omniture

HCL Technologies Melantik Matt Preschern sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

HCL Technologies Ltd
2014-09-25 20:05 124

NOIDA, India, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- HCL Technologies, penyedia perkhidmatan IT global terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Matt Preschern sebagai Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Pemasaran. Matt bakal mengemudi semua fungsi pemasaran termasuk perniagaan global dan pemasaran strategik, pembolehan jualan dan komunikasi korporat bagi memacu permintaan, pertumbuhan dan nilai.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/708418)

"Matt membawakan pandangan global dan rekod prestasi terbukti dalam melaksanakan strategi yang telah memecut pertumbuhan bagi beberapa syarikat teknologi paling berjaya di dunia," kata Anant Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif HCL Technologies. "Pengalaman beliau dalam membina kekuatan pemasaran untuk penyelesaian dan perkhidmatan teknologi generasi seterusnya telah membuatkan beliau pilihan yang sempurna untuk memainkan peranan penting dalam membolehkan Cetak Biru Pertumbuhan HCL berdasarkan usul generasi seterusnya."

"HCL telah membina kedudukan yang dicemburui ramai di seluruh dunia dengan dipacu falsafah uniknya untuk Perhubungan Melangkaui Kontrak, rangkaian penyampaian sedunia yang tidak tertanding dan hubungan klien yang kukuh," kata Matt Preschern. 'Saya teruja untuk membawa jenama HCL ke paras yang lebih tinggi lagi dan untuk menyumbang kepada pertumbuhan pesatnya dan kepimpinan pasarannya."

Matt membawakan pengalaman kepimpinan selama lebih dua dekad dalam pemasaran dan pembangunan perniagaan strategik. Sebelum menyertai HCL, beliau merupakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Perusahaan di Windstream di mana beliau mengetuai keseluruhan pemasaran Pengurusan Jenama, Penjanaan Permintaan dan Bahan Digital. Beliau juga bertanggungjawab untuk pemasaran produk dan penyelesaian, peletakan harga, pemasaran saluran dan lapangan, perhubungan awam dan perhubungan juruanalisis perindustrian.

Sebelum ini Matt pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan di IBM termasuklah Naib Presiden Pemasaran untuk organisasi Perkhidmatan Rundingan Perniagaan Amerika Utara, di mana beliau mengubah kedudukan organisasi itu demi pertumbuhan dengan menjajarkan pemasaran dan jualan dengan taktik pertumbuhan penting seperti agenda Ketua Pegawai Pemasaran, analitik dan perdagangan lebih pintar. Matt juga memainkan peranan penting dalam kempen 'Planet Lebih Pintar' Global IBM dan semasa awal kerjaya beliau, beliau membangunkan model 'Penggunaan Perniagaan Mengikut Permintaan'.

Sebagai seorang warga global, Matt telah dilahirkan dan menerima pendidikan di Austria dan menghabiskan masa kecilnya di Taipei, sebelum berpindah ke A.S. dalam tahun 1991. Matt mempunyai Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Fakulti Perniagaan Goizueta Universiti Emory. Profil lengkap dan pencapaian kerjaya penting Matt boleh dibaca di sini.

Butiran Hubungan
Ajay Davessar
Komunikasi Global
Ajay.davessar@hcl.com
+91-120-4069000

SUMBER  HCL Technologies Ltd

Source: HCL Technologies Ltd
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements