omniture

ZTE dedahkan inovasi ultra-cekap, hijau dan pintar di MWC 2024

ZTE Corporation
2024-02-27 14:24 99
  • ZTE akan mempamerkan rangkaian komprehensif produk dan penyelesaian inovatif yang diperlihatkan oleh ultra-kecekapan, kemampanan dan kecerdasan, bertujuan untuk menonjolkan teknologi ICT perintis dan kemajuan aplikasi mereka di MWC24
  • Di bawah tema "Menyerlahkan Masa Depan Pintar," syarikat ini bermatlamat untuk memanfaatkan peluang yang dibawakan oleh acara besar-besaran ini, berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi industri bagi membayangkan masa depan yang dipacu oleh kecerdasan digital 

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, baru-baru ini mengumumkan penyertaannya di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 di Barcelona mulai 26 hingga 29 Februari. Di bawah tema "Menyerlahkan Masa Depan Pintar," syarikat ini bermatlamat untuk memanfaatkan peluang yang dibawakan oleh acara besar-besaran ini, berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi industri bagi membayangkan masa depan yang dipacu oleh kecerdasan digital.

ZTE to unveil ultra-efficient, green and intelligent innovations at MWC 2024
ZTE to unveil ultra-efficient, green and intelligent innovations at MWC 2024

Syarikat ini khususnya bersedia untuk mempamerkan rangkaian komprehensif produk dan penyelesaian inovatif yang diperlihatkan oleh ultra-kecekapan, kemampanan dan kecerdasan, bertujuan untuk menonjolkan teknologi ICT perintis dan kemajuan aplikasi mereka dalam empat zon pameran utama – Infrastruktur Ultra-Cekap, Kecerdasan untuk Nilai Lebih Besar, Masa Depan Tanpa Batasan dan Kehidupan Pintar di 3F30, Dewan 3, Fira Gran Via.

Membina rangkaian asas amat cekap, rendah-karbon dan dimodenkan untuk memenuhi pelbagai keperluan 

Sebagai respons kepada keperluan rangkaian asas pengendali telekomunikasi, ZTE akan mempamerkan bagaimana untuk memanfaatkan rangkaian generasi seterusnya dan infrastruktur pengkomputeran yang luas bagi membina infrastruktur dimodenkan, berorientasikan masa depan, dengan cara yang cekap dan rendah karbon.

Dalam bidang tanpa wayar, ZTE akan memperkenalkan UniSite, tapak radio Ultra-dipermudah. Memanfaatkan pendekatan penyepaduan tujuh-frekuensi, UniSite mempermudah penggunaan tapak dan melalui evolusi MIMO berbilang-frekeunsi, ia dapat mencapai kecekapan spektrum. Memperkenalkan generasi baharu seni bina penguat kuasa kecekapan berterusan dan mempelopori UBR terkumpul-kuasa pertama dalam industri ini, ZTE komited untuk mencapai penjimatan tenaga terunggul. Penampilan sulung penghala berketentuan 800GE/400GE dan pengenalan kepada IDU gelombang mikro berkapasiti tertinggi dalam industri ini menandakan dedikasi ZTE kepada sokongan angkut balik cekap, menyediakan evolusi yang lancar untuk 5G-A.

Dalam bidang talian dawai, ZTE bersedia untuk melancarkan rangkaian optik-penuh ultra-cekap. Melalui FTTx, inisiatif ini bertujuan untuk mencapai liputan gigabit komprehensif untuk rumah, kampus dan kawasan luar bandar. ZTE akan mempelopori pelancaran platform akses optik-penuh Tbit, memperkenalkan OTN amat pantas untuk penggunaan berskala besar, mengupayakan sambungan 400G jarak sangat jauh. Di samping itu, ZTE akan menjadi yang pertama memperkenalkan buat julung kalinya penyelesaian berkuasa 800G dan boleh pasang di acara ini.

Dalam bidang kuasa pengkomputeran, ZTE akan membawakan penyelesaian infrastruktur pengkomputeran hujung-ke-hujung yang terpelbagai dan amat cekap. Siri penuh pelayan menyampaikan kuasa pengkomputeran heterogen berkualiti tinggi, menampung permintaan senario-penuh dalam pengkomputeran am dan pengkomputeran pintar. Inovasi tambahan termasuk storan gelintar-penuh teragih berprestasi tinggi, saling sambungan 400GE berkelajuan tinggi tak hilang, pusat data (DC) modular disejukkan cecair dan produk terkini yang lain.

Dalam domain hijau dan rendah karbon, ZTE akan memperkenalkan penyelesaian operasi tenaga hujung-ke-hujung yang komprehensif. Acara ini mendemonstrasikan sejauh mana teknologi teras mengupayakan amalan rendah karbon sejagat, merealisasikan bekalan tenaga hijau, storan tenaga cekap dan penggunaan tenaga pintar.

Memanfaatkan AI untuk memacu pertumbuhan perniagaan kepada pengendali telekomunikasi dan mempercepatkan pengewangan kecerdasan digital

ZTE akan mempamarkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif dalam memanfaatkan kecerdasan buatan untuk meningkatkan pembangunan perniagaan kepada pengendali telekomunikasi dan mencapai pengewangan kecerdasan digital untuk pasaran 2C/2B/2H. Ini termasuk "uSmartNet - Penyelesaian Rangkaian Benar-benar Berautonomi," mengintegrasikan model besar AI dan teknologi kembar digital. Di samping itu, ZTE akan mempersembahkan penyelesaian berdasarkan kepada Gerbang Terbuka dan pengaturan sumber pintar, membantu pengendali dalam mengewangkan trafik dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Bagi pengembangan perniagaan 2B untuk pengendali, ZTE akan memperkenalkan seni bina pembinaan digital untuk kampus pintar berasaskan kepada "rangkaian persendirian industri + ZTE DigitalNebula" dan membangunkan model besar industri secara bebas untuk membantu membina sebuah kilang pintar yang cekap dan kolaboratif. Menunjukkan penyepaduan teknologi 5G dan PON, ZTE memaparkan pengembangan rangkaian khusus ke dalam domain OT. Kemajuan ini memastikan determinisme yang tinggi, penyepaduan rangkaian pengkomputeran yang lancar dan memperkemas operasi dengan meminimumkan keperluan penyelenggaraan.

Di samping itu, ZTE akan turut membawakan penyelesaian bersepadu media rangkaian 5G+XR yang pertama dalam industri ini, yang memperkasa sektor pelancongan industri, budaya serta sektor-sektor lain dengan aplikasi metasemesta, menyediakan lebih banyak kemungkinan untuk inovasi industri dan komersial. Bagi pengembangan perniagaan 2H untuk pengendali, ZTE akan meningkatkan pengalaman pengguna melalui pelbagai terminal Wi-Fi 7, perkhidmatan video komprehensif dan pusat pengkomputeran media rumah. Di samping itu, ZTE akan membawakan ekosistem rumah pintar hujung-ke-hujung yang disokong oleh FTTR sebagai asas dan suara sebagai titik kemasukan.

Meneroka teknologi terkini untuk membuka sempadan masa depan digital 

Dalam menjangkakan evolusi masa depan teknologi komunikasi mudah alih, ZTE akan mempersembahkan tiga visi utama 5G-A dan menghuraikan tentang pengembangan teknologi merentas enam senario penting. Antaranya, akan terdapat demonstrasi aplikasi beraneka seperti memperluaskan angkut balik mudah alih dengan pengalaman ultra-gigabit gelombang-milimeter, pengalaman imersif XR dan banyak lagi. Di samping itu, ZTE akan mempamerkan Dynamic RIS untuk mmWave Cekap-Kos bagi mengoptimumkan kos penggunaan rangkaian dan penggunaan tenaga. RedCap akan didedahkan untuk menggambarkan peranannya dalam menyokong pembangunan industri IoT bernilai trilion-dolar ini. Rangkaian 5G-A dengan teknologi komunikasi dan pengkomputeran bersepadu akan turut dipamerkan bagi memulakan era ekonomi baharu altitud rendah dan pemanduan berautonomi V2X berkuasa 5G-A. Di samping itu, ZTE akan memperkenalkan teknologi NTN (Rangkaian Bukan-Darat) bagi mencapai sambungan sejagat merentas udara, darat dan laut, berkembang ke dalam ruang baharu untuk telefon pintar bersambung terus ke satelit dan IoT kawasan luas.

Melancarkan Ekosistem Pintar Senario-Penuh 3.0, menggunakan saling sambungan pintar berbilang-terminal 

Dalam domain kehidupan pintar, ZTE Mobile Devices akan mendedahkan visi jenama globalnya "Lebih Baik untuk Semua," menumpukan perhatian untuk menyediakan produk dan perkhidmatan unggul di seluruh dunia melalui reka bentuk, pengalaman dan kualiti dipertingkat. Komited untuk membolehkan semua orang menikmati kehidupan yang lebih baik, ZTE Mobile Devices akan mempamerkan teras saling sambungan pintar berbilang-terminal dan lanjutan ekologi serta Ekosistem Pintar Senario-Penuh 3.0.

Beberapa produk baharu dan teknologi inovatif akan diperkenalkan. Ini termasuk generasi serba baharu dan juga tablet 3D 5G+Al pertama di dunia nubia Pad 3D II yang menampilkan penyelesaian 3D untuk pelbagai industri dan teknologi Neovision 3D Anytime yang membolehkan penukaran masa nyata yang berkuasa bagi kandungan 2D kepada 3D. Di samping itu, produk 5G FWA dengan konsep AI baharu, telefon pintar lipat pertama ZTE, nubia Flip 5G dan pelbagai telefon pintar baharu yang menampilkan fotografi, muzik dan permainan akan turut dipamerkan.

Sementara itu, peranti unggulan fotografi menyeluruh nubia Z60 Ultra, dilengkapi dengan kamera bawah-paparan generasi kelima yang eksklusif di dunia, peranti unggulan permainan menyeluruh REDMAGIC 9 Pro series membawakan prestasi dan ketahanan unggul dan produk siri FWA & MBB yang terkemuka di dunia akan dipamerkan di acara ini.

Mendedahkan inovasi penting, meneroka secara bersama ekosistem industri baharu demi masa depan 

Semasa MWC 2024, syarikat ini akan menganjurkan Pelancaran Produk Baharu ZTE Devices dan Persidangan Inovasi Termaju-ZTE 5G dan Keluaran Produk Baharu, mempersembahkan siri produk inovasi kepada industri ini. ZTE akan turut mengambil bahagian dalam lima forum tema yang dianjurkan oleh GSMA, berinteraksi dengan pengendali global, rakan kongsi industri dan pemimpin pemikiran mengenai teknologi, produk dan perspektif baharu dalam bidang ICT.

Di samping itu, laman web khusus ZTE MWC Barcelona 2024 akan tersedia secara dalam talian, membawakan pandangan terkini daripada Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE terhadap era kecerdasan digital. Beliau akan berkongsi tindakan dan renungan syarikat dalam menghadapi peluang strategik yang dibawakan oleh pendigitan, kecerdasan dan pembangunan rendah karbon, dedikasinya untuk mengharungi cabaran kitaran dan menyumbang kepada masa depan lestari yang ditonjolkan oleh ultra-kecekapan, kemampanan dan kecerdasan dengan membentuk inovasi digital bersama rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di Kongres Dunia Mudah Alih 2024, atau terokai: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc24.html

LATAR BELAKANG ZTE: 

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI: 

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility New products/services Trade show news Future Events