omniture

10 Sorotan Teknikal FiberHome MWC2024

FiberHome
2024-02-27 21:02 37

WUHAN, China, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC2024, FiberHome akan mempamerkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif, membina asas kukuh untuk ketersambungan dengan infrastruktur digital minimalis, pintar, terjamin dan hijau. Mengupayakan pertumbuhan perniagaan pelanggan.

MWC2024 FiberHome 10 Technical Highlights
MWC2024 FiberHome 10 Technical Highlights

Merealisasikan Potensi 5G

Fokus kepada 5G-A bagi Meningkatkan Pembaharuan Industri

Dengan menyelesaikan pelbagai ujian teknologi seperti sensor bersatu, XR, komunikasi berkapasiti tinggi dan NTN kolaboratif satelit-darat, FiberHome menyasarkan untuk mencapai berbilang-fungsian dalam rangkaian dan meningkatkan nilai rangkaian operator melalui integrasi aplikasi.

Penyelesaian Minimalis terunggul dalam Industri

Memperkenalkan integrasi pelbagai sektor, di mana satu  6T12R RRU meliputi tiga sektor, menyederhanakan persediaan tapak dan integrasi frekuensi berganda dengan produk yang meliputi 700M+900M, 2.6+1.8G, membolehkan liputan 4G&5G serentak.

Penyelesaian All-in-One Ringan 

Menawarkan produk integrasi frekuensi dan elemen rangkaian pelbagi rangkaian, membantu operator menyederhanakan intergrasi rangkaian dan mengurangkan kos. Penyelesaian minimalis satu-tiang membolehkan penggunaan oleh seorang individu setiap hari,  mengurangkan ambang penggunaan rangkaian secara ketara.

Penyelesaian xGTTH2.0 Baru 

Penyelesaian xGTTH (FWA) 2.0 menyediakan senario penggunaan fleksibel yang lebih padu dan penyelesaian FWA holisitk dan pintar untuk rangkaian. Ini dapat memenuhi pelbagai keperluan pengendali rangkaian seperti penawaran pakej fleksibel, jaminan pengguna khas dan pemantauan pengendalian.

Light Up Smart On

Penyelesaian Pooling WDM Perkotaan Terunggul dalm Industri, Mencipta TCO Optimum

Kad WSS Real CD N*M yang terintegrasi tinggi dan dimensi tinggi terunggul dalam industri, membolehkan pelbagai garis cincin akses berkongsi satu WSS. Ini sangat menyederhanakan garis-garis, mengurangkan serat penyambungan, dan membantu kawasan metropolitan mencipta tapak TCO optimum. Berbanding dengan ROADM, kos satu tapak dikurangkan sebanyak 70%, manakala penggunaan tenaga dan ruang pusat data dikurangkan sebanyak 90%.

Amplifikasi Optik Jarak-Dekat (ROPA) Terunggul

Ia dapat menampung 48 pasang gentian amplifikasi dengan kapasiti sistem maksimum 460T, lalu menghapuskan keperluan terhadap geganti optik untuk perolehan isyarat dan unit bekalan kuasa tepi pantai. Ini mengurangkan dengan ketara kos menyambung kabel bawah laut, mengupayakan penggunaan rangkaian yang lebih cekap dan berkesan kos, menyediakan penyelesaian produk yang lebih baik untuk sistem transmisi kabel bawah laut dalam jarak 500km.

Memimpin 50GPON OLT untuk Ketibaan Era 10Gigabit

50GPON OLT generasi baharu mempunyai kapasiti pensuisan satah belakang 35.2T, mencapai paras yang utama dalam industri. Ia menyokong kewujudan bersama GPON, 10GPON serta 50GPON dan serasi dengan papan servis sedia ada. Ini dapat membantu pengendali menaik taraf rangkaian dengan lancar sekali gus menjimatkan kos penggunaan.

Terobosan Teknologi Optik Buka Jalan untuk Komunikasi Masa Depan

Serat tunggal dengan 19 teras telah mencapai penghantaran sistem sebanyak 3.61Pbit/s setiap serat. Serat tunggal 7 teras digunakan dalam Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area. Ia merupakan jarak terpanjang di dunia dan berkapasiti tertinggi untuk aplikasi rangkaian optik SDM.

Melepaskan Digital 

Mempertingkatkan Operasi Rangkaian dengan AI untuk Meningkatkan Kualiti Rangkaian Jalur Lebar

Dari temujanji pengguna pintar, pengedaran pesanan kerja utomatic, pemantauan sumber secara langsung hingga amaran ambang inventori, mencapai pengurusan proses penuh perkhidmatan penyelenggaraan pintar untuk membantu operator mengurangkan kos pengendalian dengan berkesan dan meningkatkan kualiti jalur lebar.utomatic

Smart Emergency Fusion Command Solutions untuk Bandar yang Lebih Selamat dan Baik

Dengan ciri-ciri seperti pemetaan peristiwa secara langsung, perintah video hadapan dan belakang dari jauh, dan proses penghantaran visual yang intuitif, ia membantu jabatan tindakan kecemasan dan bomba mencapai perintah bersatu dan tindakan bersama. Ini menyediakan perlindungan yang boleh dipercayai untuk keselamatan awam bandar, menjadikan kehidupan awam lebih baik.

Source: FiberHome
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services