omniture

Moomoo Lancar Aplikasi Super Pelaburan Semua-dalam-Satu di Malaysia; Memperkasa Digitalisasi Kewangan Tempatan

moomoo
2024-02-28 20:30 3
  • Antara firma broker digital global pertama yang diberikan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal; komited untuk menggalakkan keterangkuman kewangan dan memangkinkan pertumbuhan dalam pasaran modal tempatan
  • Teknologi terkini, perdagangan lancar dan akses percuma kepada sumber tahap-Pro komprehensif bersedia mengubah pengalaman pelaburan untuk rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo, aplikasi super pelaburan semua-dalam-satu terkini dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Dengan misi untuk menggalakkan inovasi kewangan tempatan dan memperkasa pengguna, syarikat ini akan menyediakan pengalaman pelaburan digital yang profesional, andal dan inovatif kepada pelabur Malaysia.

Moomoo MY’s official launch today. (From Left to Right: Dennis Jee - COO of Moomoo Malaysia, Ivan Mok - CEO of Moomoo Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift - CEO of Bursa Malaysia, Robin Xu - Senior Partner, Senior Vice President and Head of Southeast Asia and Oceania of Futu Holdings Limited,  Erika Chiang - CMO of Moomoo SEA
Moomoo MY’s official launch today. (From Left to Right: Dennis Jee - COO of Moomoo Malaysia, Ivan Mok - CEO of Moomoo Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift - CEO of Bursa Malaysia, Robin Xu - Senior Partner, Senior Vice President and Head of Southeast Asia and Oceania of Futu Holdings Limited, Erika Chiang - CMO of Moomoo SEA

Komited terhadap Inovasi Teknologi dan Keterangkuman Kewangan: Memacu Pendigitan Kewangan Malaysia

Futu Malaysia Sdn. Bhd. ("Moomoo MY") merupakan antara firma broker digital global pertama yang diberikan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ("SC"). Lesen ini membenarkan Moomoo MY untuk menawarkan perdagangan sekuriti dan derivatif serta perkhidmatan penjelasan untuk kedua-duanya. Syarikat ini mengadakan majlis pembukaan besar-besaran di Kuala Lumpur pada hari ini. Acara ini dihadiri oleh Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia; Robin Xu, Rakan Kongsi Kanan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Asia Tenggara dan Oceania Futu Holdings Limited; Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia; dan Dennis Jee, Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, antara eksekutif-eksekutif kanan yang lain.

"Kemasukan Moomoo ke Malaysia menekankan dedikasi kami untuk memperkasa pelbagai pasaran kewangan melalui teknologi. Berpandukan misi kami untuk 'Menjadikan pelaburan lebih mudah, bukan bersendirian,' kami berusaha untuk menggalakkan kesaksamaan maklumat, kebolehcapaian dan penciptaan nilai dalam ekonomi Malaysia yang dinamik. Melalui teknologi, kami menyasarkan untuk menggalakkan kesaksamaan maklumat, menjadikan pelaburan dan pengurusan kekayaan lebih mudah diakses dan mencipta nilai untuk pelabur tempatan dan pasaran modal. Ekonomi Malaysia yang dinamik, digandingkan dengan sokongan dasar terkini, menyaksikan pembangunan pesat dalam pasaran modalnya. Dengan penyertaan daripada Moomoo, kami berharap dapat menyuntik lebih kedinamikan lagi ke dalam pasaran. Sebagai platform pelaburan yang menghubungkan 21 juta pelabur runcit di peringkat global, kami mempunyai visi untuk berkolaborasi dengan bursa, badan kawal selia dan rakan kongsi tidak lama lagi untuk menjadi pintu masuk, menghubungkan produk pelaburan Malaysia dengan modal dan pelabur global," kata Robin Xu, Rakan Kongsi Kanan dan Naib Presiden Kanan Asia Tenggara dan Oceania di Futu Holdings Limited.

"Malaysia dengan penduduk yang agak muda menyaksikan minat yang semakin meningkat dalam pelaburan terarah kendiri. Komitmen negara kepada pembangunan teknologi dan inovasi menyebabkan kami memilihnya sebagai destinasi kedua untuk memperluaskan kehadiran kami di Asia Tenggara selepas Singapura. Dengan landskap teknologi kewangan Malaysia yang berkembang maju dan rangka kerja pengawalseliaan yang menyokong, adanya permintaan yang jelas terhadap penyelesaian pelaburan yang inovatif. Kami yakin bahawa kami dapat mengulangi kejayaan yang dapat kami lihat di Singapura di sini dan saling bekerjasama dengan pelabur dan pasaran peserta untuk meningkatkan lagi pasaran modal Malaysia dan daya saing infrastruktur kewangan pada kedua-dua pentas serantau dan antarabangsa," tambah Xu.

Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, mengalu-alukan kemasukan Moomoo MY ke Malaysia dan sebagai Organisasi yang Mengambil Bahagian dalam Bursa. "Dalam pasaran berpacukan teknologi pada hari ini, penting agar industri memanfaatkan data dan alatan digital untuk menjadikan pelaburan lebih mudah diakses dan cekap. Pelabur inginkan pilihan dan kami menggalakkan semua Organisasi yang Mengambil Bahagian memanfaatkan kuasa teknologi baharu untuk meningkatkan pengalaman pelaburan buat pelabur dan menggalakkan keterangkuman kewangan yang lebih tinggi di Malaysia. Kami memuji Moomoo MY atas pelancaran aplikasi pelaburan inovatifnya bersempena dengan kemasukannya ke Malaysia."

Memecah Halangan: Mendemokrasikan Peluang Pelaburan

Selain daripada memperkasa infrastruktur kewangan tempatan, Moomoo Malaysia juga komited untuk menjadikannya mudah kepada setiap pelabur untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka dan menjamin masa depan kewangan mereka. Melalui rangkaian alatan analitis tahap professional yang terkini termasuk Heatmap, Stock Screener, Institutional Tracking dan Market Monitor, Moomoo mentransformasikan landskap pelaburan melalui inovasi teknologi.

Pelabur Malaysia kini mendapat akses kepada moomoo yang menawarkan rangkaian ciri yang luas termasuk akses kepada lebih daripada 1,000 saham dan ETF Malaysia serta 9,000 saham dan ETF Amerika Syarikat, alatan analitis berkuasa AI, sumber penyelidikan, keupayaan carta termaju, data masa sebenar dan berita tergempar yang diperoleh daripada lebih 150 agensi media terkemuka – kesemuanya secara langsung dalam platform moomoo. Pemegang akaun sejagat Moomoo MY akan mendapat akses percuma kepada sebut harga Tahap 1 MY kedalaman pasaran 3 saham dan Tahap 2 AS kedalaman pasaran 60 saham. Platform ini juga akan menawarkan dagangan komisen sifar[i] ke atas saham dan ETF untuk kedua-dua pasaran Malaysia dan AS dalam tempoh masa yang terhad.

Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia menekankan, "Pengguna kami mendapat manfaat daripada akses tanpa had kepada alatan dan sumber gred-pro, yang biasanya dikaitkan dengan perkhidmatan premium. Ini memperkukuh komitmen kami untuk meratakan medan permainan, menjadikan pelaburan terarah kendiri ringkas, mudah dan boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira tahap pengalaman mereka."

Memperkasa Keterangkuman dan Literasi Kewangan

Selain menyampaikan pengalaman perdagangan yang lebih baik dan lancar kepada penggunanya, Moomoo MY mengkhusus untuk memajukan literasi kewangan dengan menawarkan rangkaian luas lebih 600 kursus pelaburan percuma melalui Moo Learn. Komitmen ini memastikan kedua-dua pelabur baru dan berpengalaman mendapat akses kepada bahan pendidikan berharga bagi meningkatkan kepakaran mereka dan kekal berada di hadapan dalam trend industri.

Satu lagi ciri tersendiri ialah komuniti dalam talian moomoo yang rancak, yang menghubungkan lebih 1000 pakar dan pemimpin pendapat utama dalam komuniti pelaburan global dengan lebih 21 juta ahli. Moo Community berperanan sebagai hab untuk pembelajaran kolaboratif, membolehkan peserta bertukar-tukar idea, pandangan dan pengalaman pelaburan, lalu memupuk sokongan bersama demi pertumbuhan dan pembangunan.

"Moomoo menggabungkan dengan lancar kebolehcapaian dan rangkaian alatan dan sumber pendidikan komprehensif, bagi memberikan pengalaman pelaburan yang memecah sempadan tradisional. Platform kami disesuaikan untuk mengubah cara orang ramai melabur dan memperkasa pelabur Malaysia dengan alatan dan sumber yang mereka perlukan bukan sahaja untuk mengambil bahagian, bahkan berjaya dalam pasaran kewangan," kata Dennis Jee, Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia.

Promosi Eksklusif untuk Pelabur Malaysia

Bagi menandakan pelancaran rasminya, Moomoo MY melancarkan promosi dan faedah eksklusif kepada pelabur Malaysia. Mulai sekarang dan 31 Mac 2024, pengguna baharu[ii] yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit sejumlah RM8000 akan layak menerima saham Apple percuma[iii]. Mereka yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dengan deposit kumulatif sebanyak RM500 akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM100[iv].

Selain itu, pedagang yang melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi menggunakan akaun sejagat Moomoo MY mereka semasa tempoh promosi, akan menerima akses percuma selama sebulan kepada Tahap 2 MY data pasaran. Pengguna boleh mengumpul sehingga 6 bulan Tahap 2 MY data pasaran percuma sepanjang tempoh ini[v].

Pelabur Malaysia boleh memuat turun aplikasi daripada Apple App Store atau Google Play Store untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka bersama Moomoo. Untuk maklumat lanjut mengenai Moomoo Malaysia dan perkhidmatannya, sila kunjungi www.moomoo.com/my.

Latar Belakang Moomoo

Moomoo ialah platform pelaburan dan perdagangan global terkemuka, mengkhusus untuk memperkasa pelabur dengan alatan, data dan pandangan mesra pengguna. Platform kami direka bentuk untuk menyediakan maklumat dan teknologi penting, membolehkan pengguna membuat keputusan pelaburan yang amat termaklum. Dengan alatan carta termaju, ciri-ciri analitis tahap profesional, Moomoo berkembang bersama-sama pengguna kami, memupuk komuniti dinamik yang membolehkan pelabur berkongsi, belajar dan berkembang bersama-sama.

Ditubuhkan di Palo Alto (sebahagian daripada Silicon Valley), California, Moomoo beroperasi secara global, menawarkan perkhidmatan kepada pelabur di negara-negara seperti AS, Singapura, Australia, Jepun, Kanada dan Malaysia. Sebagai subsidiari syarikat yang disenaraikan pada Nasdaq, kami berbangga dengan peranan kami sebagai rakan kongsi strategik global dalam Bursa Saham New York (NYSE), memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa daripada pemimpin industri terkemuka seperti anugerah Teknologi Dagangan Terbaik 2021, Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik 2022 dan Aplikasi Dagangan Aktif Terbaik 2021 daripada Benzinga dan anugerah Platform Dagangan Terbaik 2022 daripada Fintech Breakthrough. Moomoo turut menerima pelbagai anugerah di AS, Singapura dan Australia atas pendekatannya yang inklusif dan terkini kepada pelaburan.

Pelancaran rasmi Moomoo di Malaysia ialah susulan pengembangan globalnya, bermula dengan kemasukannya ke dalam pasaran Singapura. Hari ini, ia merupakan "Broker Runcit" Terbaik oleh Securities Investors Association (Singapore) ("SIAS")[1] dan aplikasi dagangan dimuat turun #1[2], dengan 1 dalam setiap 4 orang dewasa di Singapura[3] memilih Moomoo sebagai platform pelaburan pilihan mereka. Sejak itu, Moomoo dilancarkan di Australia, Kanada dan Jepun sebelum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dengan rekod kejayaan prestasi terbukti dalam pasaran sedia ada, Moomoo bermatlamat untuk mengulangi pertumbuhan ini dan menjadi platform pelaburan ulung di Malaysia.

Untuk memuat turun Moomoo App, sila klik pautan ini: https://j.my.moomoo.com/00JEBb 

Terma & Syarat - Promosi Pengguna Baharu Moomoo MY:

[1] https://sias.org.sg/corporate-governance-week/awards

[2] Data ditentukan berdasarkan kepada muat turun kumulatif dari tarikh pelancaran aplikasi broker di Singapura untuk dibandingkan hingga 11 Oktober 2023 pada data.ai.

[3] Setakat 31/12/22, 1 dalam 4 orang dewasa berumur antara 20-70 di SG merupakan pengguna moomoo.

[i] Pengguna yang membuka akaun broker moomoo MY antara sekarang hingga 31 Mac 2024 akan menikmati dagangan komisen sifar selama 180 hari hanya dari tarikh pembukaan akaun yang berjaya. T&C penuh dan bayaran lain dikenakan.

[ii] Kelayakan Kempen: Pengguna baharu yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan belum membuat sebarang deposit ke dalam akaun sebelum 2024.02.27. Pelanggan tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang promosi pengguna baharu yang lain, termasuk aktiviti 'Team up with A Friend to Get 1×Apple Stock'.

[iii] Agar layak mendapat saham Apple percuma, anda perlu berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit amaun kumulatif sekurang-kurangnya RM8,000 ke dalam akaun sebelum 11:59 MALAM MYT pada 31/03/2024. Sebaik sahaja deposit sebanyak RM8,000 selesai, anda juga harus berjaya menuntut saham Apple percuma daripada laman penambat aktiviti. Saham Apple akan diterbitkan apabila deposit berjaya dan akan diaktifkan sekiranya anda mengekalkan aset (tunai, saham dan aset lain yang disertakan) sebanyak RM8,000 (atau mata wang setara) selama 30 hari. Lantaran turun naik harga saham, jumlah nilai aset dibenarkan jatuh sebanyak 10% daripada amaun yang dinyatakan. Kempen ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat dan ahli gabungannya yang diberi ganjaran dengan saham. Saham Apple akan dikreditkan ke dalam akaun sejagat Moomoo MY anda dalam tempoh 3 hari kalendar. Saham Apple percuma sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh terbitan, jika tidak dituntut, saham Apple percuma akan tamat tempoh.

[iv] Mereka yang berjaya membuka akaun sejagat Moomoo MY dan mendeposit amaun kumulatif sekurang-kurangnya RM500 sebelum 11.59 malam pada 31/03/24 akan menerima ganjaran tunai RM100 daripada kupon tunai RM50*1 dan kupon tunai saham RM10*5. Kupon tunai saham RM10*5 akan diterbitkan dan diaktifkan setelah deposit yang berjaya. Kupon tunai RM50*1 akan diterbitkan setelah deposit yang berjaya dan akan diaktifkan sekiranya anda mengekalkan aset (tunai, saham dan aset lain yang disertakan) sebanyak RM500 (atau mata wang setara) selama 30 hari. Kupon saham dan kupon tunai sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh terbitan.

[v] Perdagangkan mana-mana saham AS dan/atau MY dengan akaun sejagat Moomoo MY sekurang-kurangnya sekali sebelum 11:59 MALAM MYT pada 31/3/2024. Anda akan menerima 1 kupon bagi setiap dagangan, dengan maksimum 6 kupon. 6 kupon memberikan Tahap 2 MY data pasaran percuma selama 6 bulan.

 

 
Source: moomoo
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment New products/services Financial Technology