omniture

HONOR Terangi Masa Depan AI dengan Peranti Pintar di MWC

HONOR
2024-02-28 20:54 89

HONOR, Qualcomm dan GSMA Bersama-sama Memperjuangkan AI berpusatkan Manusia dan Menekankan Komitmen Mereka kepada Kolaborasi Terbuka dan Perlindungan Privasi.

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd., mengambil pentas bersama pemimpin industri sempena perbincangan panel yang merangsang minda. Sesi ini, bertajuk "Meletakkan Manusia sebagai Keutamaan dalam Pembangunan AI: Pertimbangan Penting untuk Mencipta AI buat Peranti Pintar," turut menampilkan John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. dan Alex Katouzian, Pengurus Besar Kumpulan MCX, Qualcomm Technologies, Inc.. Mereka bersama-sama menekankan kepentingan mencipta peranti AI yang memperjuangkan pengalaman berpusatkan manusia yang intuitif sekali gus memastikan privasi pengguna.


"Kami percaya AI akan membina semula sistem operasi dan membangunkan semula pengalaman telefon pintar masa depan kami. HONOR akan memajukan strategi AI kami dengan menyepadukannya dalam MagicOS dan kesemua peranti HONOR, memastikan pengalaman berpusatkan manusia yang menggembirakan pengguna kami dengan setiap interaksi." Zhao menyatakan, menekankan komitmen HONOR untuk membangunkan peranti AI yang direka bentuk dengan menjadikan keperluan insan sebagai terasnya.

Kepakaran HONOR dalam AI pada-peranti diperlihatkan melalui pelancaran MagicOS 8.0 di MWC yang mengintegrasikan sepenuhnya AI peringkat-platform dan antara muka pengguna berasaskan hasrat (IUI) yang pertama dalam industri ini. MagicOS 8.0 juga mempunyai Magic Portal, ciri pengesyoran jalan pintas berdasarkan hasrat yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan dengan lancar antara aplikasi dengan satu seretan. Ia menyokong 100 aplikasi utama di peringkat global.

HONOR turut bekerjasama dengan Qualcomm bagi mendemonstrasikan penggunaan Llama 2 sumber terbuka pada HONOR Magic6 Pro baharu, memperlihatkan kuasa AI pada-peranti walaupun untuk kegunaan luar talian.

Menerima Ekosistem Terbuka

HONOR mempelopori ekosistem terbuka, mengundang rakan kongsi global seperti Qualcomm dan GSMA untuk berganding bahu. "Dengan memupuk kolaborasi terbuka, kami mencipta pengalaman AI pada-peranti demi manfaat pengguna," ujar Zhao.

"Kami ingin menjadikannya mudah untuk orang ramai membangun dan berinovasi di atas platform kami," kata Katouzian. "Kerjasama dan keterbukaan adalah sangat bagus untuk industri ini, maka kerjasama Qualcomm bersama rakan kongsi merupakan kuncinya. Kami percaya inovasi dan teknologi akan menjadikan perkongsian kami lebih kukuh. Selagi mana kami dapat terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan kongsi kami, potensi kami benar-benar tidak terbatas.

John Hoffman menambah bahawa "AI bersedia untuk merevolusikan segala-galanya dan kami teruja melihat syarikat-syarikat seperti HONOR dan Qualcomm memanfaatkan teknologi AI pada-peranti untuk menginovasi peranti pintar, memperkasa kehidupan orang ramai. GSMA, melalui kolaborasi dengan HONOR, turut mendedahkan kertas putih "6G Terminal Vision" ("Visi Terminal 6G"), menggariskan visi besar untuk pembangunan terminal 6G dalam era AI dan merangka pelan tindakan demi kemajuan industri masa depan."

Strategi AI Berpusatkan-manusia Merentas Semua Senario

Menurut Zhao, gelombang semasa pencapaian AI ialah sesuatu yang belum pernah terjadi dalam sejarah dan akan memberi kesan mendalam kepada peranti pintar. Fokus strategik HONOR adalah untuk membawakan AI kepada MagicOS, memperkenalkan UI berdasarkan hasrat (IUI) yang pertama dalam industri, menggabungkan kernel baharu, UI baharu dan ekosistem saling hubung yang diperkasa oleh AI kepada peranti bermula daripada telefon pintar hingga PC, menyediakan pengalaman rentas-peranti, rentas-aplikasi dan rentas-ekosistem kepada pengguna.

"AI peringkat-platform dan LLM membolehkan HONOR menggabungkan peranti AI dengan lancar seperti PC AI dan telefon pintar AI ke dalam kehidupan harian pengguna, memahami hasrat mereka dan menjangkakan keperluan mereka," kongsi Zhaou. Beliau menambah bahawa lebih ramai pengguna yang berinteraksi dengan peranti ini, pengalaman menjadi lebih disesuaikan dan membantu.

Alex turut menyatakan peralihan berterusan pemprosesan AI daripada awan ke peranti peribadi termasuk telefon pintar dan PC. "Dengan pengkuantitian yang lebih baik atau pengecilan model serta saling bekerjasama dengan rakan kongsi kami seperti HONOR dan rakan kongsi industri yang lain seperti vendor OS, kami akan berupaya membawa keupayaan itu [AI awan] dan data serta memindahkan lebih banyak daripadanya pada peranti. Potensi pertumbuhan untuk AI pada-peranti hampir tidak terbatas."

Keselamatan: Asas AI

"AI tidak boleh wujud tanpa asas keselamatan," seperti yang diisytiharkan oleh Zhao, mengetengahkan prinsip PFAST HONOR dalam pembangunan AI—Privasi, Kesaksamaan dan Keadilan, Kebertanggungjawaban, Keselamatan dan Keandalan, Ketelusan dan Kebolehkawalan. "Kami menyeru industri ini untuk berkolaborasi demi tadbir urus AI bagi memastikan privasi dan keselamatan individu," gesa Zhaou. Teknologi HONOR MagicGuard dan pensijilan privasi yang diperoleh, seperti ePrivacySeal, merupakan inisiatif penting dalam usaha ini.

Membentuk Masa Depan dengan 6G dan AI

Didorong oleh kemajuan pesat dalam AI, 6G akan membawakan kemungkinan yang mengujakan, di samping cabaran yang rumit. HONOR dan GSMA mengeluarkan kertas putih "6G Terminal Vision" ("Visi Terminal 6G") di MWC.

Dibangunkan bersama rakan-rakan kongsi penyumbang China Unicom, China Mobile, China Telecom, Du, Telstra dan Inmarsat, dokumen berpandangan jauh ini menggariskan visi untuk dunia pintar berpusatkan manusia yang dibentuk oleh keupayaan transformatif 6G dan AI. Kertas putih ini memperincikan sembilan senario berpotensi, lima hala tuju penyelidikan penting dan empat keupayaan tipikal untuk terminal 6G. Ketahui lebih lanjut mengenai kertas putih ini [di sini].

Dengan pendedahan kertas putih ini, HONOR dan GSMA mengambil langkah pertama dalam meneroka masa depan 6G. HONOR mengundang rakan-rakan kongsi industri untuk menyatukan kekuatan mereka, terlibat dalam penyelidikan bersama dan bersatu menuju konsensus industri pada terminal 6G.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia menumpukan perhatian untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hiHONOR.com atau emel newsroom@hiHONOR.com
https://community.hiHONOR.com/
https://www.facebook.com/HONORglobal/
https://twitter.com/HONORglobal
https://www.instagram.com/HONORglobal/
https://www.youtube.com/c/HONOROfficial 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence