HONG KONG, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Memanfaatkan peluang-peluang perniagaan luas yang terdapat dalam industri-industri peralatan rumah, lampu dan elektronik yang kian berkembang pesat di China serta pasaran-pasaran global, Pameran Peralatan Rumah, Lampu & Elektronik ALEEX ke-2, yang mempamerkan peralatan rumah, lampu dan produk-produk elektrik pengguna buatan Asia, akan diadakan pada 14-17 Oktober 2014 di Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poly, Guangzhou, China.
Produk-produk yang dipamerkan untuk kategori PERALATAN RUMAH yang baru ditambahkan: Pelbagai jenis Peralatan Rumah Elektrikal, Penyaman Udara & Peralatan Ventilasi, Peralatan Dapur & Bilik Mandi, Produk-produk Penjagaan Kesihatan Elektrikal, Peralatan Jimat-Tenaga, dsb.
Sektor LAMPU pula memaparkan Pencahayaan Komersial, Perhiasan, Isi Rumah dan Luar, Pencahayaan LED serta Pencahayaan Eko dan juga Aksesori Pencahayaan.
ELEKTRONIK PENGGUNA pula merangkumi pelbagai jenis alat-alat elektronik dan peralatan: Produk-produk Audio-Visual, Elektronik Peribadi, Elektronik Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Produk-produk Sekuriti Elektronik, Elektronik Eko & Jimat-Tenaga, Permainan & Hiburan Elektronik, Produk-produk Telekomunikasi, Peranti Pintar Elektronik & Aksesori, Aksesori Telefon Pintar, Komputer & Produk-produk Persisian, Alat Ganti Elektronik & Komponen, dsb.
Berikutan kejayaan sesi kemunculan sulungnya pada April lalu, Pameran ALEEX Oktober ini menjadi semakin besar dan lebih baik dengan menambahkan peralatan rumah sebagai segmen produk utama. Pameran ini akan terus menawarkan pedagang dan pembeli yang datang berkunjung dari luar negara dan juga daripada pasaran domestik China yang pantas berkembang dengan platform sumber langsung untuk bertemu dengan 200 pembekal berkualiti dari Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Tanah Besar China. Lebih menarik lagi, para pembeli yang membuat prapendaftaran akan dapat menikmati penginapan satu malam secara percuma di hotel Guangzhou yang ditawarkan oleh pengurus pameran.
Diadakan semasa musim kemuncak pembelian pada April dan Oktober, Pameran ALEEX bertujuan untuk menarik seramai mungkin pembeli antarabangsa yang bertumpu di Guangzhou untuk Fasa 1 Pameran Canton. Masa yang tepat ini pastinya dapat menarik sejumlah besar pembeli di litar membeli Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou. Dari segi lokasi, tempat pameran Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poly terletak hanya beberapa langkah dari lokasi Pameran Canton, menyediakan kemudahan untuk para pembeli melawati kedua-dua pameran pada masa yang sama.
Pameran dwitahunan ini, dianjurkan bersama oleh Guangzhou Grandhub Exhibition Co., dan diuruskan oleh Mega Expo (Hong Kong) Ltd., bakal menjadi satu acara tetap mendapatkan sumber pada musim bunga dan musim luruh di Guangzhou, memenuhi keperluan para pembeli antarabangsa dan juga perniagaan tempatan di tanah besar China untuk mewujudkan hubungan serta rangkaian pembekal dari Asia.
Pertanyaan Media:
En. Ben Wong, Pengurus Pemasaran
Mega Expo (Hong Kong) Limited
Tel: 852-3588-9688
Faks: 852-3588-9668
E-mel: ben.wong@mega-expo.com
SUMBER Mega Expo (Hong Kong) Limited