omniture

Ben van Berkel / UNStudio Reka Lebih 30 Stesen bagi Fasa Pertama Jaringan Metro Doha

UNStudio
2014-09-24 22:50 80

DOHA, Qatar, 24 September 2014 /PRNewswire/ -- Qatar Rail telah melantik firma seni bina Belanda UNStudio sebagai arkitek utama bagi Projek Kereta Api Bersepadu Qatar (QIRP).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/708313-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/708313-b)

Matlamat QIRP adalah untuk mewujudkan satu perkhidmatan yang dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai alternatif yang sesuai berbanding pengangkutan persendirian untuk penduduk Doha.

Jaringan Metro membentuk komponen utama QIRP, dengan fasa 1 dirancang untuk merangkumi kira-kira 35 buah stesen dan fasa 2, kira-kira 60 buah stesen, serta akan bertindak sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Greater Doha Area (GDA). Jaringan lengkap dirancangkan agar terdiri daripada empat barisan yang menghubungkan GDA selain masyarakat Al Khor dan Al Wakrah-Mesaieed, masing-masing terletak di bahagian utara dan selatan Doha.

Rekaan UNStudio mewujudkan hubungan antara masa lampau dan masa depan Qatar, mendapat inspirasi daripada leksikon seni bina serantau yang luas, dan pada masa yang sama turut memperlihatkan visi pemodenan serta pemeliharaan. Rekaan tersebut seterusnya bertujuan untuk memasukkan dan mengintegrasikan kesemua fungsi serta aspek-aspek teknikal stesen dan juga jaringan ke dalam ungkapan seni bina yang koheren dengan tujuan untuk menjadikan Jaringan Metro Qatar Rail sebagai penanda aras global bagi perkhidmatan pengangkutan awam.

Sejak pelantikannya, UNStudio telah menghasilkan 'Buku Panduan Penjenamaan Seni Bina', satu set garis panduan rekaan, butir-butir seni bina dan garis panduan bahan-bahan yang akan memberi jaminan kualiti ruang serta kejelasan jaringan tersebut. Buku panduan tersebut akan digunakan oleh kontraktor-kontraktor Reka Bentuk & Binaan yang dilantik dalam pembinaan dan penyerahan 35 buah stesen bagi fasa 1.

Ben van Berkel, Pengasas Bersama dan Arkitek Utama UNStudio, mengulas: "Melalui penghasilan buku panduan reka bentuk dan menerusi penggunaan reka bentuk berparameter yang adaptif, ia telah membolehkan kami untuk menghasilkan rekaan dengan pelbagai variasi, namun masih mengekalkan identiti koheren bagi semua stesen. Dengan cara ini, kami dapat menggabungkan perbezaan konteks tempatan di dalam identiti keseluruhan dan secara berparameter menyesuaikan faktor-faktor fizikal seperti penentuan arah, penembusan cahaya, aliran penumpang, dan lain-lain unsur yang membina dalam sistem yang kompleks tetapi amat berdisiplin."

Cadangan rekaan memperlihatkan satu sistem seni bina baharu fleksibel yang dapat menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran berskalar yang ditimbulkan oleh Jaringan Metro. Melalui misi ini, Jaringan Metro Qatar Rail akan mempunyai impak yang besar terhadap kehidupan rakyat Qatar, menyediakan perkhidmatan yang selesa dan praktikal untuk tahun-tahun akan datang.

http://www.unstudio.com/projects/qatar-integrated-railway-project-qirp

SUMBER  UNStudio

Source: UNStudio
Keywords: Construction/Building Railroads and Intermodal Transportation Transportation