omniture

Liu Kang Huawei: Menerima 5.5G bagi Melancarkan Dividen Industri

Huawei
2024-03-01 06:09 21

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2024, Liu Kang, Presiden Pemasaran ICT & Jualan Penyelesaian Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menerima 5.5G bagi Melancarkan Dividen Industri" di persidangan 5G Termaju: Melengkapkan Peluang Perusahaan. Liu Kang berkata bahawa 5G menjadi satu kemestian untuk pendigitalan industri dan penaiktarafan kepada 5.5G djiangka meningkatkan keupayaan rangkaian sebanyak 10 kali ganda. Hal ini, menurut beliau, akan memacu industri-industri untuk mempercepatkan transformasi digital pintar dan melancarkan lagi dividen industri.

Liu Kang delivering a keynote speech
Liu Kang delivering a keynote speech

Disokong oleh ciri-ciri penting 5.5G seperti paut turun 10 Gbps, paut naik 1 Gbps, rangkaian berketentuan, menyokong 100 bilion sambungan IoT dan kecerdasan natif, pengendali dapat menyediakan kepada pengguna perusahaan dengan perkhidmatan ketersambungan lebih baik dan rangkaian perkhidmatan ICT bersepadu yang lebih luas. Perkhidmatan sedemikian akan menyokong proses pengeluaran teras perusahaan dengan berkesan dan mengupayakan sambungan benda semua-senario dan pengangkutan pintar yang lebih andal, seterusnya mempercepatkan kedua-dua pembangunan sosial dan ekonomi.

Menyediakan perkhidmatan ketersambungan lebih baik untuk meningkatkan ketersambungan PKS

Disokong oleh 5.5G, FWA akan terus berkembang ke arah FWA² yang menampilkan kependaman rendah 20-ms dan keandalan tinggi. Pengendali akan menggantikan talian gelombang mikro dan talian tembaga berkelajuan rendah dengan perkhidmatan ketersambungan lebih baik, memperluaskan perkhidmatan FWA daripada senario rumah ke senario perusahaan, meningkatkan ketersambungan PKS dan memaksimumkan nilai rangkaian.

Menawarkan rangkaian perkhidmatan ICT bersepadu lebih luas untuk mempercepatkan pendigitalan industri

Dengan keupayaannya yang dipertingkat, 5.5G menyediakan kelajuan terjamin 300 Mbps, kependaman 20-ms pada keandalan 99.999%. Di samping itu, dengan menyokong permintaan industri tambahan, seperti perangkaian, pengkomputeran, awan dan IoT, 5.5G akan mencipta "keupayaan X" untuk industri-industri, memacu pendigitalan dan automasi lebih banyak senario aplikasi pada masa depan.

Menyediakan sokongan berkesan untuk proses pengeluaran teras perusahaan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran

5.5G mengupayakan kadar paut naik sehingga 1 Gbps, kependaman serendah 4 ms dan keandalan setinggi 99.999%. Keupayaan ini dapat menyokong proses pengeluaran teras perusahaan dengan berkesan, meningkatkan kecekapan pengeluaran mereka dengan ketara. Mengambil pengeluaran di lombong arang batu sebagai contoh, banyak lombong bawah tanah mempunyai muka perlombongan berjentera penuh yang lebih panjang daripada 100 meter. Hasil daripada keupayaan paut naik ultra-besar 5.5G, lebih 100 kamera HD boleh digunakan untuk memuat naik video masa nyata dan teknologi AI digunakan untuk mencantum video panoramik daripada muka perlombongan berjentera penuh. Penyelesaian lombong pintar 5.5G ini merealisasikan "lihat semua, lihat dengan jelas" untuk operasi bawah tanah. Inilah caranya teknologi 5.5G dapat menyumbang kepada kesihatan dan keselamatan berhubung perlombongan bawah tanah.

Beradaptasi kepada keperluan IoT merentas semua senario untuk mempercepatkan pembangunan pasaran 100 bilion sambungan IoT

Peningkatan 5.5G dapat dilihat dalam bidang seperti lebar jalur paut naik, kependaman, penentududukan dan penandaan pasif yang dapat memenuhi keperluan IoT merentas semua senario. Kemerosotan kos RedCap dan peranti IoT pasif memacu pasaran IoT untuk meningkat dengan lebih pantas dan maju ke arah mencapai 100 bilion sambungan IoT.

Mengupayakan kolaborasi kenderaan-jalan raya bagi meningkatkan keselamatan pemanduan dan kecekapan pengurusan trafik

Menjelang akhir tahun 2023, kiraan kenderaan terhubung global mencapai 350 juta. 5.5G Macro Sites membolehkan penyampaian kependaman rendah 20 ms dan keandalan tinggi 99%, seterusnya mempercepatkan kolaborasi kenderaan-jalan raya untuk keselamatan pemanduan dipertingkat dan kecekapan pengurusan trafik. Penyelesaian telahpun disahkan dari hujung ke hujung di Shanghai dan diunjurkan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan trafik sebanyak 30% dan mengurangkan purata masa berulang-alik sebanyak 20%. Liu Kang menyatakan bahawa perkongsian industri yang erat memainkan peranan penting dalam memperoleh faedah-faedah 5.5G. Huawei komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi industri dan ekosistem bagi meneroka aplikasi teknologi 5.5G yang luas dan membawa era baharu saling sambungan pintar aplikasi industri. Ini akan membolehkan semua peserta mendapat faedah daripada pembangunan 5.5G dan menikmati kejayaan bersama.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment