omniture

Huawei Lancar Sepuluh Penyelesaian Transformasi Digital dan Pintar Industri dan Siri Produk Unggulan Baharu

Huawei
2024-02-29 21:59 32

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2024, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Transformasi Digital dan Pintar Industri Huawei. Huawei melancarkan sepuluh penyelesaian transformasi digital dan pintar industri dan siri produk unggulan baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan pada peringkat transformasi industri yang berbeza.

Li Peng, Naib Presiden Kanan Korporat, Presiden Jualan & Perkhidmatan ICT, Huawei berkata, "Bermula dari zaman maklumat hingga zaman pendigitalan, setiap transformasi membawa kemungkinan yang besar. Kini, kita sedang memasuki dunia pintar dan cara terbaik untuk meramalkan masa depan adalah dengan menciptanya. Huawei akan menggandakan usaha kami untuk menawarkan produk dan penyelesaian infrastruktur digital lebih pintar yang mempercepatkan transformasi pintar industri-industri. Kami akan bekerja keras untuk menjadi rakan kongsi yang andal untuk pihak-pihak lain dalam perjalanan ini."

Pendigitalan Industri Merupakan Langkah Penting untuk Mendepani Dunia Pintar 

Bagi mendepani dunia pintar, Huawei percaya bahawa pendigitalan industri merupakan langkah yang penting. Kini, tatkala pendigitalan industri memasuki zon yang mendalam, Leo Chen, Presiden Jualan Perusahaan, Huawei, menyatakan bahawa, kami harus mengurus kuasa "pengkomputeran, transmisi dan storan" data dengan cara terselaras, menyepadukan data daripada senario berbeza ke dalam satu asas data awan disatukan dan mendekati lebih banyak industri tradisional dan perniagaan teras, agar dapat menyokong ramai pelanggan industri dalam perjalanan pendigitalan mereka dan mendepani dunia pintar.

Leo Chen, berkata, "'Peralihan fasa' merupakan istilah dalam fizik yang boleh digunakan untuk menggambarkan kesan revolusioner transformasi digital dan pintar — bermakna ia bukan sahaja akan membawa tahap pertumbuhan yang lebih tinggi, bahkan turut membawa dinamik ekonomi yang serba baharu. Dengan mencapai kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi, kami akhirnya dapat mencipta kehidupan yang lebih baik untuk setiap individu. Kami komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan transformasi digital merentas semua industri dan mendepani dunia pintar."

Huawei melancarkan secara rasmi sepuluh penyelesaian transformasi digital dan pintar industri dan siri produk unggulan baharu

Bagi pelanggan industri berskala besar dengan perkhidmatan terpelbagai dan senario yang rumit, Huawei melancarkan sepuluh penyelesaian transformasi digital dan pintar industri, termasuk Penyelesaian Awan Nasional 2.0, Bandar Pintar, Bilik Darjah Pintar 3.0, Pendigitalan Teknologi Perubatan, CORE Digital, Kilang Pintar, Rangkaian Gentian Terhubung Penuh Lapangan Terbang Pintar, Sekuriti Perimeter dengan Penderiaan Gentian, Pengesanan Perimeter Kereta Api Pintar, ITS 2.0, Pengagihan Kuasa Pintar (IDS), Penyelesaian Pengurusan Keselamatan Saluran Paip Minyak dan Gas. Di samping itu, Huawei melancarkan beberapa portfolio produk, termasuk Platform Digital Kampus, Perlindungan Perisian Tebusan Berbilang Lapisan (MRP) 2.0 dan Tapak Perlindungan Perimeter.

Memenuhi keperluan pelanggan bersaiz kecil dan sederhana dengan senario perniagaan yang agak ringkas, Huawei memanfaatkan amalan utamanya dalam kolaborasi bersama rakan kongsi untuk membina penyelesaian terbuka, ringan dan khusus-senario yang membawakan keberkesanan kos yang tinggi, kepimpinan dibezakan dan kebolehkhidmatan. Inisiatif ini membantu PKS mencapai matlamat transformasi digital dan pintar mereka, dengan lebih 30 penyelesaian berasaskan senario dibangunkan melalui kolaborasi bersama rakan kongsi.

Bagi pelanggan bersaiz kecil dan mikro dengan senario ringkas, Huawei melancarkan jenama HUAWEI eKit pada tahun 2023. Semasa sidang kemuncak ini, HUAWEI eKit mendedahkan produk baharu untuk pejabat PKS, hotel bajet, sekolah rendah dan sekolah menengah, kedai komersial, klinik, hospital komuniti, hartanah, restoran dan sebagainya.

Di samping itu, Huawei melancarkan produk unggulan baharu dalam komunikasi data, rangkaian optik, storan data dan O&M tertumpu ringan.

David Shi, Naib Presiden Pemasaran ICT dan Jualan Penyelesaian, Huawei berkata, "Huawei menyedari bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan dan cabarannya yang tertentu. Tatkala transformasi digital dan pintar terus berkembang maju, Huawei menumpukan perhatian untuk membangunkan produk dan penyelesaian berasaskan senario, terkini, hijau dan rendah karbon bagi memenuhi keperluan pelanggan."

Huawei Bekerjasama dengan Rakan Kongsi untuk Mencipta Masa Depan Cerah demi Dunia Pintar

Ernest Zhang, Presiden, Rakan Kongsi Global, Komersial & Pengedaran, Jualan Perusahaan, Huawei, berkata: "Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi, berpegang teguh kepada prinsip 'manfaat bersama sebagai jambatan, integriti sebagai asas dan peraturan sebagai jaminan.' Kami akan terus mengoptimumkan dasar pembangunan rakan kongsi, membina perkongsian yang sihat dan saling menguntungkan serta berganding bahu demi era kejayaan bersama."

Untuk maklumat lanjut, lihat https://e.huawei.com/eu/events/branding/mwc?ic_medium=hwdc&ic_source=ebg_%2001MHQHQ244VU01S&ic_content=news 

HUBUNGI: hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence