Mendedahkan sejumlah peranti terhubung pintar baharu bermula daripada telefon hingga tablet, TV dan banyak lagi, TCL sekali lagi mengesahkan komitmennya kepada teknologi paparan pintar
BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- TCL, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama TV dua terbaik di dunia, mengambil bahagian dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2024 di Barcelona untuk mendedahkan inovasi terkininya dan ekosistem pintar peranti terhubung lancar yang direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman manusia baik di rumah mahupun semasa dalam perjalanan. Berserta portfolio luas telefon pintar baharu, peranti peribadi canggih dan penghala pintar, TCL turut mempamerkan TVnya yang paling mengagumkan setakat ini, dalam bentuk TV QD-Mini LED 115" terbesar di dunia.
Telahpun menjadi jenama TV yang bertapak kukuh dalam pasaran global selama bertahun-tahun lamanya, kejayaan ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada kepakaran paparan TCL yang tiada tandingan. TCL mempamerkan teknologi TV perintisnya yang terkini di MWC sebagai sebahagian daripada ekosistem terhubung peranti pintar yang dapat menyampaikan pengalaman hiburan yang luar biasa. Membuat kemunculan sulungnya untuk memukau khalayak di CES pada Januari 2024, TV QD-Mini LED 115" sekali lagi menarik perhatian di MWC, mengagumkan mereka yang melihat dengan zon tinggi memecah rekod yang bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman hiburan rumah yang unggul.
Pembangunan paparan 115" sebahagiannya merupakan respons kepada permintaan pasaran untuk pilihan skrin yang lebih besar dan lebih baik, memandangkan pengguna ingin menaik taraf persediaan hiburan rumah mereka menjelang acara kebudayaan utama seperti acara sukan yang akan datang pada musim panas ini.
Apabila melibatkan pengalaman tontonan sukan, semakin besar skrin, semakin besar impak keseluruhan ke atas penonton, membawakan pengalaman imersif seperti kehidupan sebenar kepada mereka. Zon amat tinggi dan kecerahan puncak akan mempersembahkan setiap butiran dengan kejelasan memukau, membolehkan peminat sukan berasa seolah-olah mereka sedang menonton secara langsung di stadium dan bukannya dari keselesaan di rumah mereka sendiri.
Lebih-lebih lagi, dengan kadar segar semula berubah-ubah 144Hz yang boleh disesuaikan kepada bingkai input berbeza pada masa nyata, penonton tidak akan pernah terlepas momen aksi itu. Pengguna juga boleh diyakinkan bahawa lebih besar tidak semestinya bermaksud memakan ruang. TCL telah berusaha untuk menampung kekangan saiz rumah Eropah dengan menyediakan penyelesaian dipasang pada dinding yang nipis, menjadikan TV ini sebagai pilihan praktikal untuk mencipta pengalaman berkualiti pawagam di rumah.
Bagi mereka yang sibuk, TCL menyediakan barisan luas telefon pintar dan tablet NXTPAPER yang disesuaikan untuk pasaran EMEA, menekankan kualiti paparan unggul dan ketersambungan lancar. Telefon pintar TCL 50 5G, TCL 50 SE, TCL 505 dan TCL 501 setiap satunya membawakan ciri-ciri tersendiri yang memenuhi kehendak gaya hidup yang pelbagai. Selain itu, tablet TCL NXTPAPER 11, dengan teknologi NXTPAPER yang selesa dipandang, menawarkan kebolehbacaan dan keselesaan luar biasa, menunjukkan contoh komitmen TCL untuk memanusiakan teknologi buat semua.
Bagi memastikan khalayak Eropah tidak ketinggalan menyaksikan acara sukan kegemaran mereka dipersembahkan pada paparan QD-Mini LED terbesar dunia, ia akan tersedia untuk khalayak di Eropah dalam masa terdekat – nantikan lebih banyak perkembangan terkini.
* Penampilan produk, fungsian dan ketersediaan mungkin berbeza antara negara/wilayah
Latar Belakang TCL
TCL ialah sebuah syarikat elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di serata dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan serta pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com/.