SINGAPURA, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Untuk pertama kali,pementasan sulung Milipol Asia-Pacific & TechX Summit(MAP-TXS) akan berlangsung mulai 3 hingga 5 April 2024 di Sands Convention Centre, Singapura. Dianjurkan secara bersama oleh HTX (Home Team Science and Technology Agency) Singapura, GIE Milipol dan Comexposium Singapore, acara dwitahunan ini berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri, Singapura dan Kementerian Dalam Negeri Perancis. Menteri Dalam Negeri Singapura dan Menteri Undang-undang, En. K Shanmugam akan menyampaikan ucapan alu-aluan di Sidang Kemuncak Milipol Asia-Pacific & TechX Summit 2024.
Bertemakan "Memperkasa Inovasi: Masa Depan Selamat & Terjamin", acara ini diberi kedudukan sebagai perhimpunan keselamatan dalam negeri utama Asia Pasifik yang meliputi keselamatan kedua-dua sektor awam dan swasta. Pameran perdagangan Milipol Asia-Pacific akan mempamerkan inovasi terkini bagi keselamatan dalam negeri, manakala TechX Summit akan menjadi tuan rumah kepada pegawai kerajaan terkemuka, pemimpin industri dan ahli akademik di persidangan peringkat tinggi ini.
Menjangkau seluas 14,500 meter persegi, lebih 350 pempamer antarabangsa dan 10,000 orang pegawai kanan kerajaan, pakar operasi, pemimpin industri, penyedia keselamatan, penyepadu dan ahli akademik akan berhimpun di acara ini bagi membincangkan mengenai penyelesaian terkini, strategi, amalan terbaik dan cabaran; berkongsi trend teknologi; serta memupuk kolaborasi yang lebih erat dalam komuniti keselamatan dalam negeri serantau.
Bertumpukan sekitar tema "Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Dalam Negeri," TechX Summit akan mendalami pelbagai topik khusus termasuk penggunaan AI bagi keselamatan dalam negeri oleh kerajaan seluruh dunia; penyepaduan industri AI; keselamatan dan pengawalseliaan AI; biometrik dan blok rantai; perjuangan memerangi jenayah siber dan penipuan; serta inovasi AI bertumpukan manusia.
Personaliti-personaliti terkemuka yang akan berucap di persidangan ini termasuk:
Pengerusi TechX Summit 2024 dan Penolong Ketua Eksekutif (Program) di HTX, Sean Tan, berkata, "Kolaborasi antara HTX, GIE Milipol dan Comexposium Singapore dalam melancarkan perasmian Milipol Asia-Pacific & TechX Summit menekankan pentingnya memanfaatkan S&T bagi meningkatkan keselamatan dan sekuriti awam di Asia Pasifik. Kami membawa yang terbaik dari kedua-dua dunia bersama-sama – pameran perdagangan dengan penyelesaian S&T terkini dan pakar global untuk persidangan ini bagi menyediakan platform yang memberi impak dan menarik demi memupuk kolaborasi yang malah lebih erat dalam linkungan komuniti keselamatan dalam negeri."
Pengarah Urusan Milipol Asia-Pacific, Andrew Marriott berkata, "Negara-negara meningkatkan sistem keselamatan mereka sebahagiannya untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan untuk memacu lebih keupayaan dan kecekapan. Peningkatan belanjawan keselamatan di seluruh rantau ini dikaitkan dengan lebih teknologi yang akan diperoleh. Tatkala kami terus membina keunggulan di seluruh rantau ini, kami berasa gembira kerana perkongsian baharu kami bersama HTX memperkukuhkan objektif dan tema acara ini di seluruh Asia Pasifik."
Pendaftaran pengunjung dalam talian dibuka di https://www.milipolasiapacific.com/register.
Kunjungi https://www.techxsummit.sg/ untuk maklumat mengenai TechX Summitdari HTX.
Untuk maklumat lanjut, rujuk Lampiran 1 atau kunjungi https://www.milipolasiapacific.com/.