omniture

Tuan Yang Terutama Menteri Al-Kaabi mengumumkan peningkatan kapasiti pengeluaran LNG Qatar kepada 142 MTPA sebelum akhir tahun 2030

QatarEnergy
2024-02-28 17:06 22

DOHA, Qatar, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- QatarEnergy telah mengumumkan bahawa organisasi ini akan meneruskan projek pengembangan LNG baru, projek 'North Field West', untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran LNG Negara Qatar kepada 142 juta tan metrik setahun (MTPA) sebelum akhir dekad ini, menandakan peningkatan hampir 85% daripada tahap pengeluaran semasa.

Tuan Yang Terutama Encik Saad Sherida Al-Kaabi, Menteri Hal Ehwal Tenaga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif QatarEnergy, membuat pengumuman tersebut semasa sidang akhbar yang diadakan hari ini di Ibu Pejabat QatarEnergy di Doha.

Bercakap pada sidang akhbar, Tuan Yang Terutama Menteri Al-Kaabi mengumumkan bahawa kerja mecari gali dan ujian penilaian yang meluas telah mengesahkan bahawa lapisan produktif di North Field Qatar yang besar meluas ke arah barat, yang membolehkan pembangunan projek pengeluaran LNG baharu di Ras Laffan.

Tuan Yang Terutama Menteri berkata, "QatarEnergy telah memberi tumpuan usaha dan perhatian untuk menentukan sejauh mana lapisan produktif North Field meluas ke barat bagi menilai potensi pengeluaran dari kawasan-kawasan tersebut. Kami terus melakukan kajian geologi dan kejuruteraan serta mencari gali beberapa telaga penilaian di kawasan itu. Saya dengan suka citanya hari ini mengumumkan bahawa, syukur kepada Allah, usaha-usaha hebat ini telah mengesahkan, melalui ujian teknikal telaga penilaian, bahawa lapisan produktif North Field meluas lebih jauh ke arah barat, yang bermakna keupayaan untuk menghasilkan kuantiti gas tambahan yang signifikan dari sektor baharu ini."

Tuan Yang Terutama Menteri Al-Kaabi juga mengumumkan kehadiran kuantiti gas tambahan yang besar di North Field yang dianggarkan sebanyak 240 trilion kaki padu, yang meningkatkan simpanan gas Negara Qatar daripada 1,760 hingga lebih daripada 2,000 trilion kaki padu, dan simpanan pemeluwapan daripada 70 hingga lebih dari 80 bilion tong, selain daripada kuantiti besar gas petroleum cecair, etana dan helium.

Tuan Yang Terutama Menteri turut berkata, "Ini adalah hasil yang sangat penting dengan dimensi yang besar yang akan membawa industri gas Qatar ke horizon yang baharu, kerana ini akan membolehkan kita untuk memulakan pembangunan projek LNG baharu dari sektor barat North Field dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 16 MTPA. Dengan itu, pengeluaran LNG keseluruhan Negara Qatar akan mencapai kira-kira 142 MTPA apabila pengembangan baharu ini selesai sebelum akhir dekad ini. Ini mewakili peningkatan hampir 85% berbanding tahap pengeluaran semasa. Dengan siapnya projek ini, pengeluaran hidrokarbon keseluruhan Negara Qatar akan melebihi 7.25 juta tong minyak setara sehari."

Source: QatarEnergy
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion