai 170 juta dalam tahun 2024. Ini akan menyumbang sebanyak 15% daripada kesemua penghantaran telefon pintar. Telefon AI generasi seterusnya akan memiliki storan, paparan dan keupayaan pengimejan yang lebih hebat. Aplikasi AIGC yang dikuasakan oleh telefon ini akan menjana ratusan bilion data GB dan mencipta peluang baharu untuk pengangkut.

Li menutup ucapan beliau di sidang kemuncak ini dengan berjanji bahawa, "Bersama-sama pengangkut, kami akan menyerlahkan potensi 5G serta 5.5G dan memacu pertumbuhan baharu yang luar biasa."

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news