![]() |
MUMBAI, India, 5 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Tata Communications, pemain teknologi komunikasi global terkemuka, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Commotion Inc., syarikat peneraju Platform SaaS Perusahaan natif AI yang beroperasi di Amerika Syarikat dan India.
Pengambilalihan ini menandakan langkah penting dalam mempercepat penyepaduan AI merentasi tawaran Fabrik Digital Tata Communications, terutamanya dalam Rangkaian Interaksi Pelanggan, yang termasuk Tata Communications Kaleyra, bertujuan menyampaikan pengalaman dipacu AI yang kontekstual dan tertumpu untuk pelanggan dan pekerja. Enjin perancangan Commotion akan disepadukan dengan komponen teras Kaleyra — termasuk saluran, Hab TX Kaleyra dan CCaaS — bertujuan mengautomasikan dan dengan bijak membimbing perjalanan menyeluruh pelanggan mengalihkan keterlibatan daripada respons reaktif kepada interaksi ramalan dan generatif.
Commotion memperkasa perusahaan global dengan tiga tonggak penggandaan daya:
Platform ini menyatukan AI Suara, Pembina AI Agentik dan Perancangan Perjalanan Saluran Omni, membolehkan jenama mengautomasikan kerja yang kompleks dan menyampaikan keterlibatan masa nyata yang diperibadikan secara besar-besaran, sambil mengubah operasi perusahaan secara serentak melalui sokongan digital yang dikuasakan AI.
Mengambil alih Commotion dan menyepadukan keupayaan syarikat tersebut ke dalam Fabrik Digital, akan terus mempercepat penerimagunaan AI Tata Communications sendiri dan memajukan perjalanan syarikat itu untuk menjadi organisasi yang mengutamakan AI. Perkembangan ini dibina berdasarkan usaha berterusan syarikat untuk membantu perusahaan beralih daripada pengujikajian AI kepada transformasi berskala besar dan kritikal perniagaan.
A. S. Lakshminarayanan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Tata Communications, berkata: "Pengambilalihan ini menandakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk mentakrifkan semula pengalaman pelanggan dalam era AI. Bersama keupayaan Commotion yang telah disepadukan ke dalam Tata Communications Kaleyra, kami menyaksikan daya tarikan pelanggan yang luar biasa. Kami menjangkakan momentum ini akan terus mempercepat evolusi kami kepada organisasi yang mengutamakan AI, menjadikan Fabrik Digital kami lebih pintar, mudah suai dan sedia masa depan."
Murali Swaminathan, Ketua Pegawai Eksekutif, Commotion Inc., menambah: "Kami amat teruja untuk mengumumkan pencapaian penting dalam perjalanan kami ini. Ini bukan sekadar tentang modal. Ini mengenai keyakinan, tujuan bersama dan kuasa menggabungkan halaju inovasi kami dengan jangkauan global, jenama yang dipercayai dan kepakaran digital Tata Communications. Bersama-sama, kami akan memanfaatkan potensi AI sepenuhnya dalam banyak sektor industri, membina penyelesaian berskala besar secara bertanggungjawab dan mengubah cara dunia berfungsi. Masa depan bukan hanya akan datang – malah sudah berada di sini dan di seluruh dunia."
Transaksi tersebut akan dilaksanakan sebagai pengambilalihan tunai sahaja secara tercair habis melalui Perjanjian Pembelian Saham.
Untuk meneroka perkara ini dengan lebih terperinci, sila klik pada pautan:
https://www.tatacommunications.com/kaleyra/commotion
Maklumat Tentang Tata Communications
Sebagai sebahagian daripada Tata Group Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pengupaya ekosistem digital global yang memperkasa ekonomi digital berkembang pesat pada hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Menerajui dengan amanah, syarikat ini membolehkan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kerjasama dan penyelesaian terhubung, ketersambungan teras dan generasi akan datang, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan, serta perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% gergasi awan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tatacommunications.com
X | LinkedIn | YouTube | Instagram
Pernyataan pandang ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkaitan dengan Tata Communications dan prospek syarikat tersebut, serta pernyataan lain, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan kedudukan kewangan dan strategi perniagaan Tata Communications, pembangunan operasi Tata Communications pada masa akan datang dan ekonomi secara umum di India, ialah pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk kewangan, pengawalseliaan dan alam sekitar, serta pernyataan berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend, yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza dengan besar berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan meningkatkan jumlah trafik dalam rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan pemancaran suara, kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga dalam perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan mengintegrasikan pengambilalihan dan perubahan strategik dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut, kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak mempunyai kewajipan untuk, dan dengan jelas menafikan apa-apa kewajipan untuk, mengemas kini atau meminda pernyataan pandang ke hadapan syarikat.
© 2025 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu.
Semua tanda dagangan pihak ketiga yang lain menjadi milik pemilik masing-masing.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2811674/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600