![]() |
SINGAPURA, 5 Disember 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Pembangunannya, Cui Li, telahpun berucap di AI Innovation Asia 2025 yang dihoskan oleh Economist Impact, iaitu cabang kepimpinan pemikiran The Economist Group.
Dalam sesi panel "Bagaimanakah AI Mungkin Membantu Anda? AI Agentik dan Pengalaman Pelanggan", Cui Li berkongsi visi strategik ZTE untuk AI agentik dan menggambarkan bagaimana ia sudahpun membentuk semula pengalaman pelanggan dan model operasi dalam seluruh syarikat. Beliau turut menegaskan peranannya dalam memperkukuh kebingkasan, meningkatkan pengawasan dan kebertanggungjawaban serta menggesa organisasi-organisasi untuk bersedia sekarang demi era AI agentik.
S1: Mewujudkan persekitaran – Bagaimanakah AI agentik memberi impak kepada pengalaman pelanggan dalam sektor anda?
AI agentik mentakrifkan semula pengalaman pengguna—bukan sahaja berkenaan reka bentuk UI, malahan daripada respons kepada pemahaman dan penciptaan bersama. Bagi ZTE, di bawah strategi "AI untuk Semua", kami mengintegrasikan AI agentik ke dalam empat bidang utama: rangkaian, pengkomputeran, rumah dan peranti peribadi.
Sebagai contoh, kami mendayakan rangkaian autonomi tahap 4 dan seterusnya dengan tiga enjin—Nebula Telecom Large Model, data raya dan kembar digital. Dalam amalan sebenar, ZTE dan China Mobile mencipta secara bersama pelbagai ejen yang boleh mengesan masalah rangkaian dan mengupayakan swasembuh, seterusnya mengurangkan tempoh pencarisilapan sebanyak 47%.
S2: Transformasi strategik – Bagaimanakah peningkatan autonomi digital melalui AI agentik akan membentuk semula cara organisasi-organisasi membina kebingkasan dan kebolehsesuaian?
Sebenarnya, kita berada dalam era yang sangat tidak menentu ketika ini. Hal ini memerlukan kita bermula dengan matlamat yang jelas, iaitu sentiasa mencari kestabilan daripada ketidakpastian dan membina kelebihan tersendiri yang kukuh seperti kesan bola salji. Kita juga harus kekal tangkas bagi mengesan perubahan dan mengubah haluan dengan pantas, berkembang daripada sebuah organisasi seperti mesin kepada organisasi organik yang adaptif.
Kemudian, kita juga perlu tahu bagaimana AI benar-benar boleh membantu kita. Model AI besar sudahpun menunjukkan prestasi pada tahap atau melebihi peringkat PhD. Ejen pula mengambil langkah lebih jauh dengan mengintegrasikan ingatan dan alatan, bertindak sebagai aplikasi model dunia sebenar. AI agentik juga boleh mengkoordinasikan ejen yang berbeza untuk mengautomasikan tugas yang lebih kompleks dan memakan masa. Sudah tentu, ini merupakan status yang ideal. Hakikatnya, sama ada ejen atau AI agentik, ia masih berada pada peringkat yang sangat awal dan menghadapi banyak cabaran teknikal. Namun begitu, dengan pertumbuhan hiper AI, saya percaya penyelesaiannya akan tersedia dalam masa terdekat.
Seterusnya, saya percaya AI hanya boleh memberi kesan apabila kita berpegang teguh padanya dalam tempoh jangka panjang. Kecerdasan dibina dengan asas digital dan rangkaian. Tanpa transformasi digital, sesebuah syarikat tidak akan benar-benar dapat mencapai kecerdasan, apatah lagi menjadi lebih bingkas atau boleh disesuaikan—ia seperti cuba berlari sebelum anda boleh berjalan. Selain itu, menjadi pintar memerlukan kejuruteraan pengetahuan, penstrukturan semula proses dan penetapan minda AI yang merupakan suatu maraton dan bukannya pecutan.
Di ZTE, perjalanan digital kami bermula pada tahun 2016 dan kemudian transformasi pintar pada tahun 2022. Inilah pengalaman kami: infrastruktur dahulu, namun kekalkan keseimbangan antara perkakasan dan perisian; melaksanakan perancangan sistematik dari atas ke bawah bagi memastikan semua orang mencapai kata sepakat; membuat pelaburan yang berterusan, memandangkan penemuan penggugat dicapai pada setiap langkah kecil; dan akhirnya, bermula daripada senario bernilai tinggi dan konkrit, kemudian mengalami lelaran yang pantas bagi mengatasi sebarang ketakpastian sepanjang perjalanan.
S3: Pengawasan & kebertanggungjawaban – Memandangkan sistem AI membuat lebih banyak keputusan secara autonomi, bagaimanakah syarikat-syarikat boleh mengekalkan pengawasan, memastikan kebertanggungjawaban dan memelihara kedaulatan digital?
Secara ringkasnya, bagi memastikan manusia sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Tugas-tugas seperti reka bentuk, semakan, membuat keputusan dan penyeliaan—ia masih perlu dilakukan oleh manusia yang seharusnya tetap bertanggungjawab sepenuhnya. Automasi hanyalah satu kaedah, bukannya matlamat. Apa yang perlu dibimbangkan oleh manusia bukannya tentang digantikan—tetapi apabila manusia berundur atau tidak terlibat dalam proses ini.
Setiap syiling mempunyai dua sisi, begitu juga model-model ini. Generalisasi, kebolehan yang muncul dan evolusi berterusan—ya, inilah ciri-ciri teknologi yang benar-benar mengubah keadaan. Namun begitu, ia sememangnya disertai dengan halusinasi, masalah kotak hitam dan sebagainya. Di samping itu, manusia mempunyai kecerdasan sosial dan prinsip moral, sesuatu yang tidak akan pernah dapat benar-benar dikuasai oleh AI. Maka pada asasnya, AI dibina berdasarkan model statistik—ia kekurangan akal budi dalam dunia sebenar, apatah lagi dalam meneliti tarik-ulur yang kompleks seperti yang dilakukan oleh manusia.
Lebih penting lagi, pelaksanaan AI dalam suatu perniagaan memerlukan integrasi yang mendalam dengan pengetahuan. Kita perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti ketepatan, keselamatan, pematuhan dan pembahagian tanggungjawab, selain turut mengambil kira aliran kerja dan juga KPI. Daripada pengalaman langsung ZTE, saya ingin memberikan beberapa petua: Pertama, syarikat-syarikat harus membangunkan projek kejuruteraan pengetahuan dan model besar khusus domain mereka sendiri—berserta RAG dan kembar digital agar dapat menjadi profesional dan andal. Kedua, kenal pasti masalah konkrit yang perlu diselesaikan oleh ejen. Ejen yang sesuai untuk semua selalunya tidak dapat melakukan apa-apa dengan baik. Ketiga, tahu saat yang tepat untuk menggunakan ejen atau aliran kerja. Ejen lebih baik dalam mengendalikan tugas kompleks dengan laluan pelaksanaan yang berubah-ubah, manakala aliran kerja lebih tepat dan cekap dalam senario yang sangat boleh diramal. Akhir sekali, dayakan kolaborasi awan-pinggir-akhir untuk memastikan kecekapan kos dan juga keselamatan. Walaupun dengan adanya semua bahagian penting ini, manusia masih merupakan pihak yang mengemudi AI menuju hala tuju yang betul dan mencipta nilai sebenar.
S4: Memandang ke hadapan – Bagaimanakah anda melihat AI agentik berkembang daripada automasi berasaskan tugas kepada rakan niaga bersepadu dan apakah tindakan segera yang perlu diambil oleh organisasi-organisasi untuk memastikan mereka kalis masa depan bagi AI agentik?
Dari perspektif teknologi, kita boleh menganggap ejen atau AI agentik sebagai pekerja digital yang proaktif. Selain tugasan yang mudah atau berulang, ia boleh menghubungkan seluruh aliran kerja, merealisasikan automasi kognitif dan juga berkembang sendiri. Ejen kini berfungsi dengan baik dalam senario yang distrukturkan dengan baik, padat dengan maklumat, toleran terhadap kesalahan dan mempunyai gelung maklum balas yang jelas. Namun begitu, ia sering terhenti di makmal apabila persekitaran dunia nyata menjadi semakin kompleks atau berisiko. Justeru itu, seperti yang saya katakan, ejen dan AI agentik masih berada pada peringkat awal. Dalam satu atau dua tahun akan datang, ia akan memberi tumpuan terutamanya kepada industri-industri vertikal. Selepas itu, ia akan mengambil alih tugas yang kompleks dengan autonomi yang lebih besar, menjadi lebih umum, adaptif dan mampu belajar serta berkembang. Ejen kini membangun dengan amat pantas. Gemini 3, yang baru dilancarkan bulan lalu, menetapkan standard baharu untuk model AI dengan penaakulan SOTA, pemahaman berbilang mod dan keupayaan agentik.
Bagi organisasi-organisasi pula, saya berpendapat penerimaan AI ialah satu-satunya pilihan yang terbaik. Penggunaan AI bukan sekadar berhubung dengan API—ia membentuk semula proses, struktur, pasukan. Syarikat-syarikat perlu terlebih dahulu membuat rancangan jangka sederhana dan panjang serta sudah benar-benar mampu disesuaikan untuk mengikuti perubahan teknologi dan pasaran. Seterusnya, mulakan daripada senario khusus perniagaan yang bernilai tinggi dan kemudian ulangi dengan pantas. Begitulah cara untuk kita benar-benar dapat menguasai AI. Selain itu, ia membentuk semula strategi bakat kita. Pada masa akan datang, terdapat tiga jenis bakat yang paling penting: pakar AI, yang memacu teknologi ini ke hadapan; pengguna kuasa AI, yang memupuk inovasi dan meningkatkan kecekapan; dan individu yang melangkaui AI dengan pemikiran aras tinggi dan penetapan minda yang sihat. Akhir sekali, untuk memanfaatkan AI sepenuhnya, syarikat-syarikat harus melaksanakan penstrukturan semula dan merancang untuk masa depan "simbiosis manusia-AI".
AI Innovation Asia 2025 ialah platform dialog peringkat tinggi yang menghubungkan pemimpin perusahaan, perintis teknologi dan penggubal dasar. Menumpukan 15 sesi tematik yang mendalam dan pandangan daripada lebih 40 pakar industri, platform ini memfokuskan pada laluan pengkomersialan teknologi perbatasan, seperti AI generatif dan AI Agentik untuk membantu perniagaan mengubah pandangan teknikal menjadi pertumbuhan nyata dan mengemudi transformasi digital yang mampan merentas landskap pasaran Asia-Pasifik yang kompleks.
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn