omniture

Huawei Lancar Kertas Putih Percepatkan Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam

Huawei
2024-02-29 22:03 10

BARCELONA, Sepanyol, 29 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, Huawei melancarkan Kertas Putih Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam, Penyelesaian National Cloud 2.0 dan Kertas Putih Pendigitalan Pentadbiran Cukai semasa sidang kemuncak yang bertemakan "Menerajui Infrastruktur untuk Mempercepatkan Kecerdasan Perkhidmatan Awam". Huawei turut membincangkan trend transformasi digital & pintar serta strategi pembangunan bersama pelanggan dan rakan kongsi industri serta berkongsi beberapa kisah kejayaan transformasi.

Global launch of the Public Services Intelligent Transformation White Paper
Global launch of the Public Services Intelligent Transformation White Paper

Transformasi digital dan pintar menjadi satu konsensus antara negara-negara di serata dunia. Kerajaan harus mengukuhkan pembangunan infrastruktur digital bagi mencapai perkhidmatan digital yang inklusif serta adil dan menyediakan enjin untuk ekonomi digital. Wind Li, Ketua Pegawai Eksekutif Global Public Sector BU, Huawei berkata, "Transformasi kerajaan digital merupakan satu perjalanan jangka panjang yang memerlukan pendekatan sistematik. Sebagai penyedia infrastruktur dan penyelesaian ICT yang terkemuka di dunia, Huawei memfokuskan kepada Strategi 'Satu Awan + Satu Rangkaian' bagi membantu kerajaan membina infrastruktur digital untuk perkhidmatan awam dan mencapai tadbir urus yang cemerlang, ekonomi dipertingkat dan punca pendapatan yang lebih baik."

Pengalaman Huawei selama bertahun-tahun dalam menawarkan perkhidmatan di lebih daripada 700 bandar di lebih 100 negara dan wilayah membawanya untuk melancarkan Kertas Putih Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam di Sidang Kemuncak ini. Hong-Eng Koh, Ketua Saintis Industri Perkhidmatan Awam Global Huawei berkata, "Seni bina pintar transformasi terdiri daripada beberapa lapisan seperti penderiaan pintar, ketersambungan pintar, asas pintar, platform pintar, model asas AI, model besar AI dan aplikasi pintar. Ia akan membantu menyediakan perkhidmatan awam yang lebih inklusif serta berpusatkan rakyat, menggalakkan kolaborasi dan keproaktifan, menawarkan akses yang lebih saksama kepada penjagaan kesihatan pintar, pendidikan pintar, malah respons yang lebih pantas kepada kecemasan."

Dengan penggunaan teknologi inovatif yang semakin meningkat seperti AI generatif, Huawei melancarkan penyelesaian "National Cloud 2.0". Huawei berharap dapat membantu kerajaan negara dan wilayah mencapai transformasi digital dan pintar dengan lebih pesat melalui infrastruktur awan yang dipercayai, perkhidmatan awan terkemuka serta pengetahuan industri yang luas.

Huawei percaya dengan visi untuk "Mempercepatkan Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam bagi Memacu Masyarakat Kognitif" dan membantu kerajaan serta sektor awam di seluruh dunia mencapai transformasi digital & pintar, membolehkan semua orang mendapat manfaat daripada dividen pembangunan yang dibawa oleh ekonomi digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian Huawei Government, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/industries/government

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research Trade show news Cloud Computing / Internet of Things