omniture

DN Solutions, Syarikat Alat Mesin Global, Tingkatkan Jualan Produk dan Sokongan Teknikal Seluruh Asia Tenggara dengan Subsidiari Baharu di Vietnam

DN Solutions
2024-03-01 13:55 49

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 1 Mac 2024/PRNewswire/ -- DN Solutions, peneraju global bagi pembuatan alat mesin CNC, mengumumkan penubuhan subsidiari Vietnamnya (DN Solutions Vina) yang bertujuan untuk memperkukuh jualan produk dan meningkatkan sokongan teknikal di seluruh rantau Asia Tenggara.

DN Solutions, a global leader in CNC machine tools manufacturing, enhances product sales and technical support across Southeast Asia with new subsidiary in Vietnam.
DN Solutions, a global leader in CNC machine tools manufacturing, enhances product sales and technical support across Southeast Asia with new subsidiary in Vietnam.

DN Solutions mengadakan Majlis Pembukaan Asia Tenggara DN Solutions pada 29 Februari di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam, dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DN Solutions Wonjong Kim, pekerja dari ibu pejabat Korea dan subsidiari Vietnam serta pelanggan dan rakan kongsi penting di Asia Tenggara.

DN Solutions, syarikat alat mesin ketiga terbesar di dunia, menawarkan barisan luas dengan kira-kira 500 jenis pusat pusingan, pusat pemesinan dan peralatan khusus. DN Solutions menyediakan pelbagai jenis produk yang disesuaikan untuk pelbagai industri termasuk automotif, penerbangan, perubatan, tenaga, semikonduktor/IT dan pembinaan. Dengan kilang pengeluaran di Korea Selatan dan China serta subsidiari tempatan di Vietnam, Amerika Syairkat, China, Jerman dan India, syarikat ini menjamin kebolehcapaian global. Di samping itu, DN Solutions mengekalkan jaringan jualan luas dengan 155 rakan kongsi merentas 66 negara, memberi sokongan yang tiada tandingan kepada pelanggan seluruh dunianya.

DN Solutions teguh dalam komitmennya untuk memperkukuh statusnya sebagai pengeluar alat mesin ulung di Asia Tenggara, dengan Vietnam berperanan sebagai asas strategiknya. Terletak di Bandar Raya Ho Chi Minh, di tengah-tengah Asia Tenggara, subsidiari baharu syarikat ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan reputasinya di Asia Tenggara dengan memperhebatkan jualan produk dan memantapkan sokongan teknikal dalam pasaran penting seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

DN Solutions akan membangunkan jaringan jualan terpelbagai melalui kolaborasi mantap dengan rakan kongsi tempatan dan dalam masa yang sama meluaskan jangkauan pasaran secara serentak bagi tawaran premiumnya dan penyelesaian automasi/siap guna. Pendekatan yang strategik ini sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran Asia Tenggara untuk produk dengan produktiviti tinggi dan berkejituan tinggi. Di samping itu, DN Solutions akan meningkatkan kepuasan dan kepercayaan pelanggan dengan memperkukuh perkhidmatan sokongan 'dekat-dengan-pelanggan'. Rangka kerja sokongan yang komprehensif ini mencakupi pertanyaan peralatan, pemasangan dan bantuan selepas jualan, kesemuanya disesuaikan untuk memenuhi keperluan teknikal dan komersial pelanggan yang tertentu.

Bagi mencapai objektif ini, DN Solutions akan merekrut bakat secara aktif dari rantau Asia Tenggara, memperkasa mereka untuk menjadi pakar alat mesin yang mahir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Wonjong Kim menyatakan, "Asia Tenggara ialah rantau yang semakin membangun dengan pesat dengan potensi besar. DN Solutions memperoleh pengiktirafan global untuk teknologi canggihnya, portfolio produk yang pelbagai dan penentuan harga yang kompetitif. Melalui penubuhan subsidiari kami di Vietnam, kami bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan Asia Tenggara kami dengan aktif dengan kedekatan dan kecemerlangan perkhidmatan, melangkaui jangkaan mereka. Pendekatan yang proaktif ini bukan sahaja memacu inovasi dalam pasaran tetapi turut memperkukuh kedudukan kami sebagai syarikat alat mesin global yang terkemuka."

 

 

Source: DN Solutions
Related Stocks:
Korea:NA
Keywords: Banking/Financial Service