omniture

Seegene Tubuh Subsidiari Perancis Perluas Jejak Eropah

Seegene Inc.
2025-12-05 09:00 1

- Perancis menjadi subsidiari jualan luar negara Seegene yang kelapan dan ketiga di Eropah, selepas Itali dan Jerman

- Negara ini mendapat tempat sebagai pasaran diagnostik molekul kedua terbesar Eropah, didorong oleh permintaan terhadap ujian bagi jangkitan penyakit hubungan kelamin dan gastrousus, serta pengesanan virus pernafasan.

- Subsidiari baharu ini dijangka akan mempercepat penerimagunaan penyelesaian pembangunan Seegene yang lebih meluas, CURECA™ dan STAgora™, di Eropah

SEOUL, Korea Selatan, 5 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Seegene, Inc., peneraju bertaraf global bagi diagnostik molekul (MDx), mengumumkan pada hari ini penubuhan subsidiari baharu di Perancis bagi memperkukuh kehadirannya di Eropah dan menyokong pengembangan jualan global.

Subsidiari baharu ini akan memantapkan keterlibatan tempatan dengan pelanggan dan rakan kongsi melalui sokongan teknikal yang dipertingkat, pembangunan pasaran serta kolaborasi bersama pihak berkepentingan penjagaan kesihatan.

Menurut firma penyelidikan pasaran global Grand View Research, Inc., pasaran MDx Perancis dianggarkan mencecah kira-kira EUR 600 juta dan menyumbang sekitar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan Eropah. Ia merupakan pasaran kedua terbesar di rantau ini selepas Jerman yang memegang bahagian pasaran sebanyak 19 peratus. Permintaan di Perancis amat tinggi untuk ujian diagnostik yang menyasarkan jangkitan penyakit hubungan kelamin (STI), jangkitan saluran gastrousus (GI) dan jangkitan pernafasan. Melalui subsidiarinya, Seegene bermatlamat untuk memperluas jualan rangkaian produk ini dan dalam masa yang sama memperkenalkan portfolio yang lebih luas termasuk kanser serviks dan kategori diagnostik multipleks yang lain.

"Di pasaran Perancis iaitu pasaran yang dibahagikan antara sektor swasta dan awam, keupayaan untuk menyampaikan produk inovatif dengan cepat dan memenuhi keperluan kecekapan makmal merupakan faktor utama untuk daya saing," kata Daniel Shin, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Global di Seegene. "Subsidiari ini akan membolehkan Seegene memahami landskap penjagaan kesihatan Perancis dengan lebih baik, memperkukuh perkhidmatan pelanggan tempatan dan mempercepat pertumbuhan perniagaan diagnostik in vitro syarikat ini dengan kepakaran tempatan yang berdedikasi."

Subsidiari ini turut menyediakan tempat bertapak yang strategik bagi tujuan pelancaran penyelesaian Seegene di Eropah yang sedang dibangunkan iaitu CURECA™, sistem PCR tanpa manusia automatik sepenuhnya dan STAgora™, platform analisis data diagnostik dan cerapan prediktif pada masa nyata.

Penambahan Perancis menjadikan subsidiari-subsidiari jualan luar negara Seegene sebanyak lapan yang melengkapi rangkaian pengedaran globalnya yang terdiri daripada 90 pengedar merentas 94 negara.

Setakat separuh pertama tahun 2025, jualan luar negara menyumbang kira-kira 93 peratus daripada hasil keseluruhan Seegene, dengan Eropah mewakili 63 peratus. Rantau ini kekal menjadi pemacu pertumbuhan yang utama bagi hala taju pengembangan global syarikat ini.

Penafian

CURECA™ dan STAgora™ sedang dibangunkan dan tidak tersedia untuk kegunaan diagnostik.

Latar Belakang Seegene

Seegene mempunyai pengalaman yang berdedikasi selama lebih daripada 25 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi PCR masa nyata sindromik. Kepakaran ini diketengahkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila Seegene menyediakan lebih 340 juta ujian COVID-19 kepada lebih 100 negara di seluruh dunia. Ciri teras teknologi PCR masa nyata sindromik Seegene ini ialah keupayaan untuk menguji 14 patogen secara serentak yang mengakibatkan tanda dan gejala yang serupa dalam satu tiub dengan maklumat kuantitatif.

Kunjungi: Seegene.com dan ikuti linkedin.com/company/seegene-inc

Source: Seegene Inc.
Related Stocks:
Korea:096530
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion