omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Pendigitalan Teknologi Perubatan Percepatkan Kecerdasan dalam Penjagaan Kesihatan

Huawei
2024-02-29 22:06 78

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2024, Huawei melancarkan secara rasmi Penyelesaian Pendigitalan Teknologi Perubatan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memimpin penaiktarafan digital dan pintar dalam industri penjagaan kesihatan.

David Shi, Vice President of Huawei's ICT Marketing & Solution Sales
David Shi, Vice President of Huawei's ICT Marketing & Solution Sales

David Shi, Naib Presiden Pemasaran ICT & Jualan Penyelesaian Huawei berkata, "Bagi mempercepatkan penaiktarafan pintar industri penjagaan kesihatan, Huawei, sebagai penyedia ICT, membina asas digital yang terjamin dan mampan untuk industri penjagaan kesihatan dan membantunya menjadi pintar." Beliau menekankan bahawa bersama-sama rakan kongsi, Huawei bermatlamat untuk membantu pelanggannya berjaya.

Beribu-ribu imej dibaca dalam beberapa saat, mempercepatkan penaiktarafan digital & pintar perkhidmatan teknologi perubatan

Penyelesaian pendigitalan teknologi perubatan memfokuskan kepada patologi dan pengimejan perubatan. Penyelesaian ini mempunyai tiga kelebihan kompetitif: prapembacaan pintar SmartCache yang meningkatkan kecekapan pembacaan imej dan mencapai kependaman sifar semasa dapatan semula data; algoritma pemampatan dibangunkan Huawei, yang menjimatkan 30% storan dan 70% ruang cabinet; dan sinergi video-rangkaian yang menyokong diagnosis jarak jauh yang konsisten untuk menggalakkan diagnosis dan rawatan berhierarki.

Penyelesaian ini telah diaplikasikan dalam banyak institusi penjagaan kesihatan di serata dunia. Huawei membantu Hospital Ruijin membina jabatan patologi pintar digital, yang mengupayakan akses serentak lebih 1000 bahagian patologi dalam satu saat. Ini dapat meningkatkan kelajuan dapatan semula sebanyak 80 kali ganda. Huawei membantu Biro Kesihatan Daerah Longgang, Shenzhen membina platform pengimejan perubatan wilayah. Ia menyokong saling sambungan dan perkongsian data imej perubatan antara 12 hospital, akses satu klik kepada laporan imej dan pengecaman bersama pemeriksaan silang-hospital.

Integrasi senario-teknologi mendalam dan penaiktarafan inovatif tiga penyelesaian

Huawei memanfaatkan sinergi awan-rangkaian-pinggir-peranti untuk mendalami senario perkhidmatan dan menaik taraf tiga penyelesaian utama.

Penyelesaian Wad Pintar memfokuskan kepada penumpuan Wi-Fi, IoT dan berbilang-jalur dalam satu rangkaian untuk menyokong pengumpulan data untuk lebih daripada 400 terminal, menyampaikan diagnosis dan rawatan berkualiti tinggi.

Penyelesaian Kampus Hospital Pintar menggunakan platform digital untuk memperkemas subsistem operasi kampus, mencapai perkhidmatan pintar semua-senario dan operasi diperhalusi E2E.

Penyelesaian Satu Hospital, Berbilang Cawangan membina pangkalan sumber awan-rangkaian-pinggir bersepadu untuk melaksanakan pengurusan disatukan serta perkhidmatan diagnosis dan rawatan dengan kualiti yang sama merentas cawangan hospital yang berbeza.

Setakat ini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5000 hospital dan institusi perubatan di lebih 110 negara dan wilayah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/industries/healthcare

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news