omniture

Huawei Lancar Dua Penyelesaian Percepatkan Kecerdasan Lapangan Terbang

Huawei
2024-03-01 04:45 74

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, Huawei melancarkan dua penyelesaian inovatif untuk industri lapangan terbang global — Rangkaian Gentian Terhubung Penuh dan Sekuriti Perimeter dengan Penderiaan Gentian — dengan tujuan untuk memperkasa penaiktarafan industri pintar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang inovatif.

Dunia kini sedang menyaksikan peningkatan sebenar dalam pelaburan lapangan terbang pintar. Memandangkan industri penerbangan mengalihkan tumpuannya daripada pelaburan infrastruktur kepada penaiktarafan pintar yang dicirikan oleh pembinaan digital dan pintar, lapangan terbang di seluruh dunia turut mengusahakan sambungan cemerlang berserta pengalaman perjalanan yang lancar untuk penumpang." Dengan kata lain, industri lapangan terbang berusaha untuk mempercepatkan penaiktarafan pintarnya dengan rangkaian lebih andal, aplikasi lebih pintar dan lebih mudah serta perkhidmatan yang lebih baik.

Moussa Huang, Director of Global Aviation Business, Huawei's Smart Transportation BU
Moussa Huang, Director of Global Aviation Business, Huawei's Smart Transportation BU

En. Moussa Huang, Pengarah Perniagaan Penerbangan Global, Unit Perniagaan Pengangkutan Pintar Huawei menyatakan bahawa, "Pembangunan lapangan terbang pintar pada masa depan merupakan proses jangka panjang. Penyelesaian Rangkaian Gentian Terhubung Penuh Huawei mengintegrasikan IP dan teknologi optik untuk membina rangkaian tertumpu, yang menjadikan akses dan rangkaian tulang belakang lebih andal, tangkas, dipermudah dan hijau. Penyelesaian ini memberi sokongan rangkaian yang berkuasa untuk aplikasi pintar dalam industri lapangan terbang."

Zhang Hao, Director of Optical Fiber Sensing for Enterprise Optical Network, Huawei
Zhang Hao, Director of Optical Fiber Sensing for Enterprise Optical Network, Huawei

Semasa acara ini, En. Zhang Hao, Pengarah Penderiaan Gentian Optik untuk Rangkaian Optik Perusahaan, Huawei menyebut dalam ucapan beliau bahawa perimeter lapangan terbang, ditetapkan untuk melindungi operasi lapangan terbang, merupakan penghalang keselamatan pertama dalam mengasingkan lapangan terbang daripada persekitarannya. Sekuriti Perimeter dengan Penyelesaian Penderiaan Gentian inovatif Huawei menggunakan penderiaan gentian optik teragih berserta analisis video untuk melengkapkan sistem perlindungan perimeter lapangan terbang dengan penderiaan berbilang dimensi dan kejituan tinggi. Penyelesaian ini dapat mengatasi halangan teknikal dalam kadar penggeraan terlepas dan palsu yang mengurangkan penggeraan palsu sebanyak lebih daripada 90%. Penyelesaian ini benar-benar andal untuk melindungi perimeter lapangan terbang.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk meninjau senario industri lapangan terbang dengan teliti. Mereka akan bersama-sama membangunkan lebih banyak penyelesaian, mengintegrasikan ICT dan senario industri serta mengaplikasikan penyelesaian mereka dengan meluas dalam projek-projek penting bagi memudahkan transformasi pintar.

Hubungi: hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Transportation New products/services Trade show news Artificial Intelligence