omniture

Unisense FertiliTech A/S Menerima Kelulusan FDA bagi Alat untuk Membantu Pemilihan Embrio bagi Memperbaik Rawatan IVF

Unisense FertiliTech A/S
2014-09-25 20:10 105

AARHUS, Denmark, 25 September 2014 /PRNewswire/ --

Alat penilaian embrio tersuai khusus untuk amalan IVF kini boleh didapati untuk penggunaan klinikal di AS

Penyedia teknologi sela masa terkemuka dunia dalam bidang IVF, Unisense FertiliTech A/S, telah menerima kelulusan FDA 510(k) bagi ciri "Banding & Pilih" dalam perisian EmbryoViewer™- aksesori untuk inkubator sela masa EmbryoScope® - yang membantu profesional IVF memilih embrio untuk dipindahkan semasa merawat pasangan kurang subur atau individu yang ingin menimang cahaya mata.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130704/626274)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/708403)

"Kami gembira kerana menerima kelulusan FDA 510(k) untuk perisian EmbryoViewer™ dan kami percaya ini dapat membantu profesional IVF dalam pemilihan embrio yang paling berkemungkinan tinggi untuk menghasilkan kelahiran hidup," kata Vagn Rasmussen, Ketua Pegawai Komersil Unisense FertiliTech. "Kami telah membangunkan perisian yang membenarkan profesional IVF memerhatikan kejadian perkembangan embrio yang mungkin telah terlepas pandang sebelum ini. Perisian yang baru dikeluarkan ini memberikan pakar embriologi alat baharu untuk mereka satu set model yang boleh digunakan untuk memeringkatkan embrio dan menyediakan asas yang lebih kuat dan berpengetahuan agar dapat membuat keputusan yang lebih baik. Perisian EmbryoViewer™ dengan ciri Banding & Pilih akan dipertunjukkan semasa acara Persatuan Amerika untuk Perubatan Pembiakan yang

Satu cabaran besar dalam bidang IVF adalah pemilihan embrio yang terbaik untuk dipindahkan semula ke dalam pesakit. Dahulu, kebolehan profesional IVF dikekang dalam penilaian embrio kerana syarat kultur yang ketat, yang memerlukan embrio kekal dalam persekitaran stabil. Oleh itu, embrio hanya dapat dikeluarkan untuk tempoh pemerhatian yang sangat singkat setiap hari. Sejak pengenalan teknologi sela masa dalam makmal IVF, begitu banyak pengetahuan sudah berjaya didapati tentang perkembangan embrio.

Unisense FertiliTech A/S adalah syarikat pertama yang membangunkan sistem sela masa yang menerima kelulusan FDA 510(k) untuk penggunaan klinikal dalam prosedur ART dan mempunyai tapak pengetahuan yang melebihi 200,000 rawatan seluruh dunia, yang digunakan untuk membangunkan alat bagi memperbaiki penilaian embrio.

Walaupun banyak bukti saintifik menunjukkan pengukuran kadar perkembangan embrio boleh digunakan untuk meramal potensi penempelan, selang masa dan pemasaan yang optimum, serta pemboleh ubah penting, berubah-ubah antara klinik. Ini bermakna perkembangan satu model semesta bagi memilih embrio yang paling berpotensi tinggi telah pun menjadi cabaran yang hebat walau pun dengan akses kepada data hasil yang banyak. Perisian baharu ini memberikan profesional IVF kemungkinan untuk menghasilkan model yang terkhusus klinik yang disuai khas mengikut amalan IVF mereka sendiri. Kriteria penilaian yang sudah pun dilaksanakan bagi pemilihan embrio dalam klinik tertentu boleh ditukarkan menjadi model dalam ciri Banding & Pilih dalam perisian EmbryoViewer™.

Satu kajian baru-baru ini yang dijalankan di IVI di Sepanyol, dan diterbitkan dalam jurnal Fertility & Sterility keluaran September, telah melaporkan peningkatan dalam hasil klinikal semasa menggunakan model penilaian embrio tersuai khusus. Model yang digunakan dalam kajian itu telah dibangunkan dan dilaksanakan menggunakan ciri Banding & Pilih dalam perisian EmbryoViewer™. IVI sering menggunakan ciri perisian ini dalam amalan klinikal harian.

Tentang Unisense FertiliTech A/S: 

Unisense FertiliTech A/S telah ditubuhkan dalam tahun 2003 bagi membangunkan teknologi untuk meningkatkan penilaian embrio manusia dalam pembiakan berbantu. Unisense FertiliTech telah membangunkan dan menghasilkan sistem sela masa EmbryoScope™, memudahkan rawatan IVF lebih baik, rutin kerja boleh lentur dan komunikasi berkesan melalui dokumentasi menyeluruh perkembangan embrio dan pembaikan yang semakin berubah dalam pemilihan. Sistem itu mendapat kelulusan FDA 510(k) dan mendapat Tanda CE sebagai alat perubatan Kelas II.

Misi kami adalah untuk membantu pasangan kurang subur mencapai impian mereka untuk menimang cahaya mata melalui penyelidikan meluas dan dokumentasi klinikal. Kami menyediakan klinik kesuburan dengan teknologi inovatif yang meningkatkan peluang hasil kehamilan yang positif.

"Kejayaan anda bermula di sini"

Unisense FertiliTech A/S

http://fertilitech.com/en-GB/Home.aspx

SUMBER  Unisense FertiliTech A/S

Source: Unisense FertiliTech A/S
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries