omniture

Coherus BioSciences Lantik Mary Szela sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Coherus BioSciences
2014-09-25 18:59 87

REDWOOD CITY, California, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Coherus BioSciences, Inc., sebuah syarikat berplatform biologik tahap lewat berfokuskan pasaran biosimilar global, mengumumkan hari ini pelantikan Mary Szela, Ketua Pegawai Eksekutif Melinta Therapeutics, Inc., sebagai ahli lembaga pengarahnya.

"Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Mary Szela kepada pasukan kami," kata Denny Lanfear, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Pengalaman Mary dalam jualan dan pemasaran farmaseutikal akan melengkapkan kebolehan pembangunan produk pasukan kami yang terbukti, meningkatkan kepakaran pengklonan-kepada-pengkomersilan kami."

"Coherus telah mewujudkan satu platform pembangunan biosimilar yang amat berkesan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia bagi biologik kompleks ini, dan berkongsi keinginan peribadi saya untuk meningkatkan capaian kepada terapi penting untuk para pesakit di seluruh dunia," kata Cik Szela. "Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan lembaga pengarah yang tersohor di Coherus untuk memajukan model perniagaan kolaboratif dan mendorong rancangan biosimilarnya ke pasaran."

Cik Szela mempunyai pengalaman 25 tahun dalam mencipta kemajuan, menjana perubahan organisasi yang positif dan memberi inspirasi kepada pasukan berprestasi tinggi. Cik Szela juga telah menyertai Melinta Therapeutics sebagai pengarah pada Januari 2013 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada April 2013. Sebelum itu, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan di Abbott Laboratories, termasuklah Naib Presiden Kanan Pemasaran Strategik Global dan Naib Presiden Kanan Farmaseutikal A.S., serta bertanggungjawab secara langsung untuk perniagaan farmaseutikal A.S. bernilai $8 bilion, yang mana beliau telah mengetuai pembangunannya serta melancarkan lebih lapan produk farmaseutikal baharu dan juga pertumbuhan jualan berbilion dolar untuk produk Humira® Abbott. Di bahagian Produk Hospital Abbott, beliau bertanggungjawab terhadap perniagaan farmaseutikal peri-operatif, rawatan intensif dan pengurusan kawalan kesakitan serta perniagaan khidmat luaran global One 2 One™.

Cik Szela juga turut memberi khidmat kepada lembaga pengarah Suneva Medical, Inc. dan Melinta Therapeutics, serta memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejururawatan serta ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of Illinois.

Latar Belakang Coherus BioSciences, Inc.

Coherus adalah sebuah syarikat berplatform biologik tahap lewat yang memberi tumpuan kepada pasaran biosimilar global. Beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan terdiri daripada sepasukan veteran industri dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam syarikat-syarikat biologik terkemuka, matlamat kami adalah untuk menjadi pemimpin global dalam pasaran biosimilar dengan memanfaatkan kepakaran kolektif pasukan kami dalam bidang-bidang utama seperti sains proses, perincian analisis, penghasilan protein dan pembangunan klinikal dikawal selia. Perkongsian pengkomersilan kami termasuklah syarikat-syarikat farmaseutikal global di Eropah, Asia dan Amerika Latin.

Biosimilar adalah bertujuan untuk digunakan sebagai ganti kepada bahan biologik sedia ada yang berjenama untuk merawat pelbagai penyakit yang kronik dan biasanya mengancam nyawa, yang berpotensi untuk mengurangkan kos dan melanjutkan capaian pesakit. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari www.coherus.com.

HUBUNGI: Beth Jimison, +1-650-649-3526, bjimison@coherus.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO

Source: Coherus BioSciences
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements