SINGAPURA, 24 September 2014 /PRNewswire/ --
Sebagai meneruskan perjalanan 'Celebrating F1rsts', champagne rasmi Formula 1® G.H.MUMM melancarkan koleksi pertamanya sebagai dedikasi untuk malam itu. Koleksi N°1 telah dilancarkan sempena Grand Prix Singapura, satu-satunya perlumbaan Formula 1® yang berlangsung pada waktu malam .
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/707984-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/707984-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/707984-c )
Tiga koleksi cuvee tersebut, Emas, Hitam dan Rosé, diinspirasikan daripada semangat Formula 1®, sebagai luahan perasaan yang terhasil daripada meraikan kedudukan sebagai No.1. Direka untuk malam tersebut champagne itu melengkapkan emosi kemenangan yang tiada tandingan, sempurna untuk diminum sebagai ucap selamat dan untuk berkongsi kegembiraan menjadi N°1.
Kehebatan Pinot Noir adalah berbeza dengan rasa buah-buahan Meunier dan kesegaran Chardonnay, menghasilkan wain yang kering tetapi lebih manis agar champagne tersebut dapat dinikmati sepanjang malam. Campuran Emas dan Hitam didominasi oleh Meunier, kepelbagaian anggur yang sangat beraroma yang dinilai daripada rasa buah-buahannya dan dilengkapkan dengan Pinot Noir serta Chardonnay. Campuran Rosé didominasi oleh Pinot Noir dan dilengkapkan dengan rasa buah-buahan Meunier untuk menghasilkan rasa kehalusan dan keanggunan Chardonnay.
Pengarah Jenama Global G.H.MUMM Louis de Fautereau mengulas: "Kami telah menggabungkan perasaan utama bagi semangat, adrenalin, kemenangan dan menghasilkan koleksi champagne sebagai simbol perkongsian tenaga antara Formula 1® dan G.H.MUMM."
Bersama-sama rasa unik dan botol berkilauan seakan-akan patung bagi pilihan N°1 menggambarkan semangat untuk meraikan yang terbaik dan saat paling berprestij.
Ikuti G.H.MUMM melalui rangkaian sosial:
Youtube: youtube.com/ChampagneGHMUMM
Facebook: facebook.com/champagne.gh.mumm
Instagram: instagram.com/ghmumm
Twitter: twitter.com/ghmumm
Latar belakang G.H.MUMM
G.H.MUMM adalah sebahagian daripada Martell Mumm Perrier-Jouët, perniagaan cognac dan champagne berprestij Pernod Ricard, peneraju bersama di peringkat dunia bagi Spirit & Wain. Dengan warisan terkemuka yang bermula seawal tahun 1827, G.H.MUMM merupakan Syarikat champagne antarabangsa terunggul di Perancis dan ketiga di seluruh dunia*. G.H.MUMM Cordon Rouge, dikenali dengan reben merah – sebagai simbol kecemerlangan – adalah jelmaan sempurna semangat Syarikat tersebut: ia terkenal dengan kesegaran dan intensiti gayanya, yang berjaya dikekalkan dan diwariskan oleh generasi berturutan tuan-tuan simpanan wain secara turun-temurun. * IWSR 2012
Dapatkan maklumat lanjut daripada laman web G.H.MUMM: http://www.ghmumm.com/
SILA MINUM DENGAN BERTANGGUNGJAWAB
Sumber: G.H.MUMM