omniture

Mempercepatkan Peralihan Tenaga untuk ICT Lebih Hijau | Forum Kuasa Digital Global Huawei Diadakan Dengan Jayanya

Huawei
2024-02-28 11:30 85

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Forum Kuasa Digital Global Huawei, di bawah tema "Mempercepatkan Peralihan Tenaga untuk ICT Lebih Hijau", telahpun diadakan semasa MWC Barcelona 2024, Pengendali utama, pemimpin industri dan pakar industri dari serata dunia menghadiri acara ini untuk berkongsi pandangan terbaru, tanggapan terkini dan amalan berjaya dalam industri tenaga global, lalu mempercepatkan peralihan tenaga demi ICT yang lebih hijau.

Di acara ini, Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Jabatan Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Global, Huawei Digital Power menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Mengupayakan Kejayaan Pengendali Di Tengah-tengah Peralihan Global Menuju Keneutralan Karbon". Beliau menegaskan bahawa keneutralan karbon telah beralih daripada konsensus global kepada tindakan global. Penyahkarbonan, pengelektrikan, pendigitalan dan kecerdasan muncul sebagai empat laluan penting untuk evolusi dan transformasi tenaga.


Hasilnya, cabaran ini memacu pengendali untuk mencapai transformasi daripada sekadar pengguna tenaga kepada pengguna, pengeluar dan pengupaya tenaga. Sebagai pengguna tenaga, mereka boleh menggunakan teknologi inovatif yang membolehkan setiap watt memberi kuasa kepada lebih banyak bit, mencapai penggunaan tenaga yang lebih cekap. Sebagai pengeluar tenaga, mereka boleh menggunakan elektrik hijau yang mereka jana dengan menggunakan sistem PV teragih di tapak dan kampus. Selain itu, dengan sistem storan tenaga di tapak, mereka boleh menubuhkan loji janakuasa maya (VPP) yang menyokong penarahan puncak dan pengawalan frekuensi untuk grid kuasa. Sebagai pengupaya tenaga, mereka boleh menggunakan bit untuk mengurus watt. Iaitu, mereka boleh menggunakan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan dan memastikan kestabilan tenaga dalam kedua-dua sistem tenaga konvensional dan boleh baharu.

Li Shaolong, Presiden Domain Kuasa Tapak, Huawei Digital Power menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Kuasa Tapak Pintar, Pengupaya Utama untuk Rangkaian Hijau dan Rendah-karbon". Bagi pengguna tenaga, Huawei bermatlamat untuk membangunkan penyelesaian kuasa cekap hujung-ke-hujung bagi membantu pengendali membina rangkaian hijau dan rendah karbon, seterusnya mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) sebanyak mungkin dalam pembinaan rangkaian 4G/5G. Bagi pengeluar tenaga, Huawei berusaha untuk memajukan peralihan tenaga untuk pengendali lebih hijau dengan memudahkan pengeluaran tenaga hijau melalui penggunaan PV. Selain itu, perkhidmatan elektrik tambahan, termasuk memanfaatkan sumber storan tenaga pintar dalam VPP, membantu pengendali menjimatkan tenaga dan meningkatkan hasil.

Sanjay Kumar Sainani, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi Perniagaan Pusat Data Global, Huawei Digital Power, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Penyelesaian SmartDC Membantu Pengendali Mentransformasi dan Menaik Taraf". Era baharu ini menimbulkan cabaran seperti keandalan tinggi, ketumpatan tinggi, kerumitan sistem yang tinggi dan pelancaran perkhidmatan yang pantas. Sebagai respons kepada semua ini, Huawei, dengan gabungan antara sistem kuasa bersepadu, sistem penyejukan teragih dan penggunaan pasang siap, membina penyelesaian pusat data besar SmartDC hijau, ringkas, pintar dan andal (GSSR) secara inovatif sebagai infrastruktur pengkomputeran yang kukuh bagi mempermudah peralihan tenaga untuk pengendali lebih hijau, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memperkasa dunia digital.

Yang Bifei, Naib Presiden Kemudahan Pusat Data & Kuasa Kritikal, Barisan Produk, Huawei Digital Power, mengeluarkan Kertas Putih Kuasa Tapak & Kemudahan Pusat Data.

Forum ini merupakan destinasi untuk pakar industri berkongsi sudut pandangan terkini mereka dan amalan yang berjaya. Kyriakos Exadaktylos, Ketua Spesifikasi Seni Bina Rangkaian dan Prestasi Tenaga, Vodafone Group Technology berkongsi tanggapan beliau melalui "Kefleksibelan Tenaga Vodafone melalui Sistem Storan Tenaga Teragih". Moussa YARO, Ketua Pegawai Teknologi Orange Mali, memberi ucapan mengenai "Tapak Pintar Hijau". Anthony Gacanja, Pengarah Safaricom Network, berkongsi kes yang berjaya melalui "DC Besar Memudahkan Transformasi Perkhidmatan ICT." Mauro Leuce, Pengarah Reka Bentuk & Kejuruteraan, Colt Global dan Henry Daunert, Ketua Pegawai Eksekutif AQ Compute, turut berkongsi kisah berharga mereka.

"Masa Depan Diutamakan" ("Future First"), sebagai tema MWC Barcelona 2024, memperlihatkan visi kami untuk mengemudi industri ini menuju masa depan yang lebih inovatif. Huawei akan terus melabur dalam inovasi, menyepadukan teknologi digital dan elektronik kuasa serta berganding bahu dengan rakan kongsi global bagi mempercepatkan peralihan tenaga untuk ICT lebih hijau, seterusnya membina masa depan yang lebih baik, lebih hijau.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news