omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Pengedaran Pintar (IDS) Percepatkan Kecerdasan Kuasa Elektrik

Huawei
2024-02-29 21:48 37

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih 2024, pelanggan kuasa elektrik dan pemimpin daripada organisasi antarabangsa berhimpun untuk membincangkan amalan dan inovasi terkini. Huawei melancarkan Penyelesaian Pengedaran Pintar (IDS) semasa sidang kemuncak ini yang bertemakan "Menerajui Infrastruktur untuk Mempercepatkan Kecerdasan Kuasa Elektrik."

David Sun launches Intelligent Distribution Solution (IDS)
David Sun launches Intelligent Distribution Solution (IDS)

David Sun, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Pendigitalan Kuasa Elektrik, Huawei, menyampaikan ucaptama dan melancarkan IDS. Huawei berkolaborasi dengan rakan kongsi ekosistem bagi membangunkan penyelesaian ini yang mengatasi kehilangan talian tinggi, keandalan rendah dan tekanan berat ke atas pengurusan beban tenaga baharu. Ia membolehkan perusahaan kuasa elektrik beralih daripada pendigitalan titik-tunggal kepada pendigitalan disokong-seni bina, terbuka, boleh berkembang dan sistematik, menggunakan pelbagai teknologi penting berdasarkan kepada seni bina awan-paip-pinggir-paip-peranti. Huawei mencadangkan untuk menggunakan awan persendirian atas-premis sebagai asas digital pada sisi awan. Kedua-dua penyelesaian berwayar dan tanpa wayar untuk rangkaian angkut balik tersedia. Pada sisi pinggir, terminal semua-dalam-satu yang digelar unit pengkomputeran pinggir (ECU) bertindak sebagai pembawa pengurusan padu dan menggabungkan fungsi komunikasi, persepsi serta pengkomputeran. Komunikasi pembawa talian kuasa berkelajuan tinggi generasi seterusnya (HPLC) pada sisi paip komunikasi voltan rendah menyokong pemerolehan data tahap minit, sambungan interaktif besar-besaran dan kadar kejayaan pemerolehan 99%.

IDS telahpun dilaksanakan dengan jayanya di dalam China. Ia mengupayakan pemantauan rangkaian pengedaran, pengesanan masa nyata status talian 10kV dan pengurusan pintar tenaga baharu teragih voltan rendah. Penyelesaian ini menggabungkan HPLC dan teknologi baharu yang lain. Ia meningkatkan persepsi telus dan pendigitalan perkhidmatan di daerah pengubah kuasa. IDS turut memberikan keputusan ujian awal yang positif di beberapa negara di luar China.

Di sidang kemuncak ini, Sigit Witjaksono, Pengarah Perniagaan Ketersambungan PT. PLN Icon Plus, berkongsi mengenai kerjasama mereka dan amalan inovatif bersama Huawei melalui satu gentian untuk pelbagai perkhidmatan dan pengedaran digital. Mahmoud BinAhmed, Pemangku Ketua Pegawai Komersial, Integrated Dawiyat berkongsi cara untuk mengewangkan aset sesebuah syarikat elektrik. Pengarah Rangkaian Transmisi Senelec, Mam Singui Sarr, membentangkan konsep Rangkaian ONE Grid Pintar Senelec. Ia berdasarkan kepada cabaran dan penunjuk penting dalam transmisi, transformasi dan pengagihan kuasa.

Melangkah ke hadapan, Huawei akan terus menyusun dan berkongsi metodologi transformasi digital bersama pelanggan dan rakan kongsi, membantu meningkatkan asas digital syarikat-syarikat kuasa elektrik di seluruh dunia, mempercepatkan pembangunan pintar dan menyediakan pilihan yang menarik untuk pasaran global.

Terokai lebih lanjut mengenai Penyelesaian Pengedaran Pintar (IDS):

https://e.huawei.com/en/topic/electric-power/intelligent-distribution-solution 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news Cloud Computing / Internet of Things