omniture

ZTE pelopori penyelesaian hijau inovatif bagi komunikasi karbon sifar untuk Telefónica Germany

ZTE Corporation
2024-03-01 22:53 78
  • ZTE mencapai kejayaan penting dengan melaksanakan penyelesaian tenaga karbon sifar dengan jayanya untuk tapak telekomunikasi Telefónica Germany
  • Kes yang berjaya ini memberi pengalaman berharga untuk aplikasi dan cabaran masa depan bagi pembekalan kawasan luar bandar 

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, mencapai kejayaan penting dengan melaksanakan penyelesaian tenaga karbon sifar dengan jayanya yang membekalkan kepada tapak telekomunikasi Telefónica Germany. Projek rintis ini menggunakan penyelesaian kuasa hijau inovatif daripada ZTE yang menggabungkan tenaga solar, sel bahan api hidrogen berkuasa metanol dan penyimpanan tenaga pintar.

ZTE pelopori penyelesaian hijau inovatif bagi komunikasi karbon sifar untuk Telefónica Germany
ZTE pelopori penyelesaian hijau inovatif bagi komunikasi karbon sifar untuk Telefónica Germany

Kolaborasi antara ZTE dan Telefónica Germany menandakan pelaksanaan komersial pertama penyelesaian hijau sedemikian di Jerman. Bagi operasi rangkaian, Telefónica Germany menggunakan teknologi daripada salah satu pembekal rangkaian nasionalnya. Cabaran timbul apabila melibatkan mengakses kuasa grid di kawasan terpencil, memandangkan ia sering melibatkan tempoh pembinaan yang panjang dan kos yang tinggi. Bagi mengatasi halangan ini, ZTE meninjau penyelesaian hijau dan cekap baharu untuk Telefónica Germany yang dapat memenuhi tuntutan dunia yang berubah pantas. Pelaksanaan terakhir mengambil kira kemesraan alam sekitar, kelestarian dan kemampuan, memperlihatkan prestasi unggul dalam pelbagai bidang.

Penyelesaian yang dicadangkan daripada ZTE mengatasi pelbagai cabaran dengan menggabungkan kuasa solar dengan sel bahan api hidrogen berkuasa metanol. Dengan bergantung terutamanya kepada tenaga solar dan menambah sel bahan api hidrogen semasa musim sejuk, penyelesaian ini mencapai 100% ketersediaan kuasa, memastikan bekalan tenaga tanpa gangguan untuk tapak telekomunikasi – dan seterusnya perkhidmatan komunikasi yang lancar untuk penduduk di kawasan terpencil serta menghapuskan kebimbangan mengenai gangguan dengan ketersambungan mereka ke rangkaian global.

Penyelesaian hijau ini menonjol lantaran jejak karbon minimumnya. Kombinasi antara tenaga solar dan sel bahan api hidrogen berkuasa metanol hanya menghasilkan air dan amaun karbon dioksida yang minimum sebagai keluaran sampingan. Ini bukan sahaja mengurangkan emisi karbon, tetapi juga sejajar dengan standard tinggi untuk pembangunan mampan yang ditetapkan oleh kerajaan Jerman dan perusahaan. Dengan menerima pakai penyelesaian tenaga hijau yang unggul ini, Telefónica Germany menunjukkan komitmennya kepada tanggungjawab terhadap alam sekitar dan menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain dalam industri telekomunikasi.

Di samping itu, penyelesaian ini, memanfaatkan penghasilan hidrogen metanol dalam modul dan seterusnya menghapuskan risiko yang berkaitan dengan penyimpanan dan pengangkutan hidrogen, menjadikannya lebih selamat dan lebih mesra alam berbanding sel bahan api hidrogen tradisional. Disandarkan dengan bekalan tenaga yang andal dan terjamin ini, Telefónica Germany menyampaikan perkhidmatan komunikasi yang cemerlang tanpa menjejaskan keselamatan atau kemampanan di tapak rintis.

Penyelesaian hijau ZTE boleh diperluaskan kepada pengendali Eropah yang lain, menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon dalam seluruh industri. Dengan berkongsi kepakarannya, ZTE mengkhusus untuk memacu industri telekomunikasi menuju masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari.

ZTE komited terhadap inovasi berterusan untuk keneutralan karbon. Syarikat ini akan meneroka secara aktif senario aplikasi yang baharu dan pelbagai melalui kolaborasi bersama rakan kongsinya, memberi sumbangan besar baik kepada masyarakat mahupun alam sekitar.

Latar Belakang Telefónica Germany:
O2 Telefónica ialah penyedia khidmat-penuh terkemuka bagi perkhidmatan telekomunikasi untuk pengguna dan pelanggan perniagaan. Portfolio jenama teras O2 dan pelbagai jenama sekunder dan rakan kongsi termasuk bukan sahaja sambungan telefon dan Internet tradisional, bahkan perkhidmatan digital inovatif dalam bidang Internet Pelbagai Benda dan analisis data. Dalam komunikasi mudah alih, O2 Telefónica menawarkan perkhidmatan kepada lebih 45 juta talian mudah alih (termasuk M2M - setakat 31 Disember 2023). Tiada pengendali rangkaian lain yang menghubungkan lebih ramai orang di negara ini. Rangkaian mudah alih berprestasi tinggi, memenangi anugerah syarikat ini mencapai lebih 99% penduduk. Dalam rangkaian tetap, O2 Telefónica menawarkan kepada pelanggannya dengan kepelbagaian teknologi terbesar dan ketersediaan geografi daripada mana-mana penyedia di Jerman. Telefónica Deutschland Holding AG disenaraikan pada Bursa Saham Frankfurt sejak tahun 2012. Dalam tahun fiskal 2023, syarikat menjana hasil sebanyak EUR 8.6 bilion dengan sekitar 7,500 pekerja. Syarikat dimiliki majoriti oleh kumpulan telekomunikasi Sepanyol berpangkalan di Madrid, Telefónica S.A., salah satu kumpulan telekomunikasi terbesar di dunia.

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Environmental Issues Cision Influencer List - ESG