omniture

MWC2024: Huawei lancar penyelesaian Kilang Pintar, Cipta Masa Depan Lebih Baik, Lebih Hijau dan Lebih Pintar

Huawei
2024-02-29 13:28 38

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC 2024, Huawei melancarkan Penyelesaian Kilang Pintar, yang merupakan sebahagian daripada Sesi Pembuatan dan Perusahaan Besar Huawei mengenai "Mendalami Industri, Mencipta Masa Depan Lebih Baik, Lebih Hijau dan Lebih Pintar". Sesi ini menghimpunkan pemimpin industri dan pakar untuk berkongsi penyelesaian terkini serta amalan terbaik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pengeluaran dan pengurusan operasi sekali gus turut menggalakkan kerjasama.

Liu Chao, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Pembuatan dan Perusahaan Besar Huawei berkata: "Penyepaduan teknologi digital dan ekonomi sebenar semakin maju. Huawei akan terus memanfaatkan inovasi teknologi dan pengetahuan industri bagi menyediakan produk dan penyelesaian pintar yang meliputi seluruh rantaian nilai perusahaan pembuatan. Kami juga akan berkolaborasi bersama rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan akhir." Liu menyambung untuk menjelaskan bahawa Huawei bermatlamat untuk membantu perusahaan menaik taraf infrastruktur ICT mereka bagi mempercepatkan R&D dan inovasi produk, meningkatkan kecekapan pengeluaran sambil mengurangkan kos dan memastikan operasi perusahaan yang diperkemas dan mampan.

Wang Zhiya, Ketua Pegawai Operasi Unit Perniagaan Pembuatan dan Perusahaan Besar Huawei menganjurkan pelancaran Penyelesaian Kilang Pintar. Penyelesaian ini menerima pakai seni bina teknologi "satu awan, satu rangkaian dan satu platform" yang memperkemas aliran data kejuruteraan, aliran maklumat perniagaan dan aliran proses pengeluaran.

Khususnya, "satu rangkaian" mengintegrasikan IP, rangkaian optik pasif (PON) industri dan 5G, memungkinkannya untuk menghubungkan pelbagai peranti dengan lancar pada skala besar merentas pelbagai senario. Di samping itu, "satu rangkaian" turut meningkatkan kecekapan pengumpulan data kepada 1 juta titik data sesaat yang terkemuka dalam industri.

Di samping itu, Huawei Cloud menyediakan pengupayaan data dan aplikasi, serta perkhidmatan lain untuk menyokong aplikasi pintar seperti penjadualan pengeluaran termaju dan kembar digital. Ini dapat membantu pengeluar memendekkan kitaran pesanan-ke-penghantaran sekali gus meningkatkan keberkesanan peralatan keseluruhan.

The Launch of the Intelligent Factory Solution
The Launch of the Intelligent Factory Solution

Berhubung penaiktarafan infrastruktur ICT perusahaan, Tamás Szabó, Pegawai Pusat Data di BorsodChem, berkongsi pengalaman beliau dalam membina pusat data hijau.

Bagi aplikasi perusahaan pintar, Lili Yin, Pengurus Besar Eropah di Quicktron Robotics, memperkenalkan Penyelesaian Sistem Operasi Logistik Pintar, yang dicipta bersama Huawei. Yin turut berkongsi projek mengenai AMR gudang pantas yang dikuasakan oleh AirEngine Wi-Fi 6 Huawei.

Huawei percaya bahawa dengan interaksi berterusan, pertukaran dan usaha kolaboratif, pendigitalan perusahaan dan kecerdasan akan berkembang maju, membawa kepada lebih banyak pertumbuhan dan masa depan yang lebih cerah untuk industri ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://e.huawei.com/en/industries/manufacturing

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing