omniture

Kajian Baharu Menunjukkan Bandar-bandar Berpotensi Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau Sebanyak 8 Gigatan Menjelang 2050 Melalui Sasaran Negara Semasa

Kesan Usaha-usaha Iklim oleh Kesemua Bandar Bersamaan dengan Pengurangan Lebih Separuh Penggunaan Arang Batu Tahunan di Peringkat Dunia
Mempertimbangkan Potensi Bandar-bandar Dapat Membantu Negara-negara Menetapkan Sasaran Jauh Lebih Agresif untuk Memerangi Perubahan Iklim Berbanding Setakat Ini
Bloomberg Philanthropies
2014-09-24 22:20 117

NEW YORK, 24 September 2014 /PRNewswire/ -- Duta Khas PBB untuk Bandar-bandar dan Perubahan Iklim Michael R. Bloomberg serta Pengerusi Kumpulan Kepimpinan Iklim Bandar-bandar C40 (C40) dan juga Datuk Bandar Rio de Janeiro Eduardo Paes hari ini mengumumkan kajian yang menunjukkan jika semua bandar melaksanakan usaha-usaha baharu yang agresif bagi mengurangkan guna tenaga bangunan, pengangkutan danbahan buangan, mereka berpotensi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dengan tambahan 3.7 Gigatan (Gt) CO2e menjelang tahun 2030 seperti mana yang cuba dicapai oleh dasar-dasar dan tindakan negara pada masa kini. Menjelang 2050, bandar-bandar dapat mengurangkan pelepasan GHG tahunan sebanyak 8.0 Gt CO2e seperti mana yang cuba dicapai oleh dasar-dasar negara semasa, iaitu bersamaan dengan pengurangan lebih separuh penggunaan arang batu tahunan di peringkat global. Secara kumulatif, bandar-bandar mempunyai potensi untuk mengurangkan pelepasan gas ini lebih 140 Gt CO2e menjelang tahun 2050. 

Laporan Wakil Khas Bloomberg kepada Setiausaha Agung, yang merangkumi kajian baharu ini dengan kerjasama C40 serta Institut Alam Sekitar Stockholm, menggariskan kepentingan pelibatan usaha-usaha iklim bandar-bandar ketika negara-negara menetapkan sasaran pengurangan GHG bagi mengelakkan suhu dunia meningkat lebih 2 darjah Celsius melebihi paras praindustri, sebagai sebahagian daripada rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2015.

Ini turut menandakan kali pertama usaha-usaha potensi kolektif seluruh bandar untuk mengurangkan GHG dapat dinilai. Hasil kajian menunjukkan apabila kerajaan bandar melaksanakan dasar-dasar untuk mengurangkan pelepasan gas daripada sektor-sektor yang boleh mereka kawal – seperti, pengangkutan, bangunan dan sisa – kesannya adalah amat ketara. Dengan itu, bandar-bandar dapat membantu negara-negara mereka mencapai sasaran GHG yang lebih tinggi serta merapatkan jurang antara komitmen negara semasa dengan segala keperluan untuk mengurangkan kenaikan suhu global, seperti mana yang dipersetujui oleh negara-negara di bawah Perjanjian Cancun 2010 PBB. 

Untuk membaca siaran penuh, sila layari www.mikebloomberg.com/unenvoy atau www.c40.org/media 

Source: Bloomberg Philanthropies
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Environmental Policy Not for profit Survey, Polls & Research