BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2024, David Shi, Naib Presiden Pemasaran ICT & Penyelesaian Jualan Huawei, mendedahkan NeoSight — sistem pengurusan tertumpu, ringan, generasi seterusnya yang direka bentuk untuk pasaran komersial. NeoSight menyediakan pengalaman O&M yang komprehensif, ringan, dipermudah dan terpusat untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS).
Tatkala transformasi pintar terus mendapat momentum merentas pelbagai industri di seluruh dunia, PKS menghadapi pelbagai cabaran, termasuk sistem terasing, kesukaran dalam mengesan kerosakan dan penyelesaian masalah yang tertangguh. Bagi mengatasi cabaran ini, Huawei melancarkan NeoSight, sistem pengurusan tertumpu, ringan, generasi seterusnya dengan beberapa kelebihan.
Li Sheng, Pengurus Besar Penyelesaian Sistem O&M Perusahaan Huawei, menekankan kepentingan O&M sebagai proses yang amat penting untuk menjamin operasi perkhidmatan yang stabil, cekap dan selamat. NeoSight bermatlamat untuk bekerjasama erat dengan rakan kongsi ekosistem premium bagi memupuk kolaborasi terbuka dan inovasi yang berterusan merentas pelbagai industri dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sistem pengurusan O&M terpusat paling andal yang memudahkan transformasi pintar.