omniture

ZTE lancar tablet 3D tanpa cermin mata 5G+AI pertama dunia nubia Pad 3D II di MWC24

ZTE Corporation
2024-02-28 09:03 29
  • nubia Pad 3D II dinaik taraf secara komprehensif dari segi prestasi, pengalaman dan ekosistem, membentuk kemuncak bagi pengalaman 3D tanpa cermin mata
  • Menerima pakai teknologi Neovision 3D Anytime yang menyokong penukaran masa nyata kandungan 2D kepada 3D, nubia Pad 3D II dapat menunjukkan kesan 3D yang mengagumkan pada bila-bila masa

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, baru-baru ini mendemonstrasikan pelbagai produk terminal inovatif di MWC Barcelona 2024. Sebagai pembangun teknologi 3D terkemuka, ZTE melancarkan tablet 3D tanpa cermin mata 5G+AI yang pertama di dunia, nubia Pad 3D II. Peranti luar biasa ini menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman 3D tanpa cermin mata yang benar-benar imersif dan terus membawakan penyelesaian 3D perintis untuk pelbagai industri, beradaptasi kepada senario dibezakan melalui kemajuan teknologi perintis dan penyepaduan mendalam 5G+AI.


Pengalaman Visual 3D Dinaik Taraf Boleh Dicapai

Ditingkatkan oleh enjin pemprosesan AI, nubia Pad 3D II generasi kedua ini membezakannya dengan teknologi paparan 3D yang ditambah baik sepenuhnya, membolehkan pengguna menikmati pengalaman 3D tanpa cermin mata yang unik pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Dilengkapi dengan kanta kristal cecair unik dan dikuasakan oleh algoritma pemprosesan imej bersepadu, ia mempersembahkan imej 3D dengan realisme dipertingkat dan kecerahan semula jadi, Berbanding dengan generasi pertama, tablet ini mencapai peningkatan 80% dalam resolusi 3D dan peningkatan 100% dalam kecerahan 3D, dengan pengoptimuman komprehensif dalam cakap silang 3D, warna 3D dan kecekapan kuasa 3D, yang meningkatkan pengalaman visual 3D pengguna.

nubia Pad 3D II turut mencapai kemajuan penting dalam algoritma AI. Dilengkapi dengan enjin penjejakan mata AI yang menggunakan sensor visual berkelajuan tinggi dan algoritma pengesanan mata, tablet ini benar-benar meningkatkan kelajuan respons dan mengupayakan penentududukan tepat mata pengguna pada masa nyata, menyampaikan imej 3D secara langsung untuk pengalaman paparan 3D yang lebih semula jadi dan realistik. Dengan sudut tontonan ultra-luas 86-darjah, pengguna dapat menikmati pengalaman 3D yang sempurna dari hampir sebarang arah.

Penukaran Bebas daripada 2D kepada 3D Dapat Dilakukan dengan Teknologi Neovision 3D Anytime

Satu lagi pencapaian inovatif nubia Pad 3D II ialah penerimaan teknologi Neovision 3D Anytime, yang menyokong penukaran masa nyata berkuasa kandungan 2D kepada 3D, mempersembahkan kepada pengguna dengan pesta visual tiada tandingan yang berasaskan kepada algoritma pembelajaran mendalam rangkaian neural AI termaju. Dengan hanya satu klik yang mudah, pelbagai bentuk kandungan 2D, termasuk gambar, permainan, video atau media penstriman boleh ditransformasikan serta merta kepada visual 3D tanpa cermin mata, memaparkan kesan 3D yang menakjubkan pada tablet.

Kebolehsuaian kandungan senario penuh nubia Pad 3D II memastikan visual 3D yang sempurna untuk kedua-dua pemandangan landskap dan potret, mengasyikkan pengguna dalam alam 3D digital tiada penghujungnya dan daya tarikan hiburan 3D yang tidak terhingga. Teknologi yang inovatif ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian kandungan 3D yang tersedia, tetapi turut membolehkan setiap pengguna menikmati pengalaman visual 3D diperibadikan dengan mudah.

Kandungan 3D Dipertingkat Memperkayakan Pengalaman Berbilang-Skrin Senario-Penuh 

Selain daripada prestasi paparan luar biasa daripada nubia Pad 3D II, sokongan luasnya untuk kandungan dan penciptaan 3D adalah sama mudah dilihat. Berbanding dengan generasi sebelum ini, nubia Pad 3D II menaik taraf sistem dwikamera biomimetik mata manusia kepada "Super Biomimetic Eye", memperkenalkan generasi enjin AI yang baharu. Teknologi inovatif ini meluaskan skala meluaskan skala tangkapan 3D, menghasilkan peningkatan 2.5 kali ganda dalam julat tangkapan 3D optimum. Sama ada mengambil gambar 3D, video atau menghasilkan bahan promosi 3D, nubia Pad 3D II menyediakan ruang kreatif yang lebih luas kepada pengguna, membolehkan penghasilan kandungan 3D yang mudah dan berkualiti tinggi.

Di samping itu, nubia Pad 3D II yang baru dilancarkan ini menyokong kolaborasi berbilang skrin 3D AI. Dengan telefon pintar ZTE, pengguna boleh menstrim antara muka aplikasi ke tablet secara tanpa wayar, membolehkan mereka melihat, menyentuh dan mengawal kandungan aplikasi ni dalam 3D. Selain itu, ia juga membolehkan sebarang peranti yang menyokong Miracast untuk menayangkan paparan pada tablet ini bagi tontonan 3D tanpa tayar. Di samping itu, nubia Pad 3D II menampilkan fungsi pratonton silang-skrin pantas, yang membolehkan pengguna menyeret dan melepaskan fail model 3D yang dicipta pada komputer riba terus pada Pad untuk pratonton 3D, menawarkan pengalaman kolaboratif 3D yang lebih imersif.

Konfigurasi Unggulan Tahap Tinggi, Pengalaman 5G untuk 3D

Bagi prestasi pula, nubia Pad 3D II dilengkapi dengan kombinasi unggulan tahap tinggi bagi cip set Qualcomm® Snapdragon™ 8 Gen 2 + UFS4.0 + LPDDR5X, menawarkan storan sehingga 512GB, menyampaikan kuasa pengkomputeran yang besar dan prestasi tangkas. Bateri besar 10000mAh dan kombinasi pengecasan pantas 66W turut menyediakan hayat bateri dilanjutkan, mengurangkan kebimbangan bateri pengguna dengan berkesan. nubia Pad 3D II membawakan skrin besar 2.5K 12.1-inci, menyokong resolusi 2560*1600 dan kadar segar semula 144Hz. Dilengkapi oleh pembesar suara kuad simetri bagi melaksanakan kesan bunyi 3D ultra imersif DTS:X®, berserta pengurangan hingar dwimikrofon dan pembesar suara frekuensi penuh 1W, tablet ini membawakan pengalaman audio-visual yang berkuasa dan hebat.

nubia Pad 3D II khususnya menyepadukan teknologi 5G secara inovatif. Bergantung kepada teknologi utama ZTE dalam bidang 5G, nubia Pad 3D II menyokong jalur 5G arus perdana yang dapat meliputi kebanyakan negara di peringkat global, menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman terhubung yang lebih lancar dan tanpa bimbang.

China Mobile terlibat dalam pelancaran bersama nubia Pad 3D II di acara ini. Cui Fang, Pakar daripada China Mobile, menyatakan, "China Mobile akan terus berkolaborasi dengan ZTE bagi meninjau aplikasi luas untuk teknologi 3D tanpa cermin mata dan produk terminal yang berkaitan serta untuk menghubungkan dunia sebenar dengan dunia maya, bertujuan untuk menyampaikan lebih banyak kejutan dan kemudahan kepada pengguna. Kerjasama mendalam kami bersungguh-sungguh untuk memacu kejayaan teknologi dan memupuk pembangunan industri, membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah dalam industri ini."

Ni Fei, Naib Presiden Kanan di ZTE dan Presiden di ZTE Mobile Devices, berkata, "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ZTE melabur dengan aktif dalam penyelidikan dan pembangunan untuk teknologi dan ekosistem 3D tanpa cermin mata. nubia Pad 3D II merupakan yang pertama mengintegrasikan 5G dan AI dalam industri ini, melakar kemajuan yang penting dalam kesan visual 3D dan teknologi Neovision 3D anytime. Dalam gelombang 5G, ZTE berkolaborasi rapat dengan China Mobile dan semua rakan kongsi bagi mewujudkan ekosistem 3D senario-penuh, membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pesona 3D."

Seiring dengan kemajuan teknologi, 3D tanpa cermin mata yang terkenal dengan kesan paparan cemerlangnya dan pengalaman imersif, menjadi trend yang tidak dapat dielakkan. Selain daripada kemas kini produk, ZTE tetap komited untuk meneroka penyelesaian 3D inovatif untuk pelbagai industri, termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, sektor audio-visual, penyiaran langsung, sidang video, pelancongan budaya dan paparan iklan, lantas mencipta ekosistem senario-penuh 3D tanpa cermin mata yang terkemuka secara komprehensif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2024, atau terokai: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc24.html 

LATAR BELAKANG ZTE:

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation  

PERTANYAAN MEDIA:

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things