omniture

CGTN: Penggunaan berkembang pesat semasa Festival Musim Bunga bermula dengan rancak

CGTN
2024-02-27 16:25 36

BEIJING, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Rakyat Cina di seluruh negara ini menyambut Festival Tanglung pada hari Sabtu yang bukan sahaja merupakan festival tradisional Cina yang diraikan pada hari kelima belas dalam bulan pertama pada kalendar lunar tetapi turut melambangkan berakhirnya Festival Musim Bunga tahunan.

Pertunjukan tanglung yang indah, tarian naga tradisional dan meneka teka-teki tanglung merupakan antara aktiviti yang diserta oleh orang ramai bagi meraikan festival ini. Pertunjukan tanglung di seluruh negara ini bersedia untuk membawakan satu lagi jumlah pelancong yang besar tatkala Festival Musim Bunga Tahun Naga melabuhkan tirainya.

Bilangan carian yang berkaitan dengan "Festival Tanglung" pada portal pelancongan LY.com meningkat sebanyak tiga kali ganda dan lawatan rentas bandar jarak dekat merupakan antara penggunaan pelancongan arus perdana di festival ini, menurut data daripada portal pelancongan itu.

Secara khususnya, lebih daripada 60 peratus pengunjung ke Pertunjukan Tanglung Taman Yuyuan Shanghai dianggarkan datang dari bandar-bandar lain, menurut LY.com.

Pelancongan ialah satu salah prestasi terbaik semasa cuti Tahun Baharu Cina yang menyaksikan pelbagai rekod dalam bidang-bidang bermula daripada pengangkutan hingga jualan dalam talian dan hiburan.

Sejumlah 474 juta perjalanan dibuat merentas China semasa cuti lapan hari, meningkat 34.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, data seperti yang ditunjukkan daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Data ini turut menunjukkan bahawa perbelanjaan pelancongan domestik China mencapai 632.69 bilion yuan ($87.93 bilion), meningkat 47.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

China dianggarkan menerima paras tertinggi dengan 9 bilion perjalanan penumpang semasa deruan perjalanan Festival Musim Bunga selama empat puluh hari, yang bermula pada 26 Januari.

Negara ini mencatatkan lebih 3.5 bilion perjalanan penumpang semasa 17 hari pertama deruan perjalanan Festival Musim Bunga tahun ini, menurut data daripada pihak berkuasa pengangkutan.

Pecah panggung negara semasa Festival Musim Bunga juga mencapai kejayaan besar hasil daripada kuasa perbelanjaan rakyat Cina yang semakin meningkat.

Didorong oleh rentetan filem blokbuster, hasil pecah panggung negara ini semasa festival ini melebihi 8 bilion yuan, menandakan paras tertinggi baharu, menurut data yang dikeluarkan oleh State Film Administration.

Apa yang tidak boleh diabaikan merupakan satu lagi fakta: perkadaran pecah panggung di bandar-bandar peringkat ketiga dan keempat semasa festival ini meningkat kepada 58.0 peratus, menandakan paras tinggi lima tahun, menurut laporan data yang dikeluarkan oleh Maoyan Research Institute, yang menjejaki perdagangan pecah panggung.

Penggunaan dalam talian menunjukkan permulaan kukuh dengan hasil yang memberangsangkan. Data daripada Kementerian Perdagangan menunjukkan bahawa jualan runcit dalam talian semasa musim membeli-belah Festival Musim Bunga, mulai 18 Januari hingga 17 Februari, mencapai sekurang-kurangnya 800 bilion yuan, meningkat 8.9 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Semasa Festival Musim Bunga pada tahun ini, jumlah pesanan program kecil pada Wechat untuk makanan dan minuman serta wain dan perjalanan, masing-masing meningkat 36 peratus dan 19 peratus, berbanding tahun lalu, menurut data berkenaan.

https://news.cgtn.com/news/2024-02-24/Booming-consumption-during-Spring-Festival-off-to-a-roaring-start-1rswYhDTxAI/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail Travel Survey, Polls & Research