omniture

John Dewar & Sons Melancarkan Koleksi "Last Great Malts": Jenis Malt Tunggal Baharu yang Tidak Pernah Dikeluarkan Sebelum Ini

John Dewar
2014-09-24 13:00 140

GLASGOW, Scotland, 24 September 2014 /PRNewswire/ -- John Dewar & Sons Ltd., salah satu daripada nama paling dihormati dalam dunia wiski Scotch, hari ini mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan satu rangkaian malt tunggal dengan pelbagai ekspresi baharu dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini – permata tersembunyi dalam portfolio malt tunggal mereka. Langkah berani ini, yang tidak pernah dilakukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, akan memperkenalkan rangkaian bernilai tinggi wiski berkualiti kepada pengguna seluruh dunia.

Untuk melihat Siar Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/72762539-Last-Great-Malts-Scotch-Whisky/

Tong bernilai tinggi yang mengandungi ABERFELDY®, AULTMORE®, CRAIGELLACHIE®, THE DEVERON® dan ROYAL BRACKLA® telah dilancarkan di bawah nama "Last Great Malts," setiap satunya dengan kisah dan watak yang menarik.

Selama bergenerasi lamanya, semua wiski yang unggul ini telah disuling dan dibiarkan untuk memeram tanpa diganggu dalam tong kayu oak. Kini, akhirnya, penggemar wiski seluruh dunia boleh merasai malt tunggal daripada kilang penyulingan ini dalam bentuknya yang asli.

"Kategori malt tunggal adalah salah satu daripada peluang pertumbuhan yang hebat dalam industri kami. Kami bertuah kerana memiliki lima daripada wiski Scotland yang paling lazat dan berkualiti tinggi," kata John Burke, pengarah kategori minuman keras gelap. "Kami sangat menghormati kategori ini dan yakin setiap satu daripada Last Great Malts itu bakal menjadi penambahan yang secocok kepada himpunan penggemar malt tunggal yang paling bercita rasa tinggi."

Koleksi "Last Great Malts"

ABERFELDY, dikenali sebagai "Tong Emas", mendapat airnya daripada Pitilie Burn. Segar dan bersih, airnya dikenali kerana mengandungi enapan emas tanah aluvium.. Wiski ini diingini kerana sisipan rasa madunya, menonjolkan rasa gaya Central Higland klasik yang jarang dapat dirasai dalam malt tunggal hari ini. Diiktiraf sebagai "Wiski Highland Terbaik Tahun 2014" oleh Whisky Magazine, ABERFELDY dibotolkan semula dan boleh didapati di seluruh dunia dalam jenis 12 tahun matang dan 21 tahun matang, dengan satu jenis 18 tahun matang oleh didapati secara eksklusif di Travel Retail. Syarikat itu merancang untuk melancarkan jenis 16 tahun matang dengan kemasan syeri dan jenis 30 tahun matang dalam tahun 2015 kelak.

AULTMORE, malt Speyside yang jarang didapati dan dikenali dengan nama tempatannya "sesesap Jalan Buckie." Air kilang penyulingan itu mengalir melalui kawasan berkabus dan bermisteri bernama Foggie Moss. AULTMORE diperingkatkan sebagai bertaraf tinggi dan malt ini dicari-cari kerana sisipan rasa berumputnya yang lembut. AULTMORE boleh didapati mulai bulan November dengan jenis 12 tahun matang, jenis 21 tahun matang dalam Travel Retail dan jenis 25 tahun matang dalam kuantiti terhad.

CRAIGELLACHIE telah mengeluarkan satu portfolio malt tunggal buat julung kalinya dalam sejarah. Kilang penyulingan itu setia pada tradisinya dalam pembuatan wiski, termasuk penggunaan tab cacing – digelar sedemikian kerana tiub tembaganya yang berlingkar – untuk menyejukkan minuman keras itu. Sebagai sejenis wiski Speyside yang mencabar rasa, ia digambarkan sebagai "lapuk" sejak tahun 1891 lagi kerana ia tidak mengambil kira langsung sebarang ikutan moden. Peminat malt tunggal menyukai CRAIGELLACHIE kerana rasanya yang sengit, berperisa pekat dan berisi. CRAIGELLACHIE akan mula dikeluarkan dari kilangnya bulan ini, dengan jenis 13 tahun matang, jenis 17 tahun matang dan jenis 19 tahun matang yang eksklusif untuk Travel Retail, serta satu jenis 23 tahun matang yang terhad.

Akan datang dalam musim panas 2015, THE DEVERON, rangkaian baharu malt tunggal jenis 12 tahun matang, 18 tahun matang dan 25 tahun matang, dibuat di tempat di mana Sungai Deveron bertemu lautan luas. Menawarkan "ketenangan daripada ribut," ini adalah malt yang paling sempurna dinikmati santai di sebelah pendiangan api. Sisipan rasa buah-buahan yang lembut digandingkan dengan gaya minuman yang mudah membuatkan THE DEVERON minuman pilihan tenaga kerja di kilang penyulingan itu.

Dengan keluaran edisi terhad sebelum ini untuk satu jenis 35 tahun matang berharga £10,000 (AS$15,000) sebotol, ROYAL BRACKLA adalah malt yang benar-benar sesuai untuk santapan diraja. Diasaskan dalam tahun 1812, di Highlands utara, ia berasal dari kilang penyulingan pertama yang dianugerahkan kebenaran diraja dan sejak itu telah disanjung sebagai "Wiski Pilihan Raja." Pekat dengan rasa syeri, rasa buah-buahan dan berisi, ROYAL BRACKLA merupakan wiski yang patut dinikmati dengan perlahan-lahan kerana kerumitan rasanya diserlahkan secara beransur-ansur. Ia bakal dikeluarkan dalam bulan Mac dalam ekspresi jenis 12 tahun matang, 16 tahun matang dan 21 tahun matang.

"Sudah lama kami bersabar daripada membuka tong berisi wiski ini dan kini kami sudah sedia berkongsi lima malt unggul ini dengan penggemar wiski seluruh dunia – setiap keluaran memaparkan satu kenyataan usia," tambah Stephen Marshall, pengurus pemasaran global malt tunggal. "Sehingga kini, minuman yang hebat ini telah menjadi rahsia Scotland yang paling tersimpan rapi dan hanya diketahui segelintir orang sahaja. Kini kami menjemput semua peminum malt tunggal – mereka yang gemarkan kisah dan penggemar yang berminat untuk menerokai aroma minuman keras paling rumit di dunia ini."

Ketersediaan di Pasaran

Minuman malt tunggal itu, yang akan dikeluarkan secara berfasa, akan didapati sebagai satu set lima jenis yang lengkap, atau dalam pelbagai kombinasi keluaran dalam 10 pasaran permulaan di seluruh dunia termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Sweden, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Global Travel Retail.

Pameran awam pertama untuk koleksi Scotch malt tunggal Last Great Malts akan diadakan semasa Festival Bir & Wiski Stockholm bermula 25 September.

http://www.LastGreatMalts.com 

Untuk maklumat lanjut tentang keluaran malt tunggal baharu itu, lima kilang penyulingan itu, sisipan rasa, pembuatan, dan warisan, sila lawati http://www.LastGreatMalts.com.

Tentang John Dewar & Sons Ltd.

John Dewar & Sons Ltd menggajikan 300 orang di tujuh lokasi seluruh Scotland. Syarikat itu kini mengendalikan kilang penyulingan wiski di Aberfeldy, Macduff, Aultmore, Craigellachie dan Nairn dengan kemudahan pemeraman, pengadunan, pembotolan, dan pembungkusan di Glasgow dan kemudahan pemeraman tambahan di Poniel di Scotland Tengah.

Jenama malt tunggal ABERFELDY®, AULTMORE®, CRAIGELLACHIE®, THE DEVERON® dan ROYAL BRACKLA® adalah sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.

NIKMATI THE LAST GREAT MALTS DENGAN BERHEMAH

©2014

DEWAR'S, NAMA KOLEKSI THE LAST GREAT MALTS, ABERFELDY, AULTMORE, CRAIGELLACHIE, THE DEVERON & ROYAL BRACKLA ADALAH TANDA DAGANGAN.

Source: John Dewar
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services