omniture

HONOR Perkenalkan Julung Kali Strategi Semua-senario diperkasa-AI Baharu di MWC 2024

HONOR
2024-02-27 15:37 27

HONOR mengumumkan pelancaran global HONOR Magic6 Pro dan AI PC HONOR MagicBook Pro 16, mendemonstrasikan inovasi kolaboratif-terbuka bagi mengupayakan Era AI

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mendedahkan strategi semua-senario baharunya dengan memperkenalkan kolaborasi silang-OS diperkasa-AI dan AI berasaskan-niat berpusatkan-manusia serta pelbagai peranti bersama rakan kongsi global. Semasa ucaptamanya, HONOR bukan sahaja mengumumkan pelancaran global HONOR Magic6 Pro, tetapi juga AIPC terkini, HONOR MagicBook Pro 16, kesemuanya didatangkan lengkap dengan AI peringkat-platform HONOR untuk memperkasa pengalaman berpusatkan-manusia.

HONOR Debuts a New AI-empowered All-scenario Strategy at MWC 2024
HONOR Debuts a New AI-empowered All-scenario Strategy at MWC 2024

"Tatkala kita berlumba menuju era AI, HONOR komited untuk menyampaikan inovasi berpusatkan-manusia yang membawakan pengalaman terbuka dan lancar bagi menangani keinginan dan masalah utama pengguna kami," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd. "Kami dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran global telefon pintar HONOR baharu dan PC AI, yang benar-benar merevolusikan pengalaman pengguna dengan keupayaan AI yang utama dalam industri, sambil memecah sempadan dari segi interaksi manusia-peranti."

Terokai Keajaiban AI dengan HONOR Magic6 Pro
Penambahan terkini kepada barisan unggulan HONOR Magic Series berprestij, HONOR Magic6 Pro memiliki kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna berkuasa AI. Dipacu oleh komitmennya kepada inovasi berpusatkan-manusia, HONOR mendedahkan MagicOS 8.0, versi terkini daripada sistem pengendalian berasaskan Android miliknya yang memperkenalkan AI peringkat-platform HONOR yang diperkasa sepenuhnya dan UI berasaskan-hasrat yang pertama dalam industri ini. Melalui pendedahan ini, HONOR mentransformasikan pengalaman pengguna, memperkenalkan cara berbilang mod yang serba baharu untuk manusia berinteraksi dengan peranti pintar mereka.

Diperkayakan oleh Magic Capsule dan Magic Portal, HONOR Magic6 Pro menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman intuitif yang lebih diperibadikan. Dengan ketikan mudah pada sepanduk pemberitahuan di bahagian atas skrin, Magic Capsule berkembang untuk menawarkan maklumat tambahan dan pilihan berkaitan, memberikan akses segera kepada pengguna untuk sumber penting dan menghapuskan keperluan untuk menavigasi pelbagai aplikasi demi produktiviti dan kecekapan maksimum. Sementara itu, Magic Portal memanfaatkan kuasa AI bagi memahami pemesejan dan tingkah laku pengguna, memperkemas tugas rumit kepada proses satu langkah. Sebagai contoh, AI Magic Portal dengan pantas mengenali alamat dalam mesej teks dan menghalakan pengguna kepada Google Maps, mengupayakan navigasi mudah pada hujung jari mereka. Untuk media sosial seperti Tiktok dan Facebook, ia turut memperkemas akses dan perkongsian, membolehkan pengguna untuk memajukan butiran tempahan atau keputusan carian dalam talian hanya dengan satu seretan. Di samping itu, Magic Portal memudahkan pengalaman membeli-belah berasaskan imej, membimbing pengguna ke platform dengan mudah, yang melaluinya mereka dapat mencari dan membeli barang yang diingini.

Dengan bekerjasama bersama rakan kongsi dan pembangun aplikasi, Magic Portal menyokong lebih 100 Aplikasi yang paling kerap digunakan di peringkat global, menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman lancar merentas pelbagai platform sekali gus memastikan pengguna dapat menikmati potensi penuh Magic Portal dengan aplikasi kegemaran mereka.

Pratonton Tidak Rasmi Amalan AI Menginspirasikan
Menerima semangat terbuka dan kolaboratif dalam era AI, HONOR bekerjasama dengan aktif bersama rakan industri, berusaha untuk membawakan lebih banyak teknologi yang utama dalam industri kepada orang ramai. Bagi menyediakan pratonton kepada peluang masa depan yang berpotensi, HONOR membawakan AI pada-peranti dengan LlaMA 2 sumber-terbuka di dalam HONOR Magic6 Pro, yang dapat menyempurnakan fungsi-fungsi seperti Soal Jawab, penciptaan teks dan kefahaman bacaan dalam persekitaran luar talian. Kolaborasi dalam industri seperti ini boleh membawa kepada masa depan yang lebih bersifat imaginatif untuk pengguna.

Mendemonstrasikan kemungkinan bahawa penjejakan mata telefon pintar mungkin diperkenalkan pada masa depan, HONOR mendedahkan sejauh mana ia dapat dilakukan untuk mengawal kereta bebas-tangan melalui sistem penjejakan mata berkuasa AI daripada HONOR Magic6. Konsep percubaan ini menunjukkan bagaimana interaksi antara telefon pintar dan kenderaan dipertingkatkan oleh AI boleh melangkaui skrin atau kawalan suara, menyerlahkan dunia interaksi manusia-peranti yang mempunyai kemungkinan yang sangat besar.

Alami 'Sportography' Gred-pro dengan Sistem Kamera Falcon Berkuasa-AI HONOR
Tatkala pengguna menantikan tahun mengujakan dengan acara sukan, HONOR menjadikannya suatu keutamaan untuk menyampaikan fotografi sukan yang layak mendapat pingat emas, dengan kelajuan tangkapan lebih baik dan syot kilat yang lebih jelas. Memperkenalkan buat julung kali Sistem Kamera Falcon HONOR baharu dan lebih baik yang dikuasakan oleh model AI yang dilatih dengan pangkalan data 28 kali ganda lebih besar berbanding generasi terdahulu, HONOR Magic6 Pro merangkumkan HONOR AI Motion Sensing Capture, algoritma tangkapan AI termaju yang meramalkan dan menangkap detik penentu dengan mudah dalam definisi ultra-tinggi. HONOR AI Motion Sensing Capture termaju daripada HONOR Magic6 Pro melangkaui generasi terdahulu dengan meliputi rangkaian sukan dan aktiviti yang lebih luas seperti melompat, menari dan seni bela diri, menjadikannya sempurna untuk menangkap detik mendebarkan di acara sukan dan perlumbaan.

Di samping itu, sistem kamera terkini daripada HONOR memperkenalkan Kanta Kamera Telefoto 180MP luar biasa (f/2.6, OIS) dengan 2.5x zum optik dan sehingga 100x zum digital. HONOR Magic6 Pro turut membawakan Kamera Ultra Luas 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera utama 50MP yang berkuasa dengan keupayaan apertur yang berbeza-beza (f/1.4 and f/2.0, OIS), untuk menangkap detik pantas dengan kejelasan luar biasa tanpa menjejaskan butiran.

Paparan Tiada Tandingan dengan HONOR NanoCrystal Shield
Menampilkan kaca skrin paling kalis-jatuh dalam industri setakat ini, HONOR Magic6 Pro kekal mendahului dengan penambahbaikan dalam rintangan jatuh paparan. Disahkan oleh pensijilan Keupayaan Rintangan Jatuh Kaca Keseluruhan Lima Bintang SGS dalam pelbagai senario, paparan ini menggunakan bahan-bahan canggih dengan peningkatan ketumpatan kristal sebanyak 50%, yang meningkatkan keupayaan penyerapan hentakannya sehingga 10 kali ganda berbanding kaca biasa1.

Selain daripada ketahanannya, HONOR Magic6 Pro membawakan Paparan Keselesaan Mata LTPO Berkuasa-rendah Semua-jenis 6.8-inci2 yang utama dalam industri, menyampaikan pengalaman tontonan luar biasa sambil mengutamakan kesejahteraan pengguna dengan pelbagai inovasi berpusatkan-manusia, termasuk Pemalapan PWM 4320Hz tertinggi dalam industri, Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadian Boleh Disesuaikan dan ciri Warna Alam Semula Jadi.

Prestasi Berkuasa Dipacu oleh Inovasi Silang Industri
HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Gen 3 Snapdragon 8, membawakan peningkatan 30% dalam prestasi CPU dan peningkatan 25% prestasi GPU kepada peranti baharu. Hasil daripada Enjin AI Qualcomm®, ciri-ciri AI pada HONOR Magic6 Pro disokong oleh kefasihan dan kestabilan luar biasa, mencapai peningkatan 98% yang luar biasa berbanding dengan model-model terdahulu. Di samping itu, Platform Mudah Alih Gen 3 Snapdragon 8 menyampaikan pengalaman permainan luar biasa pada kecekapan bateri yang hebat dan dipadatkan dengan kemajuan yang mentakrifkan semula prestasi berkuasa3.

Mengiktiraf kepentingan hayat bateri yang semakin meningkat untuk pengguna yang bergantung kepada peranti mereka untuk penggunaan yang lama, HONOR menonjol sebagai jenama pertama yang mengaplikasikan inovasi bateri memuncul daripada sektor-sektor lain kepada telefon pintar. Mengambil inspirasi daripada industri kenderaan elektrik (EV) disruptif, HONOR membawakan Bateri Karbon-silikon Generasi-kedua HONOR serba baharu dengan HONOR E1, cip set pengurusan bateri untuk peningkatan kecekapan tenaga, kepada HONOR Magic6 Pro. 5600 mAh4 menunjukkan prestasi suhu rendah yang luar biasa, pengguna boleh memainkan video YouTube selama 81 minit5 pada suhu -20°C dengan hanya 10% paras bateri yang tinggal. Selain itu, menerusi 80W HONOR Wired SuperCharge dan 66W HONOR Wireless SuperCharge6, pengguna boleh mengecas HONOR Magic6 Pro kepada 100% hanya dalam 40 minit7, lalu membolehkan pengguna paling sibuk mengecas peranti mereka dengan pantas semasa dalam perjalanan.

Mencapai kecemerlangan bagi teknologi bateri termaju HONOR Magic6 Pro, peranti ini menerima tempat pertama yang dibanggakan dalam senarai kedudukan bateri global DXOMARK dengan skor tertinggi 157. Selain itu, menerusi lima label DXOMARK pertama yang dianugerahkan pada tahun 2024, HONOR Magic6 Pro menonjolkan keupayaan kamera, audio, paparan, bateri dan swafoto yang luar biasa.

Memanfaatkan AI untuk Mencipta Pengalaman Saling Hubung Semua-senario
Mengupayakan pengalaman PC semua-senario pintar, HONOR melancarkan komputer riba berkuasa-AI terkini, HONOR MagicBook Pro 16 dengan kuasa untuk memperhebatkan kolaborasi silang-OS. Mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi yang dibawakan oleh AI peringkat-platform HONOR dengan CPU dan GPU canggih, HONOR MagicBook Pro 16 menjadikan perkongsian pemberitahuan dan penyegerakan bahan merentas telefon pintar, PC dan tablet HONOR mudah dengan MagicRing, memastikan kemudahan terbaik dan kebolehcapaian mudah.

Membawa pengalaman semua-senario kepada peranti yang lebih kompak, HONOR turut melancarkan tablet terbarunya, HONOR Pad 9. Mempunyai Paparan FullView HONOR 2.5K 12.1-inci8 mengagumkan dengan kadar segar semula 120Hz9, sistem audio lapan-pembesar suara yang menggabungkan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen. HONOR Pad 9 ialah tablet padat-ciri yang menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa dan reka bentuk tersendiri.

Mengacah PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR
Di MWC pada tahun ini, HONOR bukan sahaja membawakan secara rasmi telefon pintar boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR ke pentas global buat julung kalinya, HONOR turut mendedahkan cuitan untuk PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, telefon pintar yang turut merangkumi DNA Reka Bentuk Porche. Dari segi butiran produk dan ketersediaan pasaran, HONOR akan menyediakan maklumat lanjut dalam masa terdekat.

Warna dan Harga 
Direka bentuk untuk pengguna yang lebih menggemari gaya anggun, moden serta tarikan tak lapuk dek zaman, HONOR Magic6 Pro akan tersedia dengan warna Hitam dan Epi Green10, bermula pada harga €1299. Memberi penghormatan kepada kereta Porche yang ikonik, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR tersedia dengan warna Agate Grey11 dan berharga bermula pada €2699.

Tersedia dengan warna Putih dan Midnight Black12, HONOR MagicBook Pro 16 akan tersedia bermula pada suku kedua. Menawarkan dua kombinasi warna yang mempesonakan, Space Grey dan Cyan Lake13, HONOR Pad 9 akan berharga €349.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi gedung dalam talian HONOR di www.hihonor.com

Latar Belakang HONOR 
HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia menumpukan perhatian untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

1 Data daripada HONOR labs.
2 Dengan reka bentuk penjuru bulat pada paparan, panjang pepenjuru skrin luar ialah 6.80 inci apabila diukur berdasarkan segi empat tepat standard (ruang boleh lihat sebenar adalah sedikit lebih kecil).
3 Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated. Produk berjenama Snapdragon dan Qualcomm ialah produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiarinya.
4 Nilai tipikal. Kapasiti terkadar bateri tidak boleh tanggal ialah 5600mAh.
5 Data daripada HONOR labs.
6 Kuasa pengecasan sebenar mungkin berbeza mengikut senario berbeza dengan pintar. Sila rujuk situasi sebenar.
7 Data daripada HONOR labs.
8 Dengan reka bentuk sudut bulat pada paparan, panjang pepenjuru skrin luar ialah 12.1 inci apabila diukur berdasarkan segi empat tepat standard (ruang boleh lihat sebenar adalah sedikit lebih kecil). Paparan FullView HONOR umumnya merujuk kepada skrin komputer riba HONOR dengan bezel sempit dan nisbah skrin-kepada-badan yang tinggi. Sila rujuk produk sebenar.
9 Kadar segar semula skrin mungkin berbeza mengikut aplikasi. Skrin menyokong kadar segar semula maksimum 120 Hz. Kadar segar semula mungkin berbeza bergantung kepada antara muka aplikasi dan skrin permainan.
10 Ketersediaan warna berbeza mengikut wilayah.
11 Ketersediaan warna berbeza mengikut wilayah.
12 Ketersediaan warna berbeza mengikut wilayah.
13 Ketersediaan warna berbeza mengikut wilayah.

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence