omniture

TCL Tersenarai sebagai Jenama TV 2 Terbaik Global untuk Dua Tahun Berturut-turut

TCL Electronics
2024-02-29 21:24 25

HONG KONG, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, jenama elektronik pengguna yang terkemuka, sekali lagi diiktiraf sebagai Jenama TV 2 Terbaik Global oleh syarikat penyelidikan pasaran Omdia.


Menurut Laporan Set TV Global Omdia 2023, TCL mengekalkan kedudukan keduanya dalam pasaran televisyen global mengikut jenama untuk tahun kedua berturut-turut, dengan sejumlah 25.26 juta unit penghantaran TV yang mewakili 12.5% bahagian pasaran. Pencapaian ini sebahagiannya didorong oleh tawaran televisyen premium yang berjaya daripada syarikat, termasuk siri TV Mini LED yang diperkenalkan pada tahun 2023. Segmen produk ini mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan terus menikmati permintaan pasaran yang luar biasa.

Dengan matlamat untuk berkembang dan meningkatkan portfolio produk TV premiumnya, TCL melancarkan TV Mini LED pertama di dunia pada tahun 2019, yang turut menjadikannya syarikat pertama yang mengeluarkan TV Mini LED secara besar-besaran. Menerusi pelbagai teknologi Mini LED proprietarinya dan keupayaan algoritma yang mantap, TCL menyampaikan kualiti paparan yang tiada tandingan dan pengalaman tontonan premium menerusi televisyennya.

TCL turut melancarkan siri TV Mini LED berukuran 98 inci dan ke atas pada tahun lalu. Khususnya, TV QD-Mini LED 115-inci yang terbesar di dunia membuat kemunculan sulungnya di Amerika Utara semasa CES 2024, mempunyai lebih 20,000 zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak 5,000 nit.

Pada tahun 2024, TCL tetap berdedikasi untuk meninggikan standard teknologi TV Mini LED dan menginspirasikan kehebatan dalam kalangan pengguna seluruh dunia melalui inovasinya.

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat elektronik pengguna terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. Kini, TCL beroperasi dalam lebih daripada 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, perkakas rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Television Survey, Polls & Research